You are on page 1of 3

LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANA MENGENALI PELAJAR BERMASALAH

1. Pemerhatian

2. Rujukan

4. Soal Selidik

3. Tinjauan

5. Laporan Guru-guru

6. Temuduga dengan pelajar dan waris.

8. Ujian-ujian Piawai

7. Autobiografi

9. Kaedah sosiometri

1. PEMERHATIAN Pemerhatian dilakukan dalam dua kaedah iaitu secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sebelum itu, kaunselor perlu belajar tentang apa dan bagaiman cara untuk memerhati supaya pemerhatian agar pemerhatian yang dilakukan bermakna dan dapat dugunakan (Aaquino dan Alviar, 1980). Walaubagaimanapun, menurut Abu Ahmad (1975), pemerhatian tidak seharusnya keterlaluan. Terdapat tiga cara bagaimana pemerhatian dapat dilakukan iaitu: o Penyertaan (kaunselor turut serta bersama pelajar) o Bukan penyertaan o Kuasi (seolah-olah kaunselor turut sekali tetapi sebenarnya tidak (mandur))

2. RUJUKAN Rujukan dilakukan dengan menyemak semula rekod peribadi murid. Sebagai contoh, rujukan boleh dilakukan pada Rekod Himpunan (011 (M) 77). Antara maklumat yang boleh didapati di dalam rekod tersebut seperti: o Latar belakang keluarga o Laporan kesihatan o Kegemaran dan minat o Impian dan cita-cita. *kelebihan rekod ini adalah ianya diperbaharui setiap tahun dan terkini.

3. TINJAUAN Pendapat daripada Guru Besar Pendapat daripada guru Pendapat daripada pakar-pakar perangsang pendidikan (soal selidik/temubual) Pendapat ibu bapa Pendapat pelajar-pelajar lain.

4. SOAL SELIDIK Soal selidik boleh dijalankan dengan cara lisan mahupun secara bertulis seperti kaedah survey dll.

5. LAPORAN GURU-GURU Laporan guru-guru secara tidak rasmi. Tingkah laku luar dan dalam bilik darjah. Dibincang oleh jawatankuasa bimbingan sekolah. Laporan insiden kritikal murid boleh diberi pada guru lain.

6. TEMUDUGA DENGAN PELAJAR DAN WARIS Dijalankan bagi mengetahui masalah daripada murid mahupun dari ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri secara lebih telus.

7. AUTOBIGRAFI Pelajar diberi kesempatan untuk membuat catatan atau riwayat hidup mereka dan pihak kaunselor dapat memperolehi maklumat tersebut dari catatan hidup tersebut.

8. MELALUI UJIAN-UJIAN PIAWAI Ujian dilakukan untuk menguji tahap atau masalah pelajar selain member peluan untuk pelajar itu sendiri mengenali diri mereka dengan hasil ujian yang dijalankan. Kaedah ini mula digunakan oleh BInet pada tahun 1904 di Perancis (Abu Ahmadi, 1975).

9. KAEDAH SOSIOMETRI Kaedah ini menunjukkan kaedah berteman. Kaunselor memerhati hubungan sosial seseorang pelajar itu. Terdapat dua peringkat iaitu: o Sosiometri dapatkan pola-pola perhubungan di kalangan satu-satu kumpulan. o Sosiogram penyusunan pola-pola hubungan dalam bentuk gambarajah.

You might also like