You are on page 1of 8

UNIT RIM (RAPID INTERVENTION MOTORCYCLE) 1. Pendahuluan: 1. Penubuhan Unit R.I.

M (RAPID INTERVENTION MOTORCYCLE) merupakan inovasi JBPM yang telah memenangi anugerah tempat ketiga dalam Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) pada tahun 2000. 2. Bertujuan sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan jalanraya, jalan yang sempit, dan kesesakan jalan semasa hadir ke tempat operasi. 3. Balai yang ditempatkan Unit RIM di Negeri Johor adalah Balai Johor Bahru, Muar, Kluang dan Batu Pahat.

2. Objektif: 1. Memastikan Unit R.I.M boleh bertindak dengan lancar, cekap dan berkesan dalam menghadiri operasi/membuat rondaan. 2. Meningkatkan tahap kualiti Unit RIM dalam melaksanakan tugas.

3. Tujuan: 3.1. Untuk arahan gerak kerja dalam

memberikan khidmat operasi kebombaan dengan sistematik dan asas berkeupayaan melawan

menyeluruh kepada

kebakaran, menyelamat, paramedik dan komunikasi. 3.2. Untuk mencapai norma piawaian tindakan kecemasan seperti yang

termaktub dalam Objektif Kualiti JBPM. 3.3. Untuk memenuhi keperluan tugasan kajian kawasan, pemantauan, analisa

risiko, pemeriksaan dan ujian pili Bomba serta ujian kawasan liputan komunakasi.
o

Untuk meningkatkan kemahiran dan keseragaman tindakan terhadap pengurusan bencana melalui pendekatan Multi-skill.

Untuk meningkatkan imej Jabatan dalam merealisasikan selogan Negera 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Sebagai pasukan pertama hadir ke tempat kejadian. First Responder.

4. Jenis Motosikal Unit R.I.M.

HONDA ST1300A Pan European (Sport Touring Class / Pan European Model).

HONDA VFR800P si-type (Sport Touring Class / Interceptor Model).

4.1. Komponen Unit R.I.M. Unit R.I.M terdiri daripada 3 unit motosikal lengkap dengan peralatan asas memadam kebakaran, dan menyelamat. i. Motor-rescue Membawa peralatan menyelamat. ii. Motor-pumpMembawa pam dan kelengkapan memadam kebakaran. iii. Motor-hose Membawa hos dan kelengkapan memadam kebakaran.

5. Tugas-tugas yang dijalankan. i. Kemalangan Jalanraya ii. Kebakaran Kenderaan iii. Kebakaran Premis iv. Tumpahan Bahan Kimia v. Cubaan Membunuh Diri vi. Pameran / demonstrasi / latihan. vii. Lain-lain tugas yang diarahkan.

Rondaan khas berkait dengan mendapatkan maklumat/mengesan keperluan yang berkaitan dengan operasi kebombaan.

1. Ujian Pili Bomba 2. Ujian Kawasan Liputan sistem Komunikasi 3. Kajian Kawasan / Pra-Rancang Kebakaran

UNIT LAUT Unit laut dalam pasukan penyelamat bomba mempunyai kemahiran mendalam dalam melakukan operasi penyelamat dalam kemalangan yang berlaku di lautan atau sungai. Unit laut biasanya akan melibatkan tugasan menyelam dan berenang dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda. Kebiasanya, kemalangan yang biasa memerlukan unit laut adalah kebakaran kapal laut, pulau dan perumahan yang berada di kawasan tepian laut. Selain itu, sebarang kemalagan jalan raya seperti kenderaan yang terjunam kedalam sungai dan bot bamba ini juga turut digunakan untuk aktiviti pemindahan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat.

JENTERA UNIT LAUT Terdapat dua jenis jentera yang digunakan oleh Unit Laut dalam memberikan bantuan dalam operasi penyelamat iaitu;

Hoverkraf bomba Bot bomba

HOVERKRAF BOMBA Hoverkraf turut dikenali sebagai Valiant Rigid Inflatable Boats merupakan jentera laut yang selamat, stabil, ringan dan jimat pengunaan minyak. Selain itu, bot jenis ini mempunyai kelajuan yang tinggi dan sangat mudah untuk mengangkut bahan dan alat bantuan kebakaran. Hoverkraf jenis ini menggunakan Akron TPE, bahan yang dirumus khas untuk tiub. Ciri-ciri utama bahan ini boleh dirumuskan sebagai yang mempunyai rintangan yang sangat tinggi untuk degradasi lelasan, UV dan bahan kimia. Kelebihan pada binaan jentera ini memberikan kemudahan unit laut dalam menyimpan dan memasang peralatan alatan bantuan memadam kebakaran seperti pada sebuah jentera bomba di darat.

HOVERKRAF MODEL

BOT BOMBA Berbeza dengan Hoverkraf, bot penyelamat yang digunakan oleh Unit Laut adalah dari jenis Light Aluminium Rescue Savage yang mempunyai kapasiti engine 150hp atau 60hp engin gantung (outbound).

Aluminium Light Boat untuk Operasi SAR

Bot jenis ini mempunyai kelebihan dari segi ketahanan penggunaan laut dalam dan sungai besar. Kebiasaanya, bot ini mampu mengangkut 10 orang ahli bomba yang lengkap dengan kelengkapan penyelamat seperti alatan menyelam dan memadamkan kebakaran.

Komunikasi Dalam memastikan setiap aduan kebakaran dari pihak awam sampai secara efektif kepada unit bomba penyelamat. Unit operasi yang bertugas dalam bilik operasi akan berhubung secara berpusat. Sebuah bilik operasi yang dilengkapi dengan system CCS (computerized control system) akan mengumpulkan maklumat yang diadu oleh pihak yang terlibat dalam kemalagan. Maklumat yang dikumpulkan akan di salurkan kan kepada unit operasi penyelamat secara arahan oleh ketua operasi. Bilik operasi ini di lengkapkan dengan peralatan paparan dan alatan komunikasi dua hala dengan bilik operasi dan unit bertugas.

Penerangan oleh pegawai bertugas tentang fungsi peralatan komunikasi

Unit Sepura Alatan komunikasi yang digunakan dalam bilik operasi

You might also like