You are on page 1of 1

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0319&pub=utu...

ARKIB : 19/03/2005

KUALA LUMPUR 18 Mac - Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa tidak memberi kelulusan kepada bangunan baru yang tidak menyediakan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, tindakan itu perlu dikuatkuasakan memandangkan penyediaan kemudahan berkenaan merupakan garis panduan yang termaktub di dalam Kod Amalan Akses, UndangUndang Kecil Bangunan Seragam. Beliau berkata, masih terdapat banyak bangunan baru terutama di Lembah Klang yang tidak dilengkapi dengan kemudahan akses bagi golongan OKU. ``Saya tidak berpuas hati dengan tahap persediaan kemudahan untuk OKU di kebanyakan bangunan baru meski pun kerajaan sudah menyediakan garis panduan. ``Sudah tiba masanya semua PBT menangani perkara ini dan memastikan kod itu dipatuhi,'' kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini. Menurut Shahrizat, kebanyakan negara-negara maju menjadikan kod berkenaan sebagai amalan biasa. Katanya, kemudahan tersebut bukan setakat digunakan oleh OKU malah memberi keselesaan kepada warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung. Selain bangunan baru, beliau juga mahu PBT memastikan bangunan lama yang dinaik taraf menyediakan kemudahan yang sama. Shahrizat sebelum itu meraikan enam pelajar cacat penglihatan dari Sekolah Menengah St. John's Institution di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas. Mereka terdiri daripada Yeoh Kok Soon, Siti Norlaila Zamzuri, Mohd. Ruzaidi Hamdan, Lim Tien Hong, Syed Ezaham Jamil Syed Nasran Eza dan Iran Shah Ramatullah.

0
Like

Polis dipermainkan? FB terdedah aktiviti murtad?

1 of 3

08/01/2012 3:38

You might also like