Professional Documents
Culture Documents
Bila umur seseorang meningkat seusia, ramai di kalangan mereka akan ke klinik untuk mengadu masalah sakit lutut. Sakitnya tiada kaitan dengan kecederaan semasa. Ia terjadi dengan sendiri. Ada yang bengkak, tidak boleh berjalan, tidak boleh memanjat tangga, tidak boleh bengkok sewaktu solat atau tidak boleh bangun dari kerusi.
Tanda-tanda Osteoarthritis.
1. Sakit. Terutama semasa dan selepas pergerakan. 2. Terasa sakit bila ditekan di bahagian lutut yang terlibat. 3. Kejang atau sendi jadi kaku. Terutama sewaktu pagi atau setelah beberapa ketika sendi tidak bergerak. 4. Tidak boleh bengkok. 5. Terasa atau terdengar mengersik (crepitation) bila sendi digunakan. 6. Bengkak yang keras di bahagian yang terlibat disebabkan terjadinya cebisan tulang.
Rawatan
1. Ubat untuk menghilangkan sakit 2. Fisioterapi 3. Suntikan Steroid ke dalam sendi lutut. 4. Pembedahan.