You are on page 1of 76

PPEK 3106: PENDIDIKAN INKLUSIF TUGASAN: NYATAKAN DEFINISI, TUJUAN, OBJEKTIF, MATLAMAT, FALSAFAH, PERLAKSANAAN, PERANAN PENTADBIRAN, PROSES

S DAN SISTEM PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA. NAMA PENSYARAH: MADHYA ZHAGAN A/L GANESAN AHLI KUMPULAN: CHEN HUI GHIN (PEK 090004) LEE CHING YIN (PEK 090008) LEE KAI FEI (PEK 090009) TAN LEE WEN (PEK 090041)

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

PERINGKAT PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT 1: PRASEKOLAH
Sekolah tadika yang menerima kemasukan kanak-kanak daripada umur 4-6 tahun. Bukan pengajian wajib dalam Pendidikan

PERINGKAT 2: PENDIDIKAN RENDAH


Diterima masuk ke sekolah rendah pada usia 7 hingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis:

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam akan diadakan bagi menilai prestasi muridmurid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PERINGKAT 3: PENDIDIKAN MENENGAH


Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah.

PERINGKAT 4: PENGAJIAN TINGGI


Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf. Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan iaitu: (a) Sekolah Pendidikan Khas bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan kanak-kanak bermasalah pendengaran. (b) Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk kanakkanak bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

Pendidikan Kanakkanak Berkeperluan Khas di Malaysia

Tempoh pembelajaran bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah selama 6 tahun. Tempoh pembelajaran bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah selama 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengahmengikut keperluan pelajar berkenaan

Pendidikan Khas Kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Akta Bab

Pendidikan formal di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh dihantarkan ke sekolah swasta ataupun menjalani home schooling. Setiap orang kanak-kanak yang mengalami kecacatan anggota badan boleh memohon untuk mendapatkan taraf sebagai

Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang boleh dikelaskan di sekolah aliran perdana: (a) Kanak-kanak kecacatan anggota badan, (b) Kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku (c) kanak-kanan bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Aliran Perdana

Penempatan kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas aliran perdana adalah supaya mereka dapat belajar di dalam kelas normal bersama dengan kanakkanak normal. Memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Sijil Pelajaran

PENGENALAN
Setiap orang, sama ada normal, pintas cerdas atau cacat, mempunyai potensi yang tersendiri. Mereka harus diberi peluang menerima pendidikan di bawah satu program khas yang sesuai dengan potensi atau kebolehan mereka. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Di Malaysia, sehingga tahun 1996, Program Pendidikan Inklusif telah dilaksanakan di dalam 244 sekolah di seluruh Malaysia.

Tumpuan- tumpuan yang akan diambil kira dalam pendidikan inklusif ialah:

1.Pemupukan budaya ilmu yang merangkumi budaya membaca, budaya belajar, budaya berkarya dan budaya berfikir. 2.Penerapa nilai- nilai murni dalam semua mata pelajaran. 3.Peningkatan pendidikan teknik dan vokasional dengan dimasukkan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup dan Reka Cipta. 4.Pemupukan budaya sains dan teknologi. 5.Peningkatan dan pengukuhan Bahasa Malaysia. 6.Pemupukan budaya niaga dan keusahawan. 7.Pengukuhan perpaduan negara melalui pemupukan perasaan kekitaan, patriotism dan cintakan negara. 8.Penekanan kepada pendidikan komputer. 9.Penekanan kepada konsep keduniaan.

DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF


Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Di bawah konteks pendidikan, pendidikan inklusif boleh diertikan sebagai pendidikan umum. Amerika Syarikat menggunakan istilah Mainstreaming (pengsealiran) dan Least Restricted Area (persekitaran yang kurang mengongkong).

Di Australia dan New Zealand menggunakan integrasi, di Jepun menggunakan istilah Special Class. United Kingdom pula dikenali sebagai Normalisation. Malaysia menggunakan istilah Inclusive Education. Mengikut Wan Kalthom (1995) inklusif merujuk kepada keadaan semua kanakkanak menghadiri dan melibatkan diri mereka dengan jayanya dalam kelas biasa bersama- sama rakan sebaya mereka dalam sekolah kerajaan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Suatu usaha untuk melahirkan individu yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang danproduktif selaras dengan Falsafah

Usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri. Menekankan pendidikan bagi semua. Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan

Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN INKLUSIF


Untuk mewujudkan suatu kehidupan yang ramah dan tidak berlakunya diskriminatif dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Berupaya untuk mewujudkan sekolah yang ramah dan memberikan perkhidmatan yang sama antara kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

Falsafah pendidikan inklusi dapat membawa makna : a. Pendidikan untuk semua. b. Belajar hidup bersama dan bersosialisasi. c. Integrasi pada lingkungan. d. Penerimaan terhadap perbedaan.

Tujuan Pendidikan Inklusif

Objektif dan Matlamat Program Pendidikan

Konsep Pendidikan Inklusif

tumpuan-tumpuan yang akan diambil kira

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF PENDIDIKAN


INKLUSIF SEPENUH MASA
1. Mengikut semua mata pelajaran di dalam kelas biasa atau aliran perdana. 2. kanak-kanak khas yang mempelajari di tahun enam akan diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan UPSR.

PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF

PENDIDIK AN INKLUSIF

1. Mengikut pembelajaran biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja. 2. Ujian mata pelajaran akan diberikan kepada kanak-kanak khas seperti kanakkanak normal.

Perancangan Proses Transisi atau Penempatan untuk menyokong Program Inklusif

Langkah 1: Penyelarasan Proses Transisi

Langkah 2: Mengenalpasti Pilihan yang sedia ada bagi Program Inklusif di Sekolah-sekolah Aliran Perdana

Langkah 3: Mesyuarat antara Pasukan Rancangan Pengajaran Individu

Langkah 4: Membentuk Perancangan Transisi

Langkah 5: Menentukan Tugas-tugas PerancanganTransisi oleh Pihak Menghantar

Langkah 6: Mengadakan Mesyuarat Penempatan

Langkah 7: Pemindahan Rekod

Langkah 8: Pelajar inklusif dan Keluarga Melawati Sekolah Aliran Perdana

Langkah 9: Bermula dengan Persekolah di Sekolah Aliran Perdana

Langkah 10: Menawarkan Perkhidmatan Sokongan dalam Program Inklusif

Langkah Penempatan Pelajarpelajar Inklusif


Lebih terhad Berat

Kurang terhad

Ringan

Model Alternatif Program Pendidikan

Langkah-langkah Penemuan Pelajarpelajar Inklusif Ke Dalam Kelas Pendidikan Inklusif

Penempatan program inklusif dicadangkan seperti:


Masalah Penglihatan

KELAS Inklusif penuh BIASA


Inklusif penuh

Masalah Pendengaran

Perkembangan Lewat
Separuh inklusif

Inklusif penuh Separuh inklusif

Bermasalah Pembelajaran

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

Amalan Baik dalam Program Inklusif

Berdasarkan Kajian atau Nilai

Berpusatkan Keluarga

Tidak Berat Sebelah

Pendekatan Transdisiplinary

Bersesuaian dengan Umur Kronologi

Penyertaan Penuh (inklusif penuh)

Amalan-amalan Pengajaran Berkesan Di Dalam Kelas Inklusif

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Pelajar Inklusif dalam Kelas Biasa

Menyokong Program Inklusif: Implikasi bagi Guru

PERANAN PENTADBIRAN

Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti Kokurikulum. Memberi peluang kepada murid inklusif yang berpotensi untuk menyertai pertandingan. Guru penolong Kanan Kokurikulum menyelia kegiatan sukan dan permainan yang sesuai kepada murid inklusif.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas


Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas dan juga program inklusif dalam kelas biasa. Memastikan murid khas yang berpotensi diberi ujian saringan/ diagnostik untuk penempatan ke dalam program inklusif jika lurus dalam ujian. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki

peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.

Panitia Mata Pelajaran


Panitia Mata Pelajaran menyediakan rancangan mengajar kedua penggal dalam tahun persekolahan. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahliahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir atau membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencadangkan murid inklusif. penyelesaian kepada masalahmasalah atau isu tersebut untuk membantu murid-

Peranan Guru Kelas


Untuk menjayakan program inklusif, guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos, berusaha bersama- sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, merancang program pengajaran, menyediakan alat- alat bantu mengajar, menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar, serta isi pelajaran dan penilaian. Memperkenalkan pelajar istimewa kepada rakan- rakan sekelasnya. Maklumat kepada pelajar- pelajar normal bahawa pelajar istimewa memerlukan perhatian yang lebih serta galakan dalam menghulurkan bantuan dengan sewajarnya.

Peranan Guru Pendidikan Khas

Guru khas boleh mengambil beberapa langkah berbincang dengan guru kelas jika seseorang pelajar berkeperluan khas telah dipilih untuk dimasuk ke bilik darjah biasa dalam program pendidikan inklusif:
1.Menerangkan jenis- jenis masalah pembelajaran atau perlakuan yang dihadapi oleh pelajar dan nyatakan langkah-langkah umum untuk mengurus pelajar ini di dalam bilik darjah. 2.Berbincang dengan guru kelas/ akademik mengenai matlamat, objektif, bahan- bahan khas dan prosedur yang diperlukan. 3.Menyediakan laporan kemajuan untuk dihantar ke pihak pentadbir sekolah dan ibu bapanya di rumah. 4.Menetapkan jadual untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan guru kelas. 5.Menerangkan kepada guru kelas tentang cara memberi bantuan dan segala keperluan khas yang diperlukan oleh pelajar istimewa contoh borang untuk mengenal pasti pelajar kegunaan guru kelas. 6.Guru khas juga perlu merancang beberapa perkhidmatan khas untuk pendidikan inklusif. Perkhidmatan ini termasuklah memberi kursus dalaman yang bersesuaian dengan prosedur dalam pendidikan inklusif, menjemput penceramah atau pakar rujuk untuk membantu memberi bimbingan, menulis bulletin dan membentuk pasukan guru pembantu.

Guru Inklusif
Sebelum program inklusif, Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah akan membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian oleh guru kelas khas. Guru inklusif akan mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat. Mereka juga akan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga untuk memahami masalah dan keperluan murid tersebut dengan lebih jelas. Guru inklusif juga akan berbincang dengan murid berkenaan supaya murid tersebut menyertai program inklusif. Guru inklusif akan menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yang diinklusifkan dan menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelas inklusif.

Guru Resos/ Co- Teacher


Guru resos adalah Guru Pendidikan Khas yang ditempatkan di sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Selain daripada perancangan bahan serta strategi pengajaran dan pembelajaran, guru resos dan guru biasa perlu bersama- sama memikirkan cara pelaksanaannya. Guru resos akan mengajar murid inklusif secara individu atau berkumpulan di bilik resos sebelum/ serentak/ selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa bagi topik- topick tertentu yang sukar diikuti oleh murid inklusif selaras dengan keperluan individu murid. Guru inklusif akan memantau pelajar setiap hari dan mencatatkan di dalam buku laporan yang disediakan.

Guru Mata Pelajaran


Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengajar murid inklusif. Murid inklusif akan belajar sukatan yang sama dengan murid biasa. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk setahun / sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. Berbincang dengan guru resos tentang rancangan pelajaran. Guru mata pelajaran hendak berbincang dan memberi garis panduan kepada guru resos, supaya guru resos boleh bersedia dan mempunyai idea tentang tajuk yang hendak diajar kepada murid inklusif.

Guru Kaunseling
Kaunselor berperanan menentukan agar murid inklusif menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Memotivasikan pelajar-pelajar inklusif yang kurang yakin tentang kebolehan diri, dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan ketidakselesaan dan kebiasaan mengajar murid inklusif, tingkahlaku pelajar inklusif di sekolah. Memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya guru atau ibu bapa lebih memahami lagi tentang murid inklusif.

Guru Kokurikulum
Merancang aktiviti tahunan kokurikulum seperti sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform kepada murid inklusif dan murid biasa. Memastikan murid inklusif mendapat layanan yang adil dalam aktiviti kokurilulum dan mereka dapat memilih aktiviti kokurikulum berdasarkan minat dan kehendak mereka. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum kepada ibu bapa murid inklusif dan pihak sekolah. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.

Peranan Pelajar- Pelajar Istimewa


Pelajar pelajar istimewa harus mengikut arahan guru- guru. Mereka perlu meminta bantuan jika perlu. Mereka juga harus memberi perhatian dengan sepenuhnya dalam kelas. Pelajar- pelajar istimewa hendak mengikut peraturan kelas. Mereka harus elakkan daripada berlawan dengan rakan- rakan. Pelajar khas galakkan perhubungan secara bersepadu dengan rakan- rakan. Pelajar khas juga hendak menghormati harta benda serta hak milik rakan- rakan. Tingkah laku pelajar dapat diawasi sebelum dan juga ketika pelaksanaan program pendidikan inklusif oleh guru khas.

MASALAH-MASALAH PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF


modifikasi kurikulum cetusan insiden sikap guru biasa / aliran perdana kanak-kanak khas menghadapi masalah tidak dapat member tumpuan dan perhatian

KESIMPULAN
Pendidikan Inklusif merupakan pendidikan umum untuk semua rakyat Malaysia. Faktor utama yang menjayakan program pendidikan untuk kanak-kanak istimewa dalam kelas biasa ialah kerjasama secara kolaboratif di antara guru resos dan guru biasa. Pentadbir memainkan peranan yang besar dalam pelaksanaan kelas inklusif. Sebagai pendidik, kita harus menghayati semua faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan pendidikan kanak-kanak istimewa dalam kelas biasa, dan menjadi panduan asas kita untuk melaksanakan program pendidikan khas, demi mencapai matlamat Wawasan Negara dengan berkesan, iaitu memperkembangkan potensi murid- murid, termasuk muridmurid istimewa, secara sepenuhnya

RUJUKAN
1. David S. J. (1998). Inclusion: Schools for All Students. Belmont, CA: Wadsworth Pub. Co 2. Eileen K.A (2008). Inclusion In Early Childhood Programs: Children with Exceptionalities. Ontario: Nelson Education.

3. Joyce S.C. (200). Successful Inclusive Teaching: Proven Waysto Detect and Correct Special Needs. Boston: Allyn and Bacon. 4. Margo, M. (2000). The Inclusive Classroom: Strategies for Effective Instruction. Upper Saddle River, N.J.: Merrill 5. Zalizan Mohd. (2009). Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like