You are on page 1of 9

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan tiga, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. 8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian 1) menyediakan peluang pekerjaan - perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga boleh dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. 2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk - perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka. 3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan - pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke Bagan Datoh - dapat menjimatkan masa dan kos penduduk. 4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan - pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain. 5) menyediakan barangan segar - pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buahbuahan dengan harga yang berpatutan. Unsur patriotisme 8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian 1) Governan - Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin

menjalankan perniagaan. 2) Modal- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini. 3) Infrastruktur- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik. 4) Pertambahan penduduk- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. - penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini .5) Darjah ketersampaian - lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Bagan datoh dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa .6) Kesesuaian waktu berniaga- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 4.00petang dan berakhir pada 12.00 malam.

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. 1. Masalah sosial - pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan. - pelanggan yang mencuri barang perniagaan. 2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan - Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. 3. Pencemaran - kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. 4. Kesesakan lalu lintas - masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain. 5. Harga tanpa kawalan - kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.

6. Barangan tidak berkualiti

- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak. - jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian 1. Kuat kuasa undang-undang - Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga. 2. Pengawalan harga - kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga. 3. Kempen kesedaran - boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga. 4. Menyediakan kemudahan asas - pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Penghargaan
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengansempurna karana bantuan dan kerjasama daripada guru-guru dan rakan -rakan saya.saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua, Puan Hjh Azilah Bt Sharif yang memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian saya. Ribuan terima kasih kepada En.Halim Bin Muhamad, guru geografi yang telah membimbang dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kejian ini.

Tidak ketinggalkan,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja pasar minggunan yang member kerjasama sebagai responden dalam soal selidik kajian ini.Seterusnya ucapan terima kasih di tujukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan sekumpulan kajian saya,iaitu Yit Xin dan Pei Ru.

Pendahuluan
Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus geografi PMR.Melalui kajian ini, saya juga berharap dapat mengetahui tentang perniagaan runcit pasar mingguan dan sumbangan terhadap pekerja perniagaan runcit. Perniagaan runcit pasar mingguan terkenal sebagai pusat pembelian utama di Bagan Datoh.perniagaan runcit pasar mingguan telah mewujudkan banyak peluang peniaga baru kepada penduduk tempatan. Sebelum terdapatnya perniagaan runcit pasar mingguan ini,Bagan Datoh merupakan sebuah kampong nelayan dan pekerjaan utama penduduk adalah nelayan.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan dua orang rakan kelas saya. Kami bekerjasama dan saling membantu bagi memperoleh data dan maklumat. Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan lengkap secara individu.

Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah: 1. Mengenal pasti kesan negatif prniagaan runcit pasar mingguan. 2. Menerangkan bilangan pekerja dan jeni-jenis pekerjaan di dalam perniagaan runcit pasar mingguan. 3. Menerangkan jumlah pendapatan dalam mingguan terhadap perniagaan runcit pasar mingguan.

Kawasan Kajian
Saya tinggal dikampung Bagan Datoh,Perak. Perniagaan runcit pasar mingguan di pusat Bagan Datoh iaitu kira-kira 6 kilomeyer dari simpang tiga.Di kawasan kajian terdapat pelbagai perniaga dating untuk berniaga. Kawasan seluas 10.2 kilometer persegi. Jarak kawasan kajian dari rumah saya ialah 1 kilometer. Saya berbasikal ke tempat kajian dan perjalanan ini mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Di kawasan kajian, terdapat beberapa lorong unter pergi ke sana. Bentuk muka bumi kawasan kajian rata dan rendah,terdapat beberapa kedai seperti kedai runcit, kedai baju dan kedai buku. Di kawasan perniagaan runcit pasar mingguan terdapat sebuah tandas awam, sebuah pasar dan sebuah stesen bomba rela. Di bahagian selatan kawasan kajian ialah stesen bomba. Di sebelah timur kawasan ialah tandas awam.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data antaranya ialah: 1. Kaedah pemerhatian :Memerhatiakn kesan negatif dab positif terhadap alam sekitar.Kesan negatif ialah masalah social,pencemaran dan wabak penyakit. Kesan positif ialah menyediakan peluang pekerjaan,menjimatkan kos pengguan dan sebagainya. 2. Kaedah temu bual:Menemu bual peniaga dan penduduk tempatan 3. Kaedah soal selidik:Menemu ramah seramai 25 responden yang terdiri daripada penduduk kampong di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan boring soal selidik. 4. Kaedah kepustakaan:Menbuat rujukan mengenai kawasan kajian.Contohnya, merujuk peta topografi Bagan Datoh dan perniagaan di kawasan kajian.

Rumusan
Perniagaan runcit pasar mingguan telah membawa kesan positif dan negatif kepada Bagan Datoh.Perniagaan runcit pasar mingguan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk di samping meningkatkan kemudahan penduduk di kawasan itu.Hasil perniagaan runcit pasar mingguan terdapat banyak perubahan di Bagan Datoh .Antaranya ialah masalah social,pencemaran dan wabak penyakit.Di kawasan yang tercemar usaha telah diambil bagi mengurangkan kesan negatif perniagaan di kawasan itu.

You might also like