You are on page 1of 2

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah

nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia objektif dasar PPSMI adalah rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Secara umumnya mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.n Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris. Persoalannya sekarang ,adakah matlamat dasar PPSMI tercapai setelah lebih kurang 11 tahun dasar tersebut dilaksanakan?Saya menyokong tindakan bernas yang diambil oleh Timbalan Perdana Menteri kite Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dengan memansuhkan dasar PPSMI setelah kajian yang mendalam dibuat.Namun demikian saya juga tidak menolak seandainya pihak kerajaan ingin melaksanakan semula dasar ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat. Pada pendapat saya dasar PPSMI tidak wajar di laksanakan dengan perintis pelajarnya iaitu Tingkatan satu dan Tingkatan 6 untuk peringkat menengah. Ini kerana ramai di kalangan pelajar luar bandar keciciran dalam ilmu Matematik dan Sains disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.Hal yang demikian amat menyedihkan kerana kebanyakkan permasalahan ini berlaku dalam masyarakat Melayu kita pada hari ini.Jadi di sini ,apakah matlamat atau dasar kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing,menguasai ilmu sains dan teknologi seterusnya melahirkan lebih ramai pakar dalam kedua-dua bidang tersebut tercapai? Sudah tentunya tidak. Berdasarkan

pengalaman saya mengajar di sekolah luar bandar dan bandar,sebilangan besar pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris rata-rata adalah dari luar bandar dibandingkan dengan pelajar di bandar. Apabila sesi soal jawab diadakan bersama mereka ,mereka mengatakan bahawa mereka tidak faham Bahasa Inggeris lantas mengusulkan supaya guru yang mengajar subjek berkenaan menggunakan Bahasa Inggeris secara tidak menyeluruh. Ada juga diantara mereka tidak dapat menerima langsung proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Apabila hal demikian berlaku,mereka akan kurang memberi tumpuan di dalam kelas dan lama-kelamaan minat terhadap matapejaran tersebut hilang begitu sahaja.Situasi sebegini merunsingkan semua guru malah ibu bapa juga tidak ketinggalan.Untuk menarik perhatian pelajar-pelajar ini dan mengelakkan mereka daripada terus tercicir, ada diantara guru yang mengambil langkah dengan menggunakan Bahasa Melayu secara menyeluruh,menterjemah setiap istilah Sains dan Matematik seterusnya melatih mereka menjawab soalam dwibahasa. Tidak dinafikan ada juga diantara pelajar di bandar mengalami masalah yang sama,tetapi peratusannya adalah sedikit berbanding pelajar di luar bandar.Ini mungkin disebabkan ibu bapa yang tinggal di bandar,kebanyakkannya bekerja dan sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah mahupun di tempat kerja. Walaubagaimnanapun saya tidak menolak seandainya Kementerian Pelajaran ingin melaksanakan dasar PPSMI pada masa akan datang dengan melihat keputusan kajian yang lepas. Saya berpendapat perintis untuk dasar ini seharusnya dimulakan dengan pelajar di peringkat pra sekolah. Ini kerana penerapan dan penggunaan Bahasa Inggeris sejak kecil dapat membantu mereka untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah,menguasai perbendaharaan kata yang meluas dan dapat mencetuskan minat yang mendalam terhadap Bahasa Inggeris.Untuk memahami subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,pelajar seharusnya dapat menguasai penggunaan bahasa tersebut terlebih dahulu

You might also like