You are on page 1of 7

Tajuk Tugasan : Rancang tiga aktiviti yang sesuai (secara ESEI) untuk mencapai hasil pembelajaran murid berdasarkan

hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran bahasa Melayu (KBSR) : (1. mendengar dan bertutur, 1 membaca dan 1 menulis) Tema : Warisan Alam Tajuk : Pelbagai Manfaat Bunga Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 1 i. Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. Hasil pembelajaran : Pada akhir kemahiran ini, murid-murid dapat menyenaraikan ciri-ciri yang terdapat pada lima jenis bunga. Bagi kemahiran mendengar dan bertutur ini, terlebih dahulu setiap murid diminta membawa bunga sebenar. Sebelum aktiviti dijalankan, murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan lima orang. Guru menerangkan apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid, Contohnya : 1. Perhatikan bunga-bunga yang terdapat di persekitaran sekolah. 2. Catatkan nama bunga-bunga yang terdapat di persekitaran sekolah. 3. Apakah ciri-ciri bunga-bunga yang ada di kawasan sekolah? Guru membawa murid-murid membuat lawatan di persekitaran sekolah. Aktiviti luar bilik darjah ini hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Kemudian pelajar diminta masuk ke kelas. Di dalam kelas, pelajar diminta duduk dalam kumpulan dan meneliti bunga-bunga yang dibawa. Pelajar juga ditunjukkan dengan gambar bunga. (lampiran 1 : gambar bunga) Bagi memulakan aktiviti membaca guru Seterusnya guru memperdengarkan lagu bertajuk bunga melor. Guru menyoal murid-murid tentang lagu yang didengar. Contoh soalan : 1. Apakah nama bunga yang terdapat dalam lagu?

Lampiran 1

bunga ros

bunga kertas

bunga balung ayam

bunga melor

Sementara pelajar memerhati dan meneliti bunga-bunga itu, guru menerangkan tentang ciri-ciri bunga. Guru juga menunjukkan gambar-gambar bunga kepada pelajar.(lampiran 1 : gambar bunga)

bunga seri pagi 2. Apakah warna bunga tersebut?

bunga orkid

3. Adakah bunga ini mempunyai bau.? Dalam aktiviti sumbang saran, beberapa orang pelajar diminta menyatakan ciri-ciri bunga selepas membuat pemerhatian ke atas bunga-bunga di luar bilik darjah dan yang dibawa oleh pelajar. Kemudian pelajar melengkapkan borang pengurusan grafik yang diberi. Contoh Borang Pengurusan Grafik. Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah. Nama Pokok Bunga warna Berbau Ciri-ciri Bentuk Daun Batang

Kemahiran Membaca. 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. Aras 2 i. Menyatakan ringkasan atau sinopsis teks pelbagai bahan yang dibaca. Hasil pembelajaran : Pada akhir kemahiran ini, murid-murid dapat melaporkan dua manfaat bagi setiap jenis bunga yang terdapat dalam teks. Bagi memulakan aktiviti membaca guru mengemukakan lima keping sampul surat yang berisi pantun teka-teki. Ketua bagi setiap kumpulan membaca pantun teka-teki dan meminta ahli kumpulan masing-masing meneka nama bunga yang berkaitan. Contoh pantun teka-teki : 1. Waktu subuh ke tepi paya,

Hendak menembak seekor buaya; Merah pekat warna bunganya, Menjadi lambang bunga negara. 2. Hang Nadim budak bestari, Singapura selamat diserang ikan; Batang pokoknya keras berduri, Pelbagai warna menghias halaman. 3. Hidup subur di sini sana, Tidak dijirus lekaslah layu; Bunganya bulat pelbagai warna, Nama seperti kancing di baju. 4. Hati gembira tidak terkata, Setiap hari bersuka ria; Bunganya cantik tidak terkira, Sama namaya dengan manusia. 5. Burung nuri si burung dara, Terbang ke sisi taman puteri; Cubalah teka wahai saudara, Sentiasa bersinar di siang hari. Jawapan : bunga matahari Jawapan : bunga ros Jawapan : bunga butang Jawapan : bunga kertas Jawapan : bunga raya

Memilih beberapa orang pelajar untuk membaca petikan tentang pelbagai manfaat bunga.(lampiran 2 : Pelbagai manfaat Bunga)

PELBAGAI MANFAAT BUNGA Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan yang mempunyai manfaat yang tersendiri. Manfaatnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya bunga roselle. Bunga ini mempunyai pelbagai manfaat kepada kita. Bunga ini boleh diproses menjadi perasa minuman dan jus minuman yang berkhasiat. Minuman ini dapat menyejukkan badan dan melancarkan proses penghadaman. Bunga urang-aring juga mempunyai pelbagai manfaatnya seperti dijadikan bahan kecantikan. Bunga ini diproses menjadi syampu rambut. Penggunaannya yang kerap dapat melebatkan rambut. Bunga ini juga cantik dijadikan hiasan sanggul. Pati bunga ini juga digunakan dalam pembuatan tonik kesihatan. Bunga melor sangat digemari oleh orang India. Ini kerana bunga ini dijadikan kalungan bunga dan bahan dalam pembuatan minyak wangi. Minyak wangi yang dihasilkan daripada bunga ini dapat mewangikan badan si pemakai. Manakala bunga orkid dan bunga kekwa biasanya ditanam sebagai penyeri kawasan dan landskap taman. Kedua-dua bunga ini boleh dijadikan jambangan menghias meja atau dibawa sebagai buah tangan ketika menziarahi pesakit. Ia juga lambang pengikat kasih sayang. Sesetengah bunga tidak hanya berfungsi sebagai penyeri, bahkan ada antaranya boleh dijadikan ubat dan juga sebagai pembuka selera seperti bunga kantan. Bunga ini digunakan dalam masakan kuah asam laksa dan asam pedas Walau apa pun kegunaanya, kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan ini. Oleh itu, hargailah flora dan fauna demi kesejahteraan kita.

Selepas membaca teks murid menggarisi manfaat setiap bunga. Secara rawak beberapa orang pelajar diminta menyatakan manfaat bunga tersebut.. Contoh jawapan : menjadi perasa minuman

jus minuman yang berkhasiat. dapat menyejukkan badan melancarkan proses penghadaman menjadi syampu rambut melebatkan rambut pembuatan tonik kesihatan dijadikan kalungan bunga pembuatan minyak wangi penyeri kawasan dan landskap taman jambangan menghias meja sebagai buah tangan dijadikan ubat digunakan dalam masakan

Dalam aktiviti ini juga guru meminta murid menyenaraikan perkataan berimbuhan apitan yang terdapat dalam teks. Kemahiran Menulis. 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.. Aras 2 i. Menterjemah maklumat dalam bentuk lakaran kerangka. Hasil pembelajaran : Pada akhir kemahiran ini, murid-murid dapat menterjemahkan maklumat dalam bentuk grafik .

You might also like