You are on page 1of 4

Membaca di Media Baru Membunuh Jualan Buku Konvensional?

ZAMRI MOHAMAD Abstrak Pembacaan di media baru dianggap penamat kepada budaya membaca buku yang bersifat konvesional. Penulis media baru mengenalpasti aspek kualiti karya masih menjadi pendorong kepada pembaca bagi membaca secara maya dan berbelanja bagi membeli karya yang sama ke dalam bentuk konvensional. ---

Bagaimana budaya membaca di media baru dan apakah kesan kepada gaya pembacaan konvensional? Kedua-dua soalan yang disatukan ini membawa kepada satu soalan baru, adakah budaya membaca di media baru memberi kesan kepada jualan buku di pasaran tradisional? Rangkuman soalan ini adalah bayangan keresahan yang pernah dilontarkan dalam satu sesi di Festival Penulis Singapura melibatkan para penerbit sama ada media baru akan membunuh pasaran buku atau sebaliknya. Sehingga sekarang, tidak dapat diukur sejauh mana budaya membaca di media baru memberi kesan kepada jualan buku di rangkaian kedai buku tradisional di negara ini. Apa yang dapat diukur adalah berdasarkan pertambahan penerbit baru yang aktif menerbitkan buku dan jumlah judul baru yang dicetak dan dibawa masuk ke pasaran. Peningkatan Statistik peminjam buku bertambah melalui bandingan angka dua tahun kebelakangan ini. Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar dalam satu kenyataan media pada 23 April 2012 di Berita Harian berkata, sejumlah 1.03 juta buku dipinjam oleh pembaca tempatan pada tahun 2010 berbanding 7776,347 buah buku pada tahun 2011. Laporan Publishing Perspective, melalui rencana As KL Book Fair Opens, Publishers Eye Booming Southeast Asia pada 25 April 2012, mendedahkan sejumlah 500 penerbit berdaftar di Malaysia dan jumlah ini adalah peningkatan yang mendadak bagi memenuhi kehendak industri buku. Dari aspek judul baru, jumlahnya bertambah dari 10,000 judul buku pada tahun 2005 ke 15,800 pada tahun 2010 dan 16,000 pada tahun berikutnya. Perubahan Tingkah Laku Membeli

Gelagat pembelian buku terkesan dengan tingkah laku membaca di media baru. Dalam satu respons rambang melibatkan kakitangan rangkaian kedai buku Popular, Wangsa Walk, Kuala Lumpur didapati keputusan membeli buku dipengaruhi oleh bacaan di blog. Para pembaca dikenali sebagai pembeli hujung minggu akan memilih novel-novel yang diikuti mereka pada hari-hari biasa dan akan melakukan pembelian di kedai buku pada hujung minggu. Ini menjawab persoalan, bagaimana para pembaca membuat keputusan membeli novel dalam situasi novel yang disusun di rak dalam keadaan berbalut dan menyukarkan mereka membaca isinya. Lebih menarik lagi, pembaca berada dalam situasi percaya apabila membaca beberapa entri blog berkenaan tanpa perlu membaca keseluruhan isinya. Merekrut pembaca dan penulis Bagi penulis-penulis generasi baru, menulis di blog adalah satu cara awal mendekati pembaca. Penulis dapat mengukur sejauh mana respons pembaca berdasarkan alat bantu lain yang disediakan dalam blog, termasuk berdasarkan respons komen yang ditulis oleh pembaca. Kaedah ini digunakan oleh laman blog penulisan2u.my bagi merekrut para penulis dan menarik pembaca membaca dan memilih karya yang memenuhi kehendak mereka. Inisiatif yang diambil oleh Karya Seni sebagai penerbit membawa kepada laman blog Penulisan2u dan Fajar Pakeer menjadi rakan pengedarnya. Senarai novel yang terbit ke dalam bentuk fizikal adalah berdasarkan pilihan pembaca yang mengikuti secara konsisten sejak awal. Ini mendorong penerbit memilih novel manakah yang mempunyai impak jualan yang tinggi selepas dijadikan ke bentuk buku bercetak. Sejumlah 20 buah novel diangkat menjadi karya bercetak pada peringkat awal dan jumlah itu berkembang kesan daripada pertambahan kumpulan pembaca secara maya yang berinteraksi secara aktif. Pengasasnya, Wan Mohd Muzri Ramli dalam temubual Kosmo bertarikh 1 September 2010 menyebut , blog Penulisan2u menerima kunjungan sejumlah 10,000 sehingga 20,000 orang setiap hari. Pada masa sama, blog ini menghasilkan seramai 500 orang penulis tempatan. Penerimaan kualiti karya Metod yang sama digunakan oleh Hasrizal Abdul Jamil apabila mengendalikan blognya Saifulislam.com. Blog ini diwujudkan pada tahun 1997 dan beberapa siri bukunya diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Lima buah buku dihasilkan daripada sebuah blog, iaitu; Transformasi Ramadan, kompilasi 44 entri Aku Terima Nikahnya, kompilasi 39 entri

Bercinta Sampai ke Syurga, kompilasi 54 entri Murabbi Cinta, kompilasi 46 entri Rindu Bau Tin, kompilasi35 entri

Meskipun entri-entri blog ini diterjemah dari sifatnya yang bersifat digital kepada konvensional, ia masih mempunyai impak tersendiri dari aspek jualan buku dan penerimaan pembaca. POPULAR melalui pengenalan Anugerah Pilihan Pembaca POPULA-Berita Harian menunjukkan rekod yang unik dari aspek penerimaan pembaca. Pendekatan dari blog menjadi buku oleh Hasrizal Abdul Jamil tidak mengecewakan dari segi jualan apabila dua buah bukunya berjudul Bercinta Sampai Syurga mengungguli carta sepuluh buku terlaris sepanjang tahun 2010 yang dipertandingkan dalam anugerah itu. Evolusi tulis, terbit dan baca Penulis bebas, Ismi Nailofar atau nama sebenarnya Hadijah Binti Awang Mahmud berekperimentasi melalui pengkaryaan menggunakan medium Facebook. Melalui fungsi notes yang disediakan dalam media sosial ini, ia menjadi ruangan penulisan novel yang ditulis secara berkala. Pendekatan Ismi Nailofar menggunakan rangkaian sosial bagi memperkenalkan novel bersirinya, Mencabik Mendung di Langit Kelabu memberi tanda aras baru kepada gelagat membaca di media baru. Apa yang dilakukan oleh Ismi dilihat sebagai evolusi pengkaryaan bagi memperkenalkan budaya membaca yang lebih berstruktur dan berfokus ke dalam Facebook. Meskipun Facebook satu ruangan yang liar dan bebas sifatnya dengan pelbagai topik dan sudut pandang dapat dilontarkan tanpa sekatan, kewujudan aplikasi-aplikasi yang berkaitan seperti notes dan groups menjadi medium ke arah pembacaan berstruktur. Ini adalah evolusi jangka panjang yang bermula dari satu sejarah awal blog dan forum yang memberi pintu kepada situasi-situasi ini. Blook merupakan satu cara penulis menghasilkan buku melalui blog peribadi mereka. Penulis-penulis tempatan mula menjadikan blog sebagai cara menghasilkan buku. Pada awal 1990-an, perkataan blook merujuk kepada replika yang dicipta menyerupai buku. Replika sebuah buku atau beberapa buah buku akan disusun pada rak sebagai hiasan. Blook seperti ini sudah wujud sejak kurun keenam belas. Blook bersifat replika popular digunakan oleh penjual rak dan almari buku. Blook dalam konteks penghasilan buku daripada blog telah diusahakan oleh beberapa blogger tempatan. Blook menjadi pilihan penulis blog yang ingin menerbitkan buku mereka sendiri. Blook menjadi pilihan penulis blog yang menulis secara bersiri.

Sebahagian penulis blog mula menandatangani perjanjian dengan penerbit-penerbit buku yang berminat mencetak dan mengedarkan blook mereka. Rachel Deahl dalam artikel Blogs and Bestsellers: One and the Same berkata ia adalah kesan daripada populariti penulis blog dan penulisan mereka. Tetapi krisis berlaku apabila blook mengalami masalah jualan. Penulis-penulis blook tidak mementingkan kualiti persembahan karya yang baik sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati pembaca. Ini menjadikan penerbit lebih berhati-hati. Populariti penulis dan blog tidak dijadikan penilaian penerbit. Kualiti bahan yang ditulis menjadi kriteria bagi melayakan entri-entri blog dijadikan blook. Beberapa buah blook seumpamanya juga dihasilkan oleh penulis-penulis blog negara ini. Antaranya kompilasi entri-entri blog yang dijadikan blook tempatan antaranya Ayah Kita Bos, Bos Ayah Kita, Kita Ayah Bos, Gangguan Tekstual, Masuk Barisan dan Jiwa Kacau. Penghasilan blook tempatan juga menjadi projek berkumpulan melibatkan para penulis blog tempatan yang menyertai kumpulan Geng Jurnal. Irfan Khairi memulakan blook melalui kerjasama Telaga Biru apabila ia diterbitkan pada tahun 2008. Nota Jutawan Nota Motivasi merupakan kompilasi siri Tip Satu Minit yang ditulis di dalam blog beliau sejak Mei tahun 2006 Tom Evslin telah mempopularkan blook melalui laman blog Hack Off, an Historic Murder Mystery Set in the Internet Bubble and Rubble pada September 2005. Catatan bersiri ini dikompilasikan dan dijadikan sebagai blook dan edisi e-book selepas itu. Ia diperkenalkan dalam versi kindle, iaitu versi buku yang boleh dimuat turun dan dibaca melalui buku elektronik Kindle yang diperkenalkan oleh Amazon.

You might also like