You are on page 1of 11

UNESCO

Muhammad Hafiz Bin Mahamad Shukri

UNESCO
Bahasa Melayu - Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB Bahasa Inggeris - UN Educational, Scientific and Cultural Organization sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan - menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: - pendidikan, - sains semula jadi, - sains manusia dan sosial, - kebudayaan, - komunikasi dan maklumat.

Struktur
Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO: - Persidangan Agung - Lembaga Eksekutif - Sekretariat

Persidangan Agung
suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.

Lembaga Eksekutif
Mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.

Sekretariat
Mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia.

Kontroversi dan Reformasi


UNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Singapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi "Orde Maklumat Baru Dunia" dan Laporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskan kebebasan akhbar.

UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986.

Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.

You might also like