Morfologi

You might also like

You are on page 1of 8

Morfologi ialah Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.

. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ajaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses penggandaan, pengimbuhan dan pemajmukan. Pengolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Morfologi bahasa melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa melayu.

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu .bentuk dasar yakni yang tidak akan menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua: o Jenis pertama o Jenis kedua

Jenis pertama, kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sebagai satu ayat. Misalnya i. ii. iii. iv. v. Boy ! Who ! Itu? Sudah. Saya

Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakn tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut dalam tugas: i. ii. iii. iv. v. vi. The boy. Very clever A baby Di mana? Untuk siapa? Ke johor.

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentukbentuk singkatan dapat terdiri daripada suku kata atau huruf- huruf tertentu, seperti contoh yang berikut:
Mara Majlis Amanah Rakyat Pawagam panggung wayang gambar NATO- North Atlantic Treaty Organization Motel motor hotel.

i. ii. iii. iv.

Kata terbitan ialah bentuk katayang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan , iaitu mendapat atau menerima imbuhan , baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan.
Mendukung = men- +dukung Dipukul = di- + pukul Makanan = makan + -an Biarkan = biar + -kan Mengakui = meng- + aku + -i Pertunjukkan = per- + tunjuk + -an

Dalam bahasa inggeris: Quickly = quick + ly Kindness = kind + ness Unattractive = un + attract +tive Impolite = im+ polite

You might also like