You are on page 1of 45

BENGKEL PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI

BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA 15 MEI 2012 KOMPLEKS E PUTRAJAYA Haji Shariffulizan Malek Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
izan@dbp.gov.my

untuk

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG TEPAT DAN BETUL


Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,


Tinggi bangsa kerana bahasa.

PENGGANDAAN KATA

Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, sejumlah, setiap, setengah-setengah tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak.

Kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata

bilangan berkenaan.

KESILAPAN KERANA MENGGANDAKAN PERKATAAN YANG MENGIKUTI KATA BILANGAN

SALAH
peminat Kebanyakan pekerja-pekerja Ramai pengguna-pengguna Setiap masalah-masalah Sepuluh peratus daripada pelajar-pelajar Tiga orang daripada gadisgadis cantik itu

BETUL

Banyak organisasi-organisasi Banyak organisasi Banyak perkara-perkara Banyak perkara Beberapa orang peminat Beberapa orang peminat Kebanyakan pekerja Ramai penguna Setiap masalah Sepuluh peratus daripada pelajar Tiga orang daripada gadis cantik

itu
4

KESILAPAN DALAM MEMBENTUK KATA BILANGAN


SALAH
Antara kedua tugas Para-para petugas Setengah koperasi Setiap satu tugas Tiap usaha

BETUL
Antara kedua-dua tugas Para petugas

Sesetengah koperasi/

setengah-setengah koperasi Setiap tugas/Tiap-tiap tugas Setiap usaha/Tiap-tiap usaha

KESILAPAN MENGGANDAKAN KATA YANG MENGIKUTI KATA YANG BERMAKSUD KUMPULAN


Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu yang menunjukkan kumpulan atau banyak yang tidak perlu menggandakan perkataan yang

mengikutnya. Contohnya- antologi, banjaran, barisan,daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, pelbagai, rangkaian, senarai
6

CONTOH
SALAH
Antara maklumat-maklumat Barisan pemain-pemain Daftar pengundi-pengundi Deretan kedai-kedai Golongan pelajar-pelajar Himpunan cerpen-cerpen

BETUL
Antara maklumat Barisan pemain Daftar pengundi Deretan kedai Golongan pelajar Himpunan cerpen

Koleksi lagu-lagu

Koleksi lagu

KESILAPAN MENGANDAKAN KATA IMBUHAN SESALAH


Sebahagian daripada

BETUL
Sebahagian daripada

peneroka-peneroka Sebilangan ahli-ahli Sejambak bunga-bungaan Sekandang lembu-lembu Sekawan burung-burung Setiap masalah-masalah Setimbun buku-buku

peneroka Sebilangan ahli Sejambak bunga Sekandang lembu Sekawan burung Setiap masalah Setimbun buku
8

KESILAPAN MENGGANDAKAN KESELURUHAN GABUNGAN KATA ATAU KATA MAJMUK


SALAH
Duta besar-duta besar Kertas kerja-kerja Ketua Menteri- Ketua

BETUL
Duta-duta besar Kertas-kertas kerja Ketua-Ketua Menteri Ketua-Ketua Setiausaha Pihak-pihak berkuasa

Menteri Ketua Setiausaha- Ketua Setiausaha Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan

tempatan
9

PENGGUNAAN ADALAH DAN IALAH


Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir

di hadapan frasa nama.


Kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir

di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

10

KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADALAH DI TEMPAT IALAH


SALAH
Anak adalah anugerah Allah. Beliau adalah orang yang

BETUL
Anak ialah anugerah Allah. Beliau ialah orang yang

pertama membiakkan Kaum wanita adalah elemen Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas Perkara ini adalah masalah yang sukar diatasi

pertama membiakkan Kaum wanita ialah elemen Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas Perkara ini ialah masalah yang sukar diatasi

11

KESILAPAN PENGGUNAAN KATA IALAH DI TEMPAT ADALAH


SALAH

BETUL

Kursus ini ialah untuk Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada Gadis itu ialah cantik

Kursus ini adalah untuk Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada

dan menarik.

Gadis itu adalah cantik dan menarik.


12

KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADALAH PADA AWAL AYAT


SALAH
Adalah dengan ini

BETUL
Dengan ini dimaklumkan

dimaklumkan bahawa Adalah diharapkan dengan pemilihan ini Adalah dimaklumkan bahawa Adalah diumumkan bahawa..

bahawa Dengan pemilihan ini diharapkan Dengan ini dimaklumkan bahawa Dengan ini diumumkan bahawa
13

KESILAPAN ADALAH + KATA KERJA


adalah berasaskan adalah berdasarkan adalah dibuat adalah diperakui adalah merupakan adalah tertakluk adalah menjadi
14

KESILAPAN ADALAH + KATA KERJA


SALAH Institut Irshad adalah merupakan sebuah persendirian BETUL Institut Irshad merupakan sebuah institut institut persendirian

Keputusan ini diambil adalah Keputusan ini diambil berdasarkan ... berdasarkan...

Perjanjian ini adalah tertakluk kepada

Perjanjian ini tertakluk pada


15

16

PENGGUNAAN DI, DALAM DAN DI DALAM


Kata sendi nama di sering disalahgunakan pada

tempat yang sepatutnya menggunakan dalam.


Begitu juga dengan penggunaan frasa sendi nama di

dalam yang sepatutnya menggunakan kata sendi dalam.

17

KESILAPAN PENGGUNAAN DI YANG SEPATUTNYA DALAM


SALAH
Beliau memiliki ijazah

BETUL
Beliau memiliki ijazah

sarjana di bidang ekonomi. Di masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang jujur.
Di kalangan pelajar itu Kanak-kanak bergembira di

suasana hari raya.

sarjana dalam bidang ekonomi. Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang jujur. Dalam kalangan pelajar itu Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya.

18

KATA SENDI NAMA DI DIGUNAKAN DI HADAPAN KATA NAMA ATAU FRASA NAMA YANG MENUNJUKKAN TEMPAT
Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan

Pustaka. Pemuda itu menunggu ketibaan kekasihnya di lapangan terbang. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan Penderma darah mendapat keutamaan rawatan di hospital kerajaan.
19

PENGGUNAAN DI DALAM YANG SEPATUTNYA DALAM


SALAH
Di dalam pelbagai bidang

BETUL
Dalam pelbagai bidang

kehidupan Beliau sering dijemput membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar. Malaysia pernah terperangkap di dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik di dalam pendidikan bahasa Inggeris.

kehidupan Beliau sering dijemput membentangkan kertas kerja dalam beberapa seminar. Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik dalam pendidikan bahasa Inggeris.
20

Penggunaan Sendi Nama Dalam


Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, masyarakat, bidang dan sebagainya. Contohnya: - Dalam hal ini, kita semua setuju. - Dalam keheningan malam dia masih belum dapat melelapkan mata. - Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat. - Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
21

PENGGUNAAN DI ANTARA DAN ANTARA


Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan

kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan kata sendi nama. Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah seperti atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar, dalam, antara dan sebagainya, biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah.
22

PENGUNAAN DI
Kata sendi nama di digunakan khusus

di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa yang mengikutinya.
23

CONTOH PENGGUNAAN DI
SALAH
diangkasa

BETUL di angkasa di atas di dalam di Johor di negeri di rumah di udara di sana di tengah dicuri diperalat
24

diatas
didalam diJohor dinegeri dirumah diudara disana ditengah di curi di peralat

Kata sendi nama di tidak boleh

digunakan di hadapan kata nama atau frasa yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

25

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN DI


SALAH
BETUL

di abad ke-20 di hari cuti

pada abad ke-20


pada hari cuti pada saat ini

di saat ini
di zaman ini di waktu ini di tahun ini

pada zaman ini


pada waktu ini pada tahun ini
26

KATA SENDI NAMA KE


Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau

frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. Mereka pergi ke Kuala Kedah. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari Perempuan itu berada di sisi suaminya ke saat akhir hayat suaminya.
27

PENGGUNAAN SENDI NAMA DARI


Kata sendi nama dari digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.
a) Contoh yang menyatakan tempat atau arah : -Awak datang dari mana? -Isteri pemuda itu datang dari kampung. -Lori itu datang dari arah kiri.
28

b) Contoh yang menyatakan waktu atau masa: - Keadaan Zaidi semakin pulih dari sehari ke sehari. - Kerajaan Melaka dari kurun ke-15. - Berita gembira itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. - Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan -

dari semasa ke semasa. Sikap buruknya masih tidak berubah-ubah dari dahulu hingga sekarang.
29

PENGGUNAAN SN DARIPADA
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut:

i)
ii) iii) iv)

Punca bagi manusia, institusi, haiwan,benda dan abstrak; Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; Menyatakan sebahagian daripada semua; dan Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan.
30

a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, -

benda dan abstrak Aida menerima sepucuk surat daripada kekasihnya. Cadangan daripada pihak tuan telah kami terima. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

31

b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian -

sesuatu benda Ahli persatuan itu terdiri daripada pelajar sekolah. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya. Saya bersedia meminta maaf jika kesilapan itu berpunca daripada saya. Pasukan bola sepak Kelantan terdiri daripada pemain muda dan pemain berpengalaman.

32

c) Menyatakan sebahagian daripada semua dan menyatakan perbandingan atau perbezaan. -

Enam orang daripada mereka ditangkap kerana dituduh mencuri. Kami tiba lewat daripada mereka. Sebilangan besar daripada pekerja tidak menghormati pengarah tersebut. Perangai Danish lebih baik daripada budak itu. Membaca buku ilmiah lebih elok daripada membaca majalah hiburan.
33

CONTOH KESILAPAN PENGGUNAAN DARIPADA


SALAH
berbeza dari buku itu berlainan dari abangnya

BETUL
berbeza daripada buku itu berlainan daripada abangnya

dari kekasihnya
dari kakak lebih baik adiknya dari ketuanya dari teruna baiklah duda

daripada kekasihnya
daripada kakak lebih baik

diperbuat dari kapas

adiknya daripada keduanya daripada teruna baiklah duda diperbuat daripada kapas
34

PENGGUNAAN UNTUK ATAU BAGI

Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan dan diperuntukkan.

36

CONTOH PENGGUNAAN
SALAH
Bagi siapakah hati ini? Cincin ini bagimu Jam ini bagi Azura

BETUL
Untuk siapakah hati ini? Cincin ini untukmu Jam ini untuk Azura

Dia membeli cincin emas

Dia membeli cincin emas

bagi Salina Kain sutera ini bagi ibumu Novel ini bagi Aini

untuk Salina Kain sutera ini untuk ibumu Novel ini untuk Aini
37

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti

penggunaannya jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya: - Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina. - Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan.

38

PENGEJAAN KATA YANG BERAKHIRAN AN DAN KAN


Perbezaan antara imbuhan -kan dan meNkan

dengan imbuhan an, peN-an dan ke--an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan -kan dan -an tidak akan berubah apabila dimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.

39

KESILAPAN MENGEJA KATA DUA K (KK)


Kebanyakkan

- kebanyakan (Betul) keburukkan - keburukan kedudukkan - kedudukan kecantikkan - kecantikan kependudukkan - kependudukan

40

KESILAPAN MENGEJA KATA SATU K (K) PADA


Meletakan- meletakkan (Betul)
Memasukan- memasukkan Membotakan- membotakkan Menaikan menaikkan Menggerakan- menggerakkan

41

PENGUNAAN KATA NAFI BUKAN ATAU TIDAK


Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh-tidak berjaya,tidak bertunang, tidak tua, tidak manis, tidak tinggi, tidak berusaha.

Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh- bukan dari Johor, bukan doktor, bukan kekasih, bukan ke Sarawak, bukan kerajaan, bukan untuk isteri.

42

KEKECUALIAN PENGGUNAAN BUKAN DIHADAPAN FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF


Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh-Dia bukan sahaja cantik, malah manja orangnya. (frasa adjektif) -Dia bukan hendak bekerja bermain sahaja. (frasa kerja)

tetapi

hendak

43

PENGGUNAAN SEKALI, SUNGGUH, PALING dan teR Paling terbaik sekali- baik sekali (Betul)
Paling terbaik- paling baik Paling tercantik sekali- cantik sekali Paling termasyur- paling masyur Terpandai sekali- terpandai Paling terpandai sekali- pandai sekali

44

Mangkuk jorong pinggan jorong, Si jorong berisi buah jati; Dua tiga kata terdorong, Jangan dibawa masuk ke hati.

You might also like