Professional Documents
Culture Documents
h1n1 For Preg Ladies
h1n1 For Preg Ladies
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utus...
LAMAN UTAMA BERITA Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah ARTIKEL Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum Blog GAYA HIDUP Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan Rekreasi Polis & Tentera Sastera CAPAIAN LAIN ezTrade Beta Utusan Online TV Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online Mangga TV MyBooks Kareer Utusan Karya E-PAPER Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
ENGLISH VERSION
ARKIB BERITA
KESIHATAN
ARKIB : 13/08/2009
IK L A N@ UT US A N
KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia. Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia. Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung. Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.
MINUM air dengan banyak mampu meningkat tahap kesihatan ibu mengandung.
Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal. "Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek). "Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini. Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1. Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung. Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan. "Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian. "Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung. "Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya. Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.
IK L A N@ UT US A N
IKLAN Teks
"90% PUNCA REZEKI ADALAH BERNIAGA" Langsingkan Sehingga 10KG dalam 30 hari <<< Klik Disini Untuk RAHSIA LANGSING >>> Klik>> Percuma Petua Langsing, Sihat & Cantik di BadanLangsing.com
KOMUNITI Waktu Solat Laporan Cuaca Geng Online LAMAN KHAS Liga M 2009 PRK 2009 UMNO 2008
Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain. "Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.
Rawatan
Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.
1 of 2
8/14/2009 10:19 AM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utus...
"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal. "Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung. "Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya. Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini. Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka. "Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol. "Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi. "Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.
H1N1 ancaman kepada ibu hamil Merawat anak demam Kenali postur badan anda Mengurangkan tekanan diri Pentingnya penghidratan semula bagi atlet Hidup tanpa ubat Pelbagai alternatif Nasi sudah menjadi bubur - Xauier & Yuen Kim Penting memberus gigi dengan betul Kepatahan tulang pada kanak-kanak
IK L A N@ UT US A N
C I
Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan! | Terma & Syarat UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
2 of 2
8/14/2009 10:19 AM