You are on page 1of 12

BAHASA MELAYU

KATA TERBITAN
PENSYARAH CIKGU ALIM DI BUAT OLEH MD HANIFAN AZIZ BIN HAJI SAHADANI 11/01 7/5/2012

Isi kandungan 1. Pendahuluan 1.1.Erti ringkas Morfologi 1.2.Erti Pembentukan kata bahasa melayu 1.3.Erti imbuhan 1.4.Erti kata dasar 1.5.Erti Kata terbitan 2. Kandungan isi 2.1.Jenis-jenis imbuhan kata terbitan 2.1.1 Imbuhan awalan

muka surat 2-3 2 2 3 3 3 4-9 4 4 4 5 5 6 6 6 7 7 7 8 8 9 9 10 11

2.1.1.1.Awalan kata nama 2.1.1.2.Awalan kata kerja 2.1.1.3.Awalan kata adjektif 2.1.2. Imbuhan akhiran 2.1.2.1.Akhiran kata nama 2.1.2.2.Akhiran kata kerja 2.1.3. Imbuhan apitan 2.1.3.1.Apitan kata nama 2.1.3.2.Apitan kata kerja 2.1.3.3.Apitan kata adjektif 2.1.4. Imbuhan sisipan 2.1.4.1.Sisipan kata nama 2.1.4.2.Sisipan kata adjektif 3. Kesimpulan Bahan bacaan

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

1. Pendahuluan
Kertas kerja ini akan membincangkan proses pembentukan kata bahasa melayu yang menumpukan kepada kata terbitan sahaja. Sebelum membincangkan proses pembentukan kata lebih mendalam, kita perlu mengetahui serba sedikit definisi penting secara ringkas.

1.1. Erti Konsep Mofologi Nik Safiah Karim (1996): Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji struktur kata, bentuk perkataan dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa melayu.

1.2. Erti Pembentukan Kata Bahasa Melayu Pembentukan kata dalam bahasa melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar-besar dan baju-baju.

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

1.3. Erti Imbuhan Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentukbentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan yang terdapat di dalam bahasa melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

1.4.Erti Kata Dasar Kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Contohnya libat, lanjur, balik dan sambung.

1.5. Erti Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

2. Kandungan Isi
Kandungan isi di dalam kertas kerja ini menghuraikan jenis- jenis imbuhan kata terbitan.

2.1. Jenis-jenis kata imbuhan kata terbitan Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa melayu dapat dipecahkan kepada empat jenis imbuhan, iaitu Imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.

2.1.1. Imbuhan awalan Imbuhan awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam bersukan dan di- dalam diambil. Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif.

2.1.1.1. Awalan kata nama Awalan kata nama ialah awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Contoh perkataan: Awalan PePemPenPengKeJuruMahaTataPraSubSupraEkaDwiPerkataan Pelukis, pewangi Pembalut, pembeli Pendatang, pencari Pengguna, pengayuh Ketua, kehendak Jurubahasa, jurujual Mahasiswa, mahaguru Tatabahasa, tatanegara Prasejarah, prakata Subbidang, subsistem Suprakelas, suprasistem Ekabahasa, ekasuku Dwibahasa, dwibudaya

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

Contoh ayat: Pe- dalam pelukis Pelukis itu melukis dengan mengunakan alat lukis.

2.1.1.2. Awalan kata kerja Awalan kata kerja ialah yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Contoh perkataan: Awalan MeMemMenMengMengeMemperBerTerdiDiperContoh ayat: Me- dalam melukis Dia melukis lukisan itu untuk peperiksaan akhir tahun. 2.1.1.3. Awalan kata adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar membentuk kata adjektif. Contoh perkataan: Awalan TerSeContoh ayat: Ter- dalam terpandai Ahmad adalah salah seorang pelajar terpandai di dalam sekolahnya.
MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN 5

Perkataan Melukis, menari Membeli, memberi Mendaki, menduga Mengaji, mengasuh Mengebom, mengetin Memperisteri, memperbesar Berkata, bersetuju Terkata, terasa Diatur, dibeli Diperistri, diperbesar

Perkataan Terpandai, termerah Seputih, sehalus

2.1.2. Imbuhan akhiran Imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalam bawakan dan I dalm takuti. Dalam bahasa melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja.

2.1.2.1. Akhiran kata nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang apabila bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama. Contoh perkataan: Akhiran -an -wan -man -wati -isme -in -at -ah Contoh ayat: -man dalam seniman seniman itu begitu bersungguh sungguh melakukan aksi didalam lakonan. 2.1.2.2. Akhiran kata kerja Akhiran kata kerja ialah apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja. Contoh perkataan: Akhiran -kan -i Contoh ayat: -i dalam ikuti Penolong pengerusi itu ikuti segala arahan dan kemahuan ketua pengerusi. Perkataan Lahirkan, ambilkan Ikuti, jalani Perkataan Ajaran, silaan Ilmuwan, budayawan Budiman, seniman Seniwati, paragawati Nasionalisme, sosialisme Hadirin, muslimin Hadirat, muslimat Ustazah, sultanah

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

2.1.3. Imbuhan apitan Imbuhan apitan, yang hadir secara megepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar, misalnya ke--an dalam kebiasaan dan di--I dalam ditakuti. Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis apitan iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata adjektif.

2.1.3.1. Apitan kata nama Apitan kata nama ialah apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata nama. Contoh perkataan: Apitan Pe--an Pem--an Pen--an Peng--an Penge--an Pe--an Per--an Ke--an Contoh ayat: Penge--an dalam pengeboman Asgar negara itu menjalankan latihan dipanggil sebagai latihan pengeboman. Perkataan Pelaksanaan, perusuhan Pembukaan, pemburuan Pendakian, pencucian Penguduran, penggandaan Pengesahan, pengeboman Pendalaman, pesisiran Perjumpaan, persamaan Kecantikan, kebijakan

2.1.3.2. Apitan kata kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang apabila bergabung dengan kata dasar membentuk kata kerja. Contoh perkataan: Apitan Me--kan Mem-kan Men--kan Meng--kan Ber--kan Perkataan Memajukan, melakukan Membezakan, memberikan Mendirikan, mentakrifkan Menggulingkan, mengelakkan Beralaskan, berbekalkan
MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN 7

Ber--an di--kan Diper--kan Memper--kan Ke--an Contoh ayat: Men--kan dalam mendirikan

Bertaburan, bergantungan Ditaburkan, didorongkan Diperdengarkan, diperlihatkan Memperdengarkan, memperlihatkan Kehujanan, kepanasan

Pekerja itu mendirikan tiang utama untuk bangunan sekolah baru.

2.1.3.3. Apitan kata adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang apabila digabungkan dengan kata dasar membentuk kata adjektif. Contoh perkataan: Apitan Ke--an Ke--an Ke--an Contoh ayat: Ke--an dalam kemelayuan Penduduk negara Brunei Darussalam terkenal dengan sifat kemelayuan dan kerajinan. Perkataan Kemelayuan Kerajinan kearaban

2.1.4. Imbuhan sisipan Imbuhan sisipan yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjuk dan in- dalam sinambung. Dalam bahasa melayu terdapat dua jenis sisipan iaitu sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif.

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

2.1.4.1. Sisipan kata nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang apabila hadir di celahan kata dasar membentuk kata nama. Contoh perkataan: Sisipan -el-er-emContoh ayat: -el- dalam telunjuk Jejari yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda dipanggil jari telunjuk. Perkataan Telunjuk, telapak, kelemumur Seruling, keruping Kemuning, kemuncup

2.1.4.2. Sisipan kata adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang apabila hadir di celahan kata dasar membentuk kata adjektif. Contoh perkataan: Sisipan -el-er-em-inContoh ayat: -er- dalam serebut Ahmad selalu serebut jika dia didalam keadaan kegugupan. Perkataan Selerak, gelembung Serebut, gerodak Gemilang, gemuruh, sementara sinambung

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

3. Kesimpulan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdapat empat jenis yang menghasilkan kata terbitan iaitu kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan.

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

10

Bahan bacaan
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fairose, Shamsudin (2010). Kata Terbitan. Tatabahasa STPM cermerlang bahasa melayu (atas talian) http://tatabahasastpm.com (9 mei 2012).

MD HANIFAN AZIZ | KATA TERBITAN

11

You might also like