You are on page 1of 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

UJIAN 2

Disediakan oleh: NAMA NO K.P NO MATRIKS : KOMALA A/P KANNUSAMY : 780803-08-5002 : D20102042049

KUMPULAN: EL A17

NAMA PENSYARAH : DR.NORILA BINTI MD.SALLEH

Ujian 2

Soalan 1: Bina sebuah Peta Konsep seperti yang dihuraikan dalam Modul Jilid 2, Unit 7, untuk menunjukkan kefahaman anda tentang Konsep berikut:

Merupakan keseluruhan proses mengumpul data sehinggalah Kepada keputusan berdasarkan data tersebut PENTAKSIRAN

Data dikumpul dalam keadaan terkawal

Data dikumpul dalam keadaan tidak terkawal

PENGUJIAN

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Perlu dinyatakan dalam bentuk kuantiti

Menyediakan cara yang sistematik untuk menilai kemahiran berfikir dan

PENGUKURAN

menaakul yang tidak dapat diukur oleh Ujian objektif dan esei biasa

Perbandingan dengan satu set kriteria atau kumpulan dilakukan bagi menentukan nilai atau kualiti data Untuk mengukur PENILAIAN prestasi murid UJIAN PENTAKSIRAN PRESTASI

Soalan 2: Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) merupakan satu strategi pembelajaran kooperatif yang dipelopori oleh Robert Slavin. Pilih satu hasil pembelajaran daripada huraian sukatan pelajaran bagi subjek yang diajar di sekolah (selain daripada Bahasa Cina atau Bahasa Tamil) dan huraikan secara ringkas (tidak melebihi satu muka surat, 1.5 spacing), bagaimana hasil pembelajaran tersebut dapat dicapai murid menggunakan strategi BPPM.

Menurut Slavin (1995) BPPM merupakan satu strategi pembelajaran pembelajaran kooperatif membabitkan murid berkerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran kooperatif membantu murid untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Saya memilih mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3. Tema pengajaran saya ialah Faedah bersukan dimana topiknya ialah Mengelak Penyakit Kronik. Di akhir pembelajaran ini murid dapat membuat penerangan secara lisan tentang iklan bergambar penyakit kronik dengan 75 peratus ayat yang betul, Menulis ayat tunggal 5 daripada 10 dengan betul dan mencatat 5 daripada 10 isi-isi penting dalam petikan yang bertajuk Faedah bersukan. Fasa Pertama: Guru membahagikan lima kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi empat orang murid. Murid diminta berbincang di dalam kumpulan mengenai iklan bergambar yang bertajuk Jom Bersukan. yang dibekalkan oleh guru. Wakil dari setiap kumpulan ke hadapan untuk membuat penerangan tentang iklan dengan menggunakan ayat yang betul. Guru membetulkan kesalahan ayat yang digunakan dengan lebih gramatis. Fasa Kedua: Pembelajaran berpasukan. Mempamerkan petikan bertajuk Faedah Bersukan di papan putih dan mengedarkan petikan kepada setiap murid. Murid membaca petikan secara mekanis dengan sebutan yang betul dan jelas bersama guru. Murid diminta berbincang, mengenalpasti dan menyenaraikan ayat tunggal di dalam kumpulan masing-masing. Guru memilih murid secara rawak dari setiap kumpulan untuk membaca ayat yang ditulisnya di hadapan kelas.

Fasa Ketiga Pengujian di mana dalam pengajaran saya murid dibekalkan dengan brosur berserta gambar penyakit Jantung. Murid diminta berbincang dengan ahli kumpulan untuk mencari isi-isi penting dalam petikan dan mencatatnya dalam peta minda. Guru memanggil wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka. Guru memberikan jawapan yang betul. Fasa terakhir: Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari hari ini melalui penyoalan. Pengiktirafan pasukan iaitu kumpulan yang menang akan diberikan bintang dan dilekatkan diatas baju murid dan di carta pencapaian murid yang terdapat di sudut papan kenyataan bilik darjah. Setiap akhir bulan murid atau kumpulan yang mendapat banyak bintang akan diberikan hadiah oleh guru mata pelajaran. Secara keseluruhannya hasil pembelajaran saya akan tercapai dengan memilih strategi BPPM. Murid akan bekerjasama, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, semanagat kekitaan juga dapat dilahirkan melalui strategi BPPM yang dipelopori oleh Robert Slavin.

--------------------TAMAT------------------

You might also like