You are on page 1of 19

1.

PENGENALAN

Pendidikan mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan tamadun manusia. Menerusi pendidikan akan lahirlah golongan para pemikir yang mengembangkan tamadun. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar. Menurut Tajul Ariffin Noordin (1993 ), untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran dan penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita. Pendidikan awal dicetuskan oleh Rasulullah SAW bermula dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira iaitu Surah al-Alaq. Dalam Surah al-Alaq ini, manusia dituntut untuk menuntut ilmu.

Kerajaan Turki Uthmaniah merupakan salah satu kerajaan Islam yang berjaya memperluaskan empayar dan merupakan sebuah negara yang dapat menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniah telah banyak memberi sumbangan kepada dunia Islam dalam pelbagai bidang iaitu bidang perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan dan seni bina. Walaupun begitu, pada era pemerintahan Uthmaniah pendidikan merupakan bidang yang paling penting bagi negara tersebut berbanding bidang-bidang lain. 2.0 LATAR BELAKANG NEGARA TURKI Turki Uthmaniah bermula pada tahun 1299 dan berakhir pada tahun 1922. Turki Uthmaniah telah diasaskan oleh Uthman 1 dan baginda mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniah pada tahun 1299. Pada mulanya Kerajaan Uthmaniah dikenali sebagai Beylik1 iaitu sebelum ditukarkan kepada Kerajaan Uthmaniah. Nama kerajaan ini diambil sempena nama Sultan Osman bin Sauji bin Artugrul bin Sulaiman Syah bin Kia Alp.2 Beliau merupakan seorang amir iaitu gabenor Saljuk kawasan barat Anatolia yang bersempadan dengan empayar Byzantine.3 Daulah Uthmaniah merupakan salah sebuah negara yang sangat mementingkan pendidikan dan keilmuan. Selain itu, Uthmaniah merupakan sebuah negara yang kuat yang mana mewarisi khazanah keilmuan dan pemikiran Islam. Negara ini telah menggalakkan para
1

Diperoleh pada 5 Mei 2012, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah Prof. Dr. Hamka ( 1994 ). Sejarah Umat Islam : Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura. Hlm 553

Diperoleh pada 5 Mei 2012, daripada http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab6pembentukan-kerajaan-islam-dan-sumbangannya/

ulama melalui pembukaan berbagai-bagai institusi keilmuan dan pendidikan. Oleh itu, wasilahwasilah keilmuan dan perindustrian diperkembangkan bagi memberi kekuatan kepada negara untuk mempertahankan dunia Islam dari serangan para musuh, dan menjadi kewajipan semua pihak untuk menyertai dan memberikan saham masing-masing didalam kemajuan keilmuan, pemikiran, ketenteraan dan kebudayaan di dalam negara Islam ini.4 Perkembangan Kerajaan Uthmaniah terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman kegemilangan dan juga zaman kejatuhannya. Tersebarnya Islam pada zaman pemerintahan Uthmaniah dapat dilihat apabila Sultan Muhammad al-Fateh menakluki kota Konstantinople pada tahun 1453. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam. Antaranya ialah pegangan aqidah yang sangat utuh dan akhlak yang sangat tinggi dalam kalangan orang Islam. Selain itu, kejayaan pengembangan kuasa ini juga adalah disebabkan faktor ketenteraan yang hebat. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seorang pemimpin muda yang sangat bijak. Baginda melakar sendiri meriam yang digunakan ketika penaklukan Kota Konstantinople. Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq :


Constantinople ( kini Istanbul ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaikbaik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. ( Hadis Riwayat Imam Ahmad ).5 Turki Uthmaniah terus berkembang dan gemilang semasa pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566, Turki Uthmaniah mengalami kejatuhan, kemunduran dan kemerosotan yang sangat teruk. Hal ini disebabkan beberapa faktor kelemahan yang berlaku dalam Kerajaan Uthmaniah sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan jatuhnya tapuk pemerintahan Uthmaniah yang selama ini gah dan disegani oleh negara-negara lain. Antara faktor penyebabnya ialah faktor politik, sosial dan pengaruh luar. Kelemahan sistem pemerintahan juga termasuk dalam faktor politik. Hal ini disebabkan oleh kelemahan pemerintahan selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni yang mana dipegang oleh Sultan Murad III.
4

Dr Eeman Mohamed Abbas. Sultan Abdul Hamid II Dan Kejatuhan Khilafah Islamiah : Pustaka Salam Hlm 77
5

Diperoleh pada 5 Mei 2012, daripada http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/222muhammad-al-fateh.html

Pada tahun 1922 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi memegang takhta. Pada tahun 1923, Republik Turki yang telah lama diimpikan oleh Kamal Attartuk telah dilaksanakan dengan rsminya. Kamal Attartuk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Selepas terlantiknya Kamal Attartuk iaitu seorang pemimpin sekular yang agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki iaitu pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah Daulah Islam yang agung dan digantikan dengan sebuah Daulah Sekular dibawah kepimpinan Mustafa Kamal Attartuk.6 Gelaran Attartuk diberikan kepadanya selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Uthmaniah dengan sebuah pemerintahan sekular republik. Attartuk membawa maksud Bapa Turki. Sistem sekular ini berlanjutan sehingga ke hari ini. Pemerintahan negara Turki sekarang masih diamalkan dengan kuat sehingga sangat sukar untuk mencari universiti yang menawarkan kursus Pengajian Islam. 3.0 INSTITUSI YANG DIPILIH 3.1 LATAR BELAKANG UNIVERSITI BOSPHORUS (BOGAZICI UNIVERSITY)

Universiti Bosphorus ataupun Bogazici University dalam bahasa Turki merupakan sebuah universiti yang terkenal di Negara Turki. Kedudukannya terletak berhadapan dengan selat Bosphorus yang memisahkan Kota Istanbul. BU pada mulanya di kenali sebagai Robert College. Robert College ditubuhkan di Istanbul oleh Dr. Cyrus Hamlin iaitu seorang pendidik, pencipta, arkitek, pembina dan juruteknik bersama dermawan terkenal dan saudagar kaya dari New York iaitu Encik Christopher Rheinlander Robert. Dr. Cyrus Hamlin datang ke Turki pada tahun 1839, untuk mengadakan seminar kepada kanak-kanak lelaki dan mengajar sehingga tahun 1860. Beliau bertemu dengan Mr.Robert pada tahun 1856 pada Crimean War. Mr.Robert mengambil tugas untuk menjalankan beban kewangan, manakala Mr.Hamlin di tugaskan untuk mengumpul dana dari Amerika Syarikat dan mengambil alih tanggungjawab untuk mengasaskan kolej. Mr.Hamlin menegaskan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar setelah kurikulum telah di sediakan. Lembaga Pemegang Amanah telah di tubuhkan dan selepas itu, mereka menetapkan bahawa kolej tersebut menerima kemasukan pelajar dari semua kaum, kerakyatan dan agama tanpa diskriminasi.

Diperoleh pada 5 Mei 2012, daripada http://www.mesra.net/forum/index.php? showtopic=65380

Mr.Hamlin kemudiannya menemui sebuah tanah kuari kepunyaan Ahmet Vefik Pasa. Beliau mengatakan bahawa ia sebuah tempat yang sesuai untuk menubuhkan sebuah kolej. Pendapat beliau selepas menimbangkan pelbagai kemungkinan dan beliau mencontohi Sultan Muhammad Fateh apabila baginda membina kubu untuk menawan Konstantinople pada tahun 1453. Pada mulanya Ahmet Vefik Pasa tidak mahu menjual kerana beliau menjadi Duta Besar Sultan ke Mahkamah Napolean III tetapi beliau memutuskan untuk menjual tanah tersebut pada tahun 1861. Selepas beberapa masalah untuk membina kolej tersebut, Mr.Hamlin telah menyewa beberapa bangunan kosong dan menamakannya sebagai Robert College. Pada 16 September 1863, ia menerima kemasukan pelajar pertama dan Dr. Cyrus Hamlin sebagai Presiden pertama. Sehingga sekarang seramai 17 orang yang memegang jawatan sebagai presiden. Presiden yang ke 17 adalah Prof. Dr. Kadri Ozcaldiran yang memegang jawatan ini dari tahun 2008 sehingga kini. Universiti ini mempunyai 6 buah kampus iaitu Kampus Utara, Kampus Selatan, Kampus Hisar, Kampus Ucaksavar, Kampus Kandili dan Kampus Saritepe. Kampus Selatan mempunyai bangunan Istana Sejarah Rumelihisar. Kampus Utara mempunyai Perpustakaan Utama, Bangunan Makmal Sains dan Kejuruteraan, Bangunan Fakulti Pendidikan, Dewan Lelaki II, Dewan Perempuan II dan Bangunan Teknologi Pendidikan. Kampus Kandili di masukkan ke dalam senarai bangunan universiti pada tahun 1982 dan Kampus Hisar pada tahun 1989. Manakala, Kampus Ucaksavar mempunyai penempatan kepada kakitangan universiti dan kompleks sukan besar. Kampus Saritepe di tubuhkan pada tahun 1985 dengan bangunan penempatan bagi pelajar dan menjadi kompleks perumahan pelajar paling maju di Turki. Universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua buah sekolah yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda dan enam buah institusi yang menawarkan Ijazah Sarjana. Universiti ini kekalkan kedudukan sebagai universiti paling terkenal di Turki kerana menerima ramai pemohon melalui peperiksaan kemasukan iaitu YGS-LYS. Universiti ini memberi penekanan kepada ilmu sains seperti sains gunaan dan sains sosial dan membuatkan para pelajar memilih universiti ini untuk mencari ilmu. 3.2 Visi VISI DAN MISI UNIVERSITI BOSPHORUS

Visi Universiti Bosphorus ialah untuk mencapai kecemerlangan dari segi penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa disamping untuk menjadi sebuah unversiti hijau. Prinsip-prinsip utama visi university ini adalah: 1- Memperkukuhkan keupayaan universiti ini dalam pendidikan prasiswazah dan mencapai tahap yang sama dalam pendidikan siswazah. 2- Meningkatkan daya saing universiti ini dalam penyelidikan akademik dan menyertai universiti penyelidik terbaik dunia. 3- Membangunkan sebuah kampus yang hijau dan mampan.

Misi Misi Universiti Bosphorus ialah: 1- Mendidik individu-individu yang boleh meningkatkan nilai institusi, yang menghormati nilai etika, mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, yang boleh berfikir secara kritis dan dengan pembentukan akademik dan budaya mereka serta keyakinan diri, serba boleh, kreatif dan mampu bekerja di institusi akademik, dalam sector awam dan swasta. 2- Penjanaan ilmu sejagat dan menyumbang kepada pemikiran kritis, sains dan teknologi semasa perkhidmatan kemanusiaan. 3- Memperluaskan cakerawala saintifik di Turki dan menyumbang kepada institusionalisasi sains, seni dan budaya dalam masyarakat mereka. 3.3 AKADEMIK DI UNIVERSITI BOSPHORUS Universiti Bosphorus mempunyai pelajar seramai 12 315 orang dan 1007 orang kakitangan universiti. Pelajar Ijazah Sarjana Muda seramai 9 428 orang, Ijazah Sarjana seramai 2 040 dan Doktor Falsafah seramai 847 orang. Universiti Bosphorus menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains apabila selesai lapan semester program yang di tawarkan oleh fakulti dan Pusat Pengajian Bahasa Asing. Manakala, bagi mendapatkan Sarjana Sastera dan Sarjana 6

Sains, pelajar perlu menghabiskan empat semester yang di tawarkan oleh institut. Selain itu, institusi ini juga menawarkan program Doktor Falsafah yang melibatkan sekurang-kurangnya enam semester. Pusat Pengajian Bahasa Asing juga menawarkan kursus bahasa Inggeris kepada pelajar baru yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Kursus ini di tawarkan selama 1 hingga 2 semester. Kuliah diadakan di dalam bahasa Inggeris, jadi semua pelajar harus mendalami bahasa Inggeris.

Terdapat 12 fakulti yang di tawarkan di universiti ini mengikut jadual 1 di bawah7: Bil 1 2 Nama Fakulti Faculty of Arts and Sciences (Fakulti Seni dan Sains) Faculty of Economics and Administrative Sciences (Fakulti Ekonomi dan Sains Pentadbiran) 3 4 5 6 7 8 9 Faculty of Education (Fakulti Pendidikan) Faculty of Engineering (Fakulti Kejuruteraan) Department of Fine Arts (Jurusan Seni Rupa) Department of Physical Education (Jabatan Pendidikan Jasmani) The School of Applied Disciplines ( Sekolah Disiplin Gunaan) The School of Foreign Languages (Sekolah Bahasa Asing) Atarturk Institute for Modern Turkish History (Institut Atartuk untuk Sejarah Moden Turki) 10 11 12 Institute of Biomedical Engineering ( Institut Kejuruteraan Bio-perubatan) Institute of Enviromental Sciences ( Institut Ilmu Sains Persekitaran) Kandili Observatory and Earthquake Research Institute ( Kandili Balai Cerap dan Institusi Gempa Bumi)
7

Diperoleh pada 5Mei 2012 daripada Bogazici University. (2012). http://www.boun.edu.tr

Jadual 1 Fakulti yang menawarkan kursus kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda adalah kesemua 12 fakulti yang di sebutkan di dalam jadual 1. Manakala bagi pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, mereka di tawarkan dengan 6 fakulti sahaja iaitu: 1- Atarturk Institute for Modern Turkish History (Institut Atartuk untuk Sejarah Moden Turki) 2- Institute of Biomedical Engineering ( Institut Kejuruteraan Bio-perubatan) 3- Institute of Enviromental Sciences ( Institut Ilmu Sains Persekitaran) 4- Kandili Observatory and Earthquake Research Institute ( Kandili Balai Cerap dan Institusi Gempa Bumi) 5- Institute for Graduate Studies in Science and Engineering (Institut Pengajian Siswazah dalam Sains dan Kejuruteraan) 6- Institute for Graduate Studies in Social Sciences (Institut Pengajian Siswazah dalam Sains Sosial) Universiti ini menawarkan kursus Penggal Musim Panas iaitu program intensif selama tujuh minggu. Hampir semua fakulti menawarkan kursus untuk musim panas antaranya sains sosial, kejuruteraan, pengajian bahasa asing dan lain-lain lagi. Musim panas kebiasaannya pada penghujung bulan Jun dan berakhir pada pertengahan bulan Ogos. Untuk mengikuti kursus Penggal Musim Panas ini, pelajar di kehendaki menguasai bahasa Inggeris. Pelajar dari universiti luar negara boleh mengikuti kursus ini sama ada dari sekolah tinggi, institusi pengajian tinggi atau kolej. Matlamat universiti ini mewujudkan Penggal Musim Panas adalah untuk menggalakkan percampuran budaya melalui fakulti pelajar dan lawatan. Pada masa itu, universiti ini benarbenar menjadi universiti antarabangsa kerana suasana pada waktu itu melihat percampuran pelajar atau peserta dari pelbagai negara mengambil kursus bersama dengan pelajar universiti ini. Di samping menawarkan Penggal Musim Panas, Universiti Bosphorus juga menawarkan pertukaran pelajar dan kajian luar negara. Universiti ini sangat mengambil berat kebajikan 8

pelajar-pelajarnya kerana itulah mereka menawarkan program ini di sebabkan pelajar-pelajar mereka terdiri daripada pelbagai bangsa. Program ini diadakan bagi mewujudkan kerjasama akademik dengan kolej dan universiti yang cemerlang dari seluruh dunia untuk meningkatkan pengalaman pelajar dan fakulti ke tahap antarabangsa. Selain itu, mereka juga ingin membina hubungan baru dengan institusi kerjasama mereka dan membantu pelajar dengan menyediakan perkhidmatan orientasi dan menyelaraskan komunikasi mereka dengan unit akademik dan pentadbiran serta mewakili forum universiti ke peringkat antarabangsa.

3.4

YURAN DI UNIVERSITI BOSPHORUS

Jadual 2 di bawah menunjukkan yuran pengajian di Universiti Bosphorus:8 Fakulti Pengajian Pelajar (TL) Fakulti Kejuruteraan Fakulti Seni dan 369, 00 Sains Fakulti Ekonomi dan Sains Pentadbiran Fakulti Pendidikan *Jumlah yang di sebut di atas (1) tempoh *TL= Turkish Lira Yuran untuk pelajar khas: Bagi setiap tempoh Warganegara Turki
8

*Sumbangan setiap kredit (TL) 16, 77

Pelajar (USD $) 860, 50

Asing Pelajar (Euro) 596, 50

Asing

503, 00

12, 30

631, 00

437, 50

407, 00

13, 57

658, 50

456, 50

369, 00

12, 30

585, 50

405, 50

Pengajian pelajar 2.500. $

Diperoleh pada 5 Mei 2012 daripada http://registration.boun.edu.tr/login/tuition_and_fees.htm

Pelajar Asing

3.000. $

3.5

PENEMPATAN DI UNIVERSITI BOSPHORUS

Pelajar-pelajar di tempatkan di Kampus Saritepe yang terletak di Pantai Laut Hitam telah di serahkan oleh Kementerian Pendidikan Nasional kepada Bogazici pada tahun 1985. Kampus itu mempunyai keluasan 1 272 600 meter persegi tanah. Ia memuatkan asrama untuk pelajar, rumah untuk kakitangan akademik, bilik darjah untuk pelajar Sekolah Persediaan Inggeris, pejabat dan perpustakaan di kampus. Terdapat juga sebuah hotel kecil dan dua cafeteria bagi memenuhi keperluan penduduk. Kampus Ucaksavar juga merupakan kawasan penempatan pelajar di mana terdapat perumahan yang disediakan untuk kakitangan akademik dan dua buah asrama yang disediakan untuk pelajar iaitu (Superdorm dan Ucaksavar Dorm). Selain itu, terdapat komplekssukan yang telah dilengkapi stadium dan alatan gimnasium di kampus ini. Kemudahan kenderaan awam di sediakan di sana seperti bas, bot dan teksi. Kenderaan awam utama di sana adalah metrobus. Pelajar yang ingin ke universiti dari Zincirlikuyu, hanya perlu mengambil bas yang tertulis di hadapannya iaitu 559C atau 43R. Kedua-dua bus ini akan menurunkan penumpang di kawasan sekitar kampus universiti. Pelajar yang ingin ke Kampus Ucaksavar, hendaklah turun di stesen yang bernama Cengiz Topel. Manakala pelajar yang hendaklah turun di stesen Nispetiye jika ingin turun di Kampus Utara. Seterusnya untuk pergi ke Kampus Selatan pula, pelajar dikehendaki turun di stesen Bogazici Universiti. Harga bagi setiap tiket adalah 2.50 TL yang mana boleh didapati di stesen setiap metrobus atau Zincirlikuyu. Selain itu, bagi pelajar yang menggunakan bas setiap hari, pelajar boleh membeli Akbil atau Kad Istanbul untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan mudah, kad ini boleh didapati dari pejbat hal ehwal pelajar di Kampus Selatan. Seterusnya, kenderaan awam lain yang mudah didapati disana ialah teksi. Harga bagi setiap perjalanan yang menggunakan teksi adalah berpatutan. Pelajar baru tidak perlu takut apabila berada di Istanbul kerana teksi mudah untuk didapati. Pemandu sentiasa 10

mementingkan pelanggannya dan hanya memerlukan alamat untuk menghantar anda ke alamat tertentu. Contohnya pegi ke bandar besar seperti Taksim atau kawasan universiti. Selain itu, bagi memudahkan perjalanan, bot merupakan salah satu pilihan pengangkutan awam yang disediakan iaitu di Bebek. Ia membantu pada waktu kemuncak kerana dapat mengelakkan kesesakan selain pengangkutan yang mudah dan cepat untuk pergi ke bandar pada hari minggu. Setiap hari, dua bot akan disediakan pada waktu pagi yang akan menuju ke Eminou. Antara perhentian bagi bot ini ialah Ortakoy dan Besitas. Jadual perjalanan akan disediakan di dok bot. bagi pelajar, mereka dinasihatkan untuk melihat jadual ulang alik bot agar tidak terlepas waktu perjalanan.

4.0

TARIKAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA 4.1 FAKTOR MENARIK

Memilih universiti di luar negara bukanlah mudah dan banyak perkara yang akan dilalui di tempat orang. Tambahan pula, pengalaman yang kurang dan tidak mendapat maklumat yang cukup tentang hal ehwal berkaitan dengan universiti yang ingin dituju menyebabkan pelajar perlu kuat ketika berada di sana. Walaupun akan berjauhan dengan keluarga dan menempuh pelbagai rintangan, namun terdapat pelbagai faktor yang akan menarik pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara terutamanya di Turki sebagaimana yang dikaji. Antara faktor utama ialah pengiktirafan dan jaminan terhadap kualiti pendidikan yang tinggi kepada universiti dan program yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa. Tumpuan diberi kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi serta penyelidikan dengan tenaga pengajar yang berkaliber dan kemudahan pembelajaran yang lengkap. Seterusnya, ialah persekitaran kehidupan di Turki yang selamat walaupun terdapat satu atau dua kes jenayah yang berlaku yang tidak boleh dielakkan. Setakat ini, tidak ada pergolakan yang menjadi ancaman kepada rakyat di Turki seperti di negara lain iaitu di bumi Mesir. Pelajar yang ingin menyambung pengajian di Turki perlu juga bertanggungjawab menjaga diri dan keselamatan mereka walaupun negara aman. Selain itu, faktor yang menjadi tarikan ialah di mana kemudahan yang disediakan, seperti perkhidmatan pengangkutan awam yang terdiri daripada bas, kereta api, teksi, bot dan kapal terbang adalah begitu sistematik. Seorang pelajar berasa begitu selesa dan tidak 11

memerlukan kenderaan sendiri seperti kereta kerana sistem penjadualan pengangkutan awamnya adalah begitu sistematik dan menepati masa sebagaimana yang tertera di papan kenyataan di setiap perhentian bas, kereta api, dan bot. malahan, pelajar boleh memilih pengangkutan awam yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak. Di samping itu, cuaca bagi negara yang beriklim empat musim ini memberi pendedahan baru kepada pelajar yang datang dari negara yang hanya mempunyai satu musim, misalnya Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Seperti di Istanbul, pelajar akan mengalami pengalaman yang baru dan terpaksa menyesuaikan diri mereka dengan pakaian yang sesuai mengikut musim yang berbeza-beza ini. Oleh sebab itu, keadaan ini secara tidak langsung melatih mereka supaya tidak berasa kekok apabila berada di tempat orang, di samping mereka pandai menyesuaikan diri dengan cuaca yang tidak tentu ini. Tambahan pula, terdapat banyak tempat yang menarik di Turki yang boleh dilawati di samping menimba ilmu di sana. Terdapat pelbagai kisah dan sejarah di sebalik setiap tempat yang ada. Antaranya ialah Sultanahmet Mosque atau lebih dikenali sebagai (Blue Mosque) yang merupakan masjid di kota terbesar Istanbul. Di sebelah masjid ni terdapat Makam Sultan Ahmet dan kerabatnya. Masjid ini berada berdekatan dengan bangunan yang dahulunya merupakan sebuah Gereja Kristen Kebijaksanaan Suci (Aya Sophia atau Hagia Sophia) dan telah diubah suai menjadi masjid seterusnya diubah fungsinya menjadi sebuah muzium sepenuhnya. Selain itu, tempat yang menarik ialah Topkapi Palace. Ia merupakan sebuah istana yang ruangannya sangat luas dan dihiasi taman yang cantik serta pokok-pokok yang tinggi. Istana ini adalah tempat kediaman para Sultan Uthmaniyah sehingga tahun 1853 dan tidak jauh dari pantai Bosphorus. Manakala tempat untuk membeli belah iaitu Taksim Square yang mana terdapat hotel, restoran dan tempat makanan seperti InterContinental, Ritz-Carlton dan The Marmara Hotel. Pertukaran mata wang asing yang tidak begitu tinggi berbanding dengan negara-negara besar lain seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat menyebabkan Turki menjadi tempat pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa. Selain itu dengan yuran yang berpatutan menyebabkan ibu bapa berasa mereka berkemampuan untuk menghantar anak mereka belajar di Turki. 4.2 FAKTOR PENDORONG segera seperti Pizza Hut, McDonalds, Subway dan Burger King. Selain itu, ia juga merupakan tempat hotel-hotel besar

12

Berdasarkan pendapat Haji Muhammad Bukhari Bin Hj. Ahmad yang mana beliau merupakan salah seorang responden yang mengikuti Kursus Lanjutan Musim Panas Tentang Bahasa dan Kebudayaan Turki di Universiti Bosphorus. Faktor yang mendorong beliau menyambung pengajian di sana ialah disebabkan dorongan daripada pensyarah beliau ketika berada di Universiti Chicago. Menurut kata-kata pensyarahnya, sekiranya beliau berminat dalam bidang sastera sufi bandingan, belajar bahasa Arab dan bahasa Parsi adalah tidak mencukupi. Akhirnya, beliau dapat ke sana melalui kebenaran khas daripadanya dan mempelajari bahasa Turki. Ia memberi kelebihan kepada beliau kerana mahir dalam pelbagai bahasa. Selain itu, kecintaan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan mendorong beliau menimba ilmu dan pengalaman sehingga ke negara luar walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Beliau telah berusaha untuk mengecapi kejayaan diperingkat yang lebih tinggi setelah gagal dalam bercinta. Namun, beliau telah berpegang dengan motto biar gagal cinta, jangan gagal cita. Seterusnya, responden yang kedua iaitu Muhamad Farhan menyatakan bahawa beliau melanjutkan pelajaran ke Istanbul disebabkan pertukaran pelajar ke sana. Beliau mendapat peluang tersebut dan tidak melepaskannya kerana bukan mudah untuk mendapat peluang belajar ke luar negara. Walaupun tempoh pembelajaran adalah pendek, namun beliau dapat menikmati kemudahan dan mengenali kaedah pembelajaran di sana. Di samping itu, faktor yang mendorong kedua responden untuk melanjutkan pengajian ke luar negara ialah untuk mendalami budaya Turki dan melawat tempat bersejarah di sana. Terdapat pelbagai tempat yang menarik di sekitar Turki dan boleh diambil ikhtibar daripada sejarah tempat tersebut. 5.0 SEBUAH PENGALAMAN Kumpulan kami telah menemuramah dua orang respondan iaitu seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan seorang pelajar juga dari Universiti Pendidikan Idris untuk mendapatkan sebuah pengalaman mereka tentang negara Turki. Responden Pertama Respondan pertama ialah Prof. Dr. Haji Muhammad Bukhari Bin Haji Ahmad yang mana merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Turki, terlebih dahulu menceritakan sedikit sebanyak latar 13

belakang pendidikan beliau. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Klang, beliau meneruskan pengajian di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam serta Diploma Pendidikan. Beliau juga pernah menuntut di Universiti Nasional Jakarta bagi memperoleh Ijazah Pertama dalam Bahasa dan Sastera Indonesia. Pada tahun 1978, beliau melanjutkan pengajian beliau di Universiti Chicago, Berkeley, Amerika Syarikat. Pada tahun 1984, beliau menuntut di Universiti of California untuk Ijazah Candidate of Philosophy ( C. Phil ) dan Doctor of Philosophy ( Ph.D ) dalam perbandingan Sastera Sufi Arab, Sufi Parsi dan Sufi Turki. Kemudian, pada tahun 1986 beliau mengikuti Kursus Lanjutan Musim Pamas tentang bahasa dan kebudayaan Turki di Universiti Bosphorus. Selepas itu beliau mengambil P.hD di Universiti Istanbul pada bulan April 1988. Semasa di Universiti Bosphorus, beliau tidak melepaskan peluang ke Universiti Istanbul untuk berjumpa dengan Profesor Sastera Arab untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu daripada mereka. Prof. Dr. Haji Muhammad Bukhari merupakan seorang ulat buku. Oleh itu, beliau kerap berkunjung kekedai yang menjual buku-buku secondhand untuk mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang dikehendakinya. Selain itu, beliau akan bertandang ke kawasan orang-orang miskin untuk bertemu dan bersua muka dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Beliau kerap berkunjung ke sana pada setiap hujung minggu. Berhubung dengan penempatan untuk para pelajar, pihak berwajib telah menyediakan asrama untuk menempatkan semua pelajar. Menurut beliau lagi pihak mereka akan memberi keutamaan kepada para pelajar antarabangsa yang belajar di sana. Oleh itu, para pelajar yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran di sana tidak perlu bimbang lagi dan khuatir berkenaan dengan tempat penginapan sepanjang belajar di sana. Ketika belajar di sana, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi universitiuniversiti lain antaranya beliau pernah mengunjungi Universiti Ankara, Universiti Marmara, Universiti Ataturk, Universiti Teknik Timur Tengah, Universiti Sinan dan banyak tempat lagi. Disamping berkunjung ke universiti-universiti tersebut, beliau membuat penyelidikan di beberapa buah universiti dan tempat yang beliau kunjungi. Tambah beliau lagi, beliau pernah menjejak kaki ke Universiti Seljuk yang terletak di Konya. Menurut beliau, makam seorang penyair Parsi iaitu Jalaluddin ada di Konya. Tidak terkecuali, beliau juga pernah berkunjung ke Bursa iaitu merupakan ibu kota lama Turki dan di sana terdapat Universiti yang dinamakan Universiti Uludag.

14

Di Istanbul, Universiti Bosphorus merupakan satu-satunya universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, semua pelajar yang menuntut di universiti tersebut dikehendaki untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan tersebut tidak menjadi masalah dan bebanan bagi beliau. Hal ini kerana beliau merupakan seorang yang dapat menguasai banyak bahasa asing antaranya beliau boleh berbahasa Arab, Turki, Parsi dan lain lagi. Ketika bulan Ramadhan, masyarakat Turki akan mengadakan acara mengaji al-Quran dan juga tazkirah sebelum masuknya waktu solat zohor. Beliau tidak melepaskan peluang untuk menyertai masyarakat Turki dengan menyertai acara tersebut. Beliau merupakan seorang yang gemar mendengar bahasa Turki terutamanya semasa sesi tazkirah. Disamping mendengar tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Turki, beliau mengambil inisiatif untuk memantapkan lagi penguasaan beliau dalam bahasa Turki. Ketika di Turki, beliau pernah bertemu dengan Sheikh Zuhdi yang merupakan seorang profesor dalam bidang Tasawuf dan pemimpin tarikat. Beliau menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan ilmu daripada Sheikh Zuhdi berkaitan dengan ilmuilmu Tasawuf yang mana beliau membuat penyelidikan mengenai bidang tersebut. Selama beliau menuntut di Turki, beliau mempunyai banyak pengalaman yang menarik. Respondan Kedua Respondan kedua merupakan seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengikuti program pertukaran pelajar ( exchange student ) ke negara Turki iaitu ke Universiti Okan. Kami mendapatkan maklumat daripada beliau dengan behubung dan berkomunikasi di alam maya seperti Yahoo Messenger, E-mail dan Facebook. Nama penuh beliau ialah Muhamad Farhan bin Rohim. Beliau merupakan seorang mahasiswa semester 6 yang mengambil kursus Keusahawanan. Beliau berangkat ke sana pada tarikh 22 Januari 2012 dan beliau memulakan sesi pembelajaran di sana pada bulan Februari 2012. Selama tiga bulan lebih di sana, beliau mempunyai banyak pengalaman dan cabaran belajar di sana. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah perubahan musim yang tidak sama dengan Malaysia. Ketika bulan Januari sehingga pertengahan bulan April, beliau terpaksa mengharungi musim sejuk. Ketika musim ini, boleh dikatakan setiap hari beliau mengalami pendarahan hidung dan demam kerana badan beliau tidak dapat menerima keadaan sejuk tersebut. Selain itu, ketika musim 15

sejuk ini akan menyebabkan kulit menjadi kering. Faktor masa juga merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau. Ketika musim sejuk, waktu malam lebih panjang daripada waktu siang. Hal ini menyebabkan terbatasnya aktiviti harian mereka. Manakala ketika musim panas, waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Ini menyebabkan beliau tidak mencukupi waktu untuk berehat dan tidur. Menurut beliau lagi, kenderaan awam di sana susah untuk di dapati. Mereka yang belajar di sana perlu meneliti jadual perjalanan bas supaya tidak ketinggalan untuk menaiki bas. Ada satu peristiwa yang mana beliau terpaksa menunggu selama 5 jam untuk menaiki bas kerana beliau tertinggal bas. Tidak seperti di UPSI, bas di sediakan dari asrama ke kampus dan mudah untuk menaiki bas. Pengangkutan awam seperti teksi senang untuk di cari tetapi tambang yang dikenakan agak tinggi kerana harga minyak di sana empat kali ganda dari Malaysia. Walaupun Turki sebuah negara Islam tetapi mereka mengamalkan sekularisme dan menyebabkan logo halal tidak di tanda pada makanan-makanan yang di jual di sana. Selain itu, arak di jual secara di merata-rata tempat dan berleluasa. Islam di sana memegang anjing dan minum arak secara terbuka. Beliau selalunya menikmati roti atau kebab kerana mudah di dapati dan ia merupakan makanan ruji penduduk Turki. Harga beras di sana agak mahal menyebabkan beliau jarang memakan nasi. Bahasa yang di gunakan oleh penduduk di sana adalah bahasa Turki dan ramai di antara mereka tidak memahami bahasa Inggeris. Keadaan ini menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan penjual dan masyarakat setempat. Komunikasi di dalam kelas kuliah pula pada mulanya agak sukar kerana mereka belajar menggunakan bahasa Turki sehingga beliau terpaksa mengangkat tangan memberitahu bahawa beliau adalah pelajar antarabangsa. Selepas itu, kuliah berjalan seperti biasa kerana pensyarah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Beliau memberitahu kepada kami, suasana pada hari Jumaat sangat menarik apabila tibanya waktu solat Jumaat. Peniaga-peniaga di sana akan meninggalkan perniagaan mereka ketika azan solat Jumaat berkumandang. Masjid di sana tidak mampu menampung jumlah besar jemaah sehinggakan ada di antara mereka terpaksa solat di hadapan kedai dan di dalam kedai. Ada juga yang solat di tepi-tepi jalan. Di sini kami lampirkan gambar suasana solat Jumaat di sana dalam bahagian lampiran.

16

6.0 KESIMPULAN 6.1 RUMUSAN

Secara tuntasnya, selama kumpulan kami mengkaji tentang Kerajaan Turki Uthmaniah dan Universiti Bosphorus kami telah banyak mendapat maklumat dan faedah daripadanya. Pada awalnya Kota Konstantinople sukar ditawan oleh tentera Islam dengan dua belas kali percubaan selama 800 tahun, namun dengan kehadiran pemimpin yang muda lagi bijaksana telah dapat menawan kota tersebut hanya dengan mengambil masa selama dua bulan. Hal ini membuktikan bahawa pendidikan dari pelbagai aspek sangat penting seiring dengan aqidah yang kuat dapat memberi kejayaan yang besar kepada umat Islam. Namun begitu, kemerosotan berlaku akibat sifat pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan tidak mempunyai aqidah yang kuat. Kerajaan Kamal Attartuk yang mengamalkan sistem sekular telah mengubah segala-galanya. Pemerintahan mengikut ajaran Islam tidak lagi diutamakan malah disingkirkan. Kesan tersebut masih lagi terasa sehinggalah ke hari ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan sukarnya untuk mencari universiti sekitar Turki yang menawarkan kursus dalam Pengajian Islam. Contohnya di Universiti Okan dan Universiti Bosphorus. Daripada tiga buah universiti yang kami boleh bandingkan iaitu Universiti Okan, Universiti Bosphorus dan Universiti Istanbul, hanya Universiti Istanbul sahaja yang mempunyai Fakulti Islam. Selain daripada itu, makanan yang terdapat di Turki tidak mempunyai logo Halal kerana mereka menganggap sebagai diskriminasi agama. Hal ini kerana kesan daripada sistem sekularisme yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attartuk. Universiti Bosphorus merupakan sebuah universiti yang tertua di Turki. Universiti ini mempunyai dua belas buah fakulti. Namun daripada dua belas buah fakulti tersebut tidak mempunyai Fakulti Pengajian Islam. Walaupun terdapat Fakulti Pendidikan, namun bagi kursus Pendidikan Islam tidak ditawarkan. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus Pendidikan Islam, mereka boleh menyambung pelajaran ke peringkat master dan PhD di Universiti Bosphorus ini tetapi bukan didalam bidang Pendidikan Islam kerana kursus ini tidak ditawarkan. Walaupun di Turki mengamalkan sistem sekularisme, namun nafas agama Islam itu masih wujud dan masih kuat diamalkan oleh segolongan masyarakat Turki yang beragama Islam. Hal ini dapat digambarkan dengan satu kata-kata yang menarik iaitu Tulip masih mekar di Istanbul. 17

6.2

CADANGAN

Umat Islam pada hari ini haruslah memartabatkan ilmu dengan mencari dan menimba pelbagai ilmu tanpa timbulnya perasaan jemu dan letih untuk menimba ilmu. Dengan wujudnya kemudahan infrastruktur dan teknologi yang canggih dapat memberi kemudahan lagi kepada kita untuk menimba ilmu. Sebagai pelajar kita patut mengambil Sultan Muhammad al-Fateh sebagai idola dalam kesungguhan baginda menimba pelbagai ilmu untuk menawan Kota Konstantinople. Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris perlu memperbanyakkan ceramah-ceramah berkaitan dengan Sultan Muhammad al-Fateh untuk memberi semangat belajar tanpa kenal erti putus asa kepada para mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini Insya-Allah dapat melahirkan bakal pendidik yang dapat menawan hati para pelajar dengan didikan ajaran Islam seperti mana Sultan Muhammad al-Fateh dapat menawan Kota Konstantinople dengan mempunyai aqidah yang tinggi disamping menguasai ilmu-ilmu yang lain. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pengajian Islam sepatutnya menganjurkan satu lawatan ke negara Turki untuk melawat tempat bersejarah Islam iaitu Kota Konstantinople ataupun dikenali sebagai Istanbul pada ketika ini. Selain dari melawat Istanbul, dapat juga mengadakan lawatan ke universiti-universiti yang terdapat di Turki secara amnya dan universitiunversiti ataupun Institusi-institusi yang terdapat disekitar Istanbul secara khususnya seperti Universiti Bosphorus, Universiti Istanbul, Okan Universiti dan lain-lain lagi. Hal ini dapat memberi pengalaman baru kepada para pensyarah dan juga pelajar. Pelajar dapat melawat Universiti Bosphorus yang tidak ada Fakulti Pengajian Islam dan juga Universiti Istanbul yang mempunyai Fakulti Islam. Jabatan Pengajian Islam juga seharusnya membuat satu program pertukaran pelajar ( exchange student ) ke negara Turki iaitu ke Universiti Istanbul yang mana universiti mempunyai Fakulti Islam yang bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar Pendidikan Islam. Program pertukaran pelajar ini akan memberi 10001 makna kepada pelajar. Melalui program ini para pelajar akan dapat menimba ilmu baru di negara luar selain memberi pengalaman yang besar kepada para pelajar. Selain daripada itu, para pelajar juga dapat mengetahui cara pembelajaran di universiti luar yang mana mengamalkan sistem pembelajaran yang berbeza dengan sistem pembelajaran kita di Malaysia.

18

Disini kumpulan kami sertakan satu formula berdasarkan nama Sultan Muhammad alFateh. Semoga formula ini dapat memberi semangat dan sebagai panduan kepada para pelajar dan juga kepada bakal pendidik serta pendidik.

F A T E H

FOCUS AL-QURAN / ATTITUDE THINK OUT OF THE BOX EXPOSIER HIGHER RESPONSIBILITY

19

You might also like