You are on page 1of 2

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Lagu: En. Rosman bin Adam Lirik: En.

Zainal Ariffin bin Yusof (IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kami guru Malaysia


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun, beranikan terima seruan Mendidik, memimpin penuh berwawasan Menciptakan kreativiti Melahirkan Guru Inovatif c/o Sahutlah cabaran, perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku tercinta Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada pernah jemu tiada putus asa Sedia menimba ilmu di mana saja Binakanlah keyakinan Merentasi segala halangan ulang c/o x2

Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

IKRAR HARI GURU Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

OBJEKTIF
" Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidanganpersidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

PENGENALAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis UndangUndang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

You might also like