You are on page 1of 2

Slide 1 Meskipun begitu,british secara langsung dan tidak langsung telah campur tangan dalam undangundang islam sehingga

mengakibatkan hakim mahkamah sivil berasa mereka tidak berkelayakan mengendalikan persoalan mengenai undang-undang islam. Campurtgn residen british telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang2 melayu khasnya gol. Pembesar2 yang merasa kuasa mereka hilang. rasa tidak puashati itu membuat mereka nekad dan melaksanakan satu rancangan pembunuhan terhadap residen british JWW Birch yang berlaku di Pasir salai pada tahun 1875. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya penentangan yang hebat antara masyarakat melayu perak dan british pada tahun 1876. Akibat daripada penentangan ini ramai pahlawan2 melayu terkorban di antaranya dato maharajalela dan sultan Abdullah pula dibuang negeri ke pulau sychelles. Slide 2

Pembesar-pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan mengikuti terma yang dituntut oleh pihak British ke atas Sultan Perak (dan ke atas pembesar-pembesar Melayu). Sultan Perak dan pembesarpembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca salah faham adalah dalam penterjemahan Artikel VI Perjanjian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Article VI (Bahasa Inggeris) That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, who shall be accredited to his Court and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom. Artikel VI (mengikut fahaman Sultan Abdullah) Sultan akan menerima dan menyediakan satu tempat tinggal yang bersesuaian untuk seorang Pegawai yang diberikan gelaran Residen British. Sultan Perak diperlukan merujuk kepada beliau di dalam semua perkara dan pentadbiran negeri Perak dan dia (Residen British) tidak boleh masuk campur dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
Slide 3

Antaranya ialah British berjaya menamatkan keadaan hura-hura di Perak yang disebabkan oleh Perang Larut. Selain daripada itu,Perjanjian Pangkor turut menandakan secara rasmi campur tangan British dinegeri-negeri Melayu. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri-negeriMelayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu.Tambahan pula, Perjanjian Pangkor membolehkan British menjadi kuasaBarat tunggal yang berhak mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayuseperti bijih timah. Kerajaan British telah menggalakkan pelabur-pelaburEropah menanam tanaman

kormersial dan melombong bijih timah secaraintensif.Sistem Residen diperkenalkan di Perak (1874) dan diikuti oleh Selangor(1874), Negeri Sembilan (1895), dan Pahang (1888). Slide 4 Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisional Perak kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah. Sistem residen telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkan pembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875.Sistem residen telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan mendadak sehingga menjejaskan sultan dan pembesar-pembesar Melayu.Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen.Antara faktornya ialah kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residen dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut budi bicaranya sendiri.Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alatkebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah. Baginda terpaksa mengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sultan Perak. Selain daripada itu, sultan Abdullah terpaksa menghadapi penentangan dadipada musuh-musuhnya, iaitu pembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya.

You might also like