You are on page 1of 43

Disediakan oleh:

Nama
Marlisa binti Sau Nur Hayati binti Yusoff Norfarrahdilah binti Amir

No. matrik
D20101037418 D20101037419 D20101037438

Siti Salwa binti Abdullah

D20101037439

Problem Scenario Emissions from Industry

FILA CHART
Facts
A lot of manufacturing industries releases their emissions to the atmosphere. The picture given from this PBL shows three types of emissions going directly to atmosphere.

Ideas
Industries releases their emissions to the atmosphere. These emisions give effect to human health Some types of gases will be dangerous to living organisms Emisions also cause global warming There are several issues that are related to petroleum industries

Learning issues
Identify the industries that were involved and give technical advisory service to these industries? What is effect aeroplane emissions on human health? What are the issues relating to this petroleum industry? how to save this Earth from global warming for our survival and rationalize your thinking in words.

Actions
Surfing internet Discuss with group members

Jenis-jenis industri yang terlibat


Industri petroleum Industri simen Industri pembuatan makanan Automotif

Industri perkapalan

Industri pertukangan

Petrokimia

Kesan utama

Punca yang terbesar emision ini datang dari pembakaran bahan api fosil. Apabila kita mengkaji apa yang menyebabkan pencemaran udara apabila bahan api yang dibakar, mengeluarkan pelbagai bahan pencemar toksik yang masuk udara dan memecahkan lapisan ozon.

Fossil fuels

Bahan api fosil seperti arang batu, petrol, minyak dan lain-lain.

Udara semakin tercemar melalui pembakaran bahan api fosil ini.


Dari masa ke semasa dan pada peningkatan dalam jumlah pengeluaran, pembakaran ini akan menyumbang kepada mogok lapisan ozon melalui pengeluaran gas rumah hijau.

Pengeluaran asap beracun daripada syarikat Texals Cerobong asap kapal terbang

Big Bend Coal Power Station in Apollo Beach, Florida di United States.

Pencemaran melalui syarikat perkapalan

Langkah Mengatasi
Mengawal pembakaran bahanbahan pembakaran yang berbahaya Teknologi pengendalian pencemaran udara Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket

Langkah-langkah pemantauan, kawalan, dan penyeliaan yang lebih kerap Hukuman dan denda maksimum dikenakan

Penguatkuasaan yang lebih ketat kepada pengusaha dan syarikat

Kesan pelepasan asap kapal terbang ke atas kesihatan manusia.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.

Penipisan lapisan ozon Gangguan sistem pernafasan Kerosakan otak disebabkan plumbum Kesan SO2 ke atas Kesihatan Kesan CO kepada kesihatan Kesan NO,NO2 ke atas kesihatan

Lapisan Ozon
Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan; troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon terletak di lapisan stratosfera. Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Lapisan ozon yang semakin nipis menyebabkan lebih banyak radiasi UV boleh menembusi ke permukaan bumi. Jumlah UV yang banyak dan apabila bersentuhan dengan manusia akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser kulit, fotokeratitis, katarak dan menberi kesan terhadap sistem ketahanan manusia.

Gangguan Sistem Pernafasan Plumbum : Kerosakan otak Kesan SO2

Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Mengurangkan fungsi paru-paru : lelah dan athma

Mempengaruhi sistem saraf pusat,menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan termasuklah sakit kepala, hilang selera makan, anaemia, kelesuan serta imsomnia. Menyebabkan koma dan akhirnya boleh membawa maut.

Boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Berkemungkinan menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu.

Kesan CO
Kesan NO,NO2

Pendedahan CO pada paras tinggi boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. (1 % CO dalam udara boleh menyebabkan kematian kepada manusia.) Kesan yang toksik boleh berlaku kepada manusia.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Mengakibatkan penyakit pada bahagian dan sistem pernafasan.

Industri petroleum di Malaysia

Industri petroleum di Malaysia bermula pada awal tahun 1910 dengan penemuan telaga komersial pertama di Miri, Sarawak. Pada tahun 1988, industri ini merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi negara, iaitu selepas industri pembuatan. Perkembangan industri petroleum di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keluasan kawasan kontrak, rekod penemuan, keadaan politik negara dan dunia, polisi kerajaan, sistem pengagihan pengeluaran, jumlah permintaan, harga barangan petroleum, kemudahan infrastruktur, tenaga buruh dan insentif yang ditawarkan.

Industri ini termasuklah produk petroleum, petrokimia dan gas asli. Petronas (Petroleum Nasional Bhd) merupakan salah satu syarikat terbesar di dunia yang terlibat dalam industri petroleum ini.

Isu yang berkaitan dengan industri petroleum

Kenaikan harga minyak

Kenaikan harga minyak dan gas bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia sejak pertengahan tahun 2004. Kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan kepada kos pengangkutan seperti darat, udara dan air. Kenaikan tersebut juga memberi kesan kepada pengguna seperti kenaikan harga barang, harga perkhidmatan dan sebagainya.

Ini disebabkan peniaga yang menghadapi peningkatan kos operasi akan terus menaikkan harga barang-barang kerana tidak mahu terbeban dengan peningkatan kos tersebut. Kerajaan bertindak melakukan penstrukturan semula pakej subsidi bagi petrol dan diesel berikutan kenaikan harga bahan api tersebut di pasaran dunia. Walaupun pakej penstrukturan semula subsidi itu telah menjimatkan peruntukkan subsidi kerajaan sebanyak 13.7 billion, kerajaan masih lagi terpaksa menanggung peningkatan subsidi petroleum dan makanan sebanyak RM42.6 billion.

Pencemaran hidupan marin

Berlaku apabila berlaku tumpahan cecair petroleum hydrocarbon ke dalam laut oleh disebabkan aktiviti manusia. Produk petroleum yang telah diproses seperti petrol dan diesel lebih mudah bercapur dengan lapisan permukaan air dan lebih toksid kepada hidupan marin.

Minyak mentah, walau pun tidak begitu toksid berbanding minyak yang telah diproses, akan tinggal lebih lama di permukaan air dan boleh terdampar di pesisiran pantai lebih lama. Sesetengah penduduk yang tinggal dan bergantung hidup kepada kawasan persisiran pantai seperti aktiviti penangkapan ikan dan pelancongan, kesan tumpahan minyak ini menjadi serius.

Krisis minyak- kekurangan bekalan minyak

Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat. Perbalahan negara-negara Asia Barat dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sumber minyak menyebabkan krisis ini semakin teruk.

PEMANASAN GLOBAL DUNIA

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengatasinya?

Pemanasan global dunia


Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.

Punca pemanasan global dunia


PERINDUSTRIAN

Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau

PENGANGKUTAN

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan (minyak tanpa plumbum) telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

PEMBAKARAN HUTAN

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang.

PERTANIAN DAN PERTERNAKAN

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.

Kesan pemanasan global dunia


PENCAIRAN AIS

Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi impak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar

KEMARAU

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanahtanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.

KEKERINGAN SUMBER AIR

Proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas.

Langkah mengatasi pemanasan global dunia


KECEKAPAN TENAGA

Rumah dan pejabat


Alat elektronik mesti dipadam apabila tidak digunakan Penggunaan mod standby meningkatkan penggunaan elektrik sebanyak 5-13%

Sektor industri
Penggunaan mesin berkecekapan tinggi dan mempelajari proses yang terlibat, keperluan dan jadual penggunaan tenaga Proses boleh dijadual semula untuk mengurangkan bahan pencemar serta meningkatkan produktiviti

Pengangkutan
Mengamalkan sikap suka berkongsi kenderaan Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam

MENGURANGKAN PENYINGKIRAN KARBON DIOKSIDA

Mengurangkan jumlah penggunaan tenaga

Ini menyebabkan taraf hidup rakyat akan turut berkurang

Perlukan usaha berganda untuk mengkomersialkan proses penjimatan tenaga

Peralihan dari penggunaan bahan api kepada sumber tenaga solar atau nuklear

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih),

1978

Garis Panduan Protection of The Ozone Layer,1994


Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran), 1999 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka), 2000

DALIL AL-QURAN
Pencemaran dan Kemusnahan Bumi

dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16

dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz).
Al-Isra 17:58

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. Al Qashash 28 : 77

Wars have been fought for resources, and involved many countries

Sabda Rasulullah yang mafhumnya: " Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Pertempuran2 berlaku antara tentera Iraq & Amerika untuk merebut jambatan2 di Sungai Furad (Euphrates) dan disepanjang Sungai Furad (Euphrates). Harta di sungai Furad pula merujuk kepada perebutan kekayaan minyak disepanjang Sungai tersebut, dikiri kanannya yang kaya dengan sumber minyak.

Selepas Amerika berjaya menyerang Iraq, mereka pula akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Libya, Iran, Indonesia dan juga Malaysia kerana negara-negara ini kaya dengan sumber minyak. Amerika juga dibantu oleh negara lain dari segi pangkalan, logistik, minyak, makanan, perlindungan & sebagainya untuk memerangi sesebuah negara. Minyak yang dirampas digunakan untuk kereta-kereta kebal dan jet-jet pejuang Amerika untuk mengebom & membunuh.

You might also like