You are on page 1of 3

1) ISU SEMASA DARIPADA MENTERI PENDIDIKAN MENGENAI PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 2) PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PENILAIAN DALAM PEPERIKSAAN 2.

1) Sistem Pentaksiran dan Penilaian SMK Dato Penggawa Barat Sistem penilaian di SMK Dato Penggawa Barat terdiri daripada: i. ii. iii. iv. v. Penilaian Mengikut Purata Nilai Mata (PNM) Purata Gred Mata (PGM) Kumulatif Purata Nilai Mata (KPNM) Kumulatif Purata Gred Mata (KPGM) Penilaian mengikut menengah rendah , menengah atas dan juga STPM Menurut guru yang ditemuramah, Pn. Siti Hasnah, rasionalnya pelaksanaan sistem KPNM dan KPGM adalah untuk menentukan keputusan pencapaian akademik pelajar dalam sistem mata nilaian dan gred mata tanpa memberi nombor kedudukan mereka dalam kelas. Penilaian dilakukan dengan menggabungkan semua penilaian sekolah sepanjang tahun dan mendapatkan satu kumulatif atau timbunan purata mata dan gred bagi setiap pelajar. Selain itu, kami dapati bahawa objektif pelaksaan sistem ini juga bertujuan untuk mengurangkan perasaan rendah diri bagi pelajar yang kurang menonjol seperti yang berlaku dalam sistem penilaian lama yang lebih mengutamakan nombor kedudukan pelajar dalam kelas. Tambahan lagi, para guru dapat memantau prestasi pelajar dengan lebih mudah dan berkesan sepanjang tahun serta meliputi tempoh 3 tahun (Menengah Bawah) dan tempoh 2 tahun (Menengah Atas) jika perlu. Keputusan pelajar juga dapat diperoleh dengan lebih tepat dan adil kerana semua penilaian bulanan, semester, akhir tahun mahupun peperiksaan percubaan diambil kira pada akhir tahun.

2.2)

Sistem Pentaksiran Baharu STPM Sistem modular menggantikan sistem terminal Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011). Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod : i. Mod pertama Sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012 Pelajar ini merupakan yang terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada ii. Mod kedua Mereka merupakan pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012 Merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012

Menurut beliau , kaedah taksiran modular yang akan dilaksanakan itu mengambil kira empat komponen iaitu: a. Penilaian berasaskan kukirukulum dengan amalan peperiksaan biasa b. Projek sekolah c. Kerja amali d. Ujian berasaskan sistem peperiksaan open book

Tambahan lagi, kemahiran insaniah pelajar juga diterapkan dalam kurikulum sistem ini, antaranya ialah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika dan sebagainya. Manakala dalam aspek pentaksiran pula, kaedah yang akan dilaksanakan ialah Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) dan juga peperiksaan akhir berpusat namun peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran. Pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal dan pelajar juga diberi peluang untuk menduduki semula peperiksaan akhir penggal jika pencapaian yang diperoleh kurang memuaskan. Berikutan perubahan itu, kos taksiran dijangka meningkat dan peruntukan baru kepada kerajaan perlu dikemukakan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

You might also like