You are on page 1of 5

KHASIAT POKOK KADOK 7 Khasiat Daun Kaduk Untuk Anda

Posted by oktant at Sabtu, Februari 06, 2010 Pokok kaduk (Piper Sarmentosum) lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?

Pokok kadok
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan terhadapnya adalah merawat; - sembelit - sakit gigi - demam malaria - lemah dan sakit dalam tulang Langkah-langkah merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.

2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.

3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.

5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit. Sebab kali ini anda hanya perlukan daun kaduk saja. Langkah-langkah untuk 3 masalah yang terkemudian ni akan saya nyatakan satu-persatu di bawah.

Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.

2. Ramas-ramaskan daun tersebut.

3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.

4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.

Batuk

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.

2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.

3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.

Panau

1. Ambil beberapa helai daun kaduk.

2. Tumbukkan ia sampai lumat.

3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.

Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/02/7-khasiat-daun-kaduk-untuk-anda.html#ixzz1lfdVGFdE

04 Sep, 2007

Bunga dan buah Kaduk


Posted by: admin In: Daun kaduk Number of View :704 Selain dijadikan sebagai ulam, Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak. Antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau. Kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya [...]

Kaduk adalah tumbuhan berbatang lembut yang tumbuh di atas tanah. Dalam peribahasa Melayu ada disebutkan 'seperti kaduk naik junjung' yang memberi satu situasi kalau kaduk naik junjung tentu sesuatu yang pelik berlaku kerana kaduk tak boleh memanjat untuk naik ke atas junjung. Nama saintifik untuk kaduk ialah 'piper sarmentosum roxb'.

Daun kaduk dipercayai boleh menghilangkan bau yang datang dari dalam badan. Ia dimakan sebagai ulam dan juga sebagai bahan sayuran yang enak. Kadang-kadang ia digunakan sebagai campuran semasa menggoreng nasi. Bau yang dating dari daun kaduk yang digoreng amat enak menusuk hidung. Pucuknya selalu derebus untuk dijadikan ulam.

Kaduk mudah tumbuh liar di merata tempat terutama di kawasan yang lembab dan berair. Pembiakannya boleh dilakukan melalui keratan batang dan amat mudah tumbuhnya. Daunnya seperti daun sirih dan berkilat sedikit. Bentuknya bulat bujur dan berwarna hijau tua.

Air rebusan akar kaduk boleh diminum bagi melawaskan kencing manakala air rebusan daunnya pula digunakan untuk merawat malaria, batuk-batuk, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat panau dan menghilangkan bau alat kelamin jika ditumbuk halus-halus

You might also like