You are on page 1of 4

Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

Definisi dan Konsep

a. Gabungan perkataan Greek, dys yang bermaksud kesukaran dan lexis yang bermaksud bahasa. b. Sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984) c. Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat
membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. d. Kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997)

e. Menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan serta
perkataan yang hampir serupa ejaannya.

f.

Kanak-kanak disleksia lebih lambat perkembangannya berbanding rakan sebaya seperti berkelakuan kanak-kanak berusia dua yang mementingkan diri (Cronin 1997).

g. Tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang
dipakai bersih tetapi tidak kemas. Mereka mempunyai daya pengamatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan. Sejarah Pendidikan Disleksia Malaysia

a. Penubuhan dirancang oleh KPM dengan menjalani kursus disleksia selama 14 minggu oleh
sekumpulan guru.

b. Dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr.
Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

c. Dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang diajar ialah Bahasa
Malaysia.

d. Kemudian, program disleksia mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang
mengajar subjek seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

e. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus


perdana.

f.

Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luar Negara

a. Singleton (1999) menjalankan kajian berbentuk digit span tasks ke atas kanak-kanak yang
mengalami disleksia dengan sekumpulan kanak-kanak normal. Digit span tasks merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor secara hafalan ke hadapan atau ke belakang.

b. Kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-kanak disleksia menunjukkan ciri-ciri persamaan
dengan kenyataan Singleton (1999) iaitu pelupa, gagal mengikuti satu siri arahan yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima lagu, sifir dan apa apa informasi.

Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

c. Dr. William Pringle Morgon menghasilkan sebuah artikel perubatan. Artikelnya menerangkan
kesukaran mengeja berpunca daripada masalah perkembangan left angulargyrus yang dihadapi oleh individu. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan. Tokoh-Tokoh Luar Negara

a. Samuel Orton seorang psychiatrist dan neurologist digelar sebagai Father of Dyslexia. Beliau
mengkaji ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan faktor penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Teori strephosymbolia yang diperkenal memfokus pada terbalik huruf atau perkataan dan menerangkan individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada huruf berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak.

b. Anna Gillingham telah menganalisis dan mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris
yang telah dirintis oleh Dr. Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman, telah menulis dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia, yang bertajuk (1946) Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and Penmanship. Tokoh-tokoh Malaysia

a. Rosana (1998) menyatakan kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri iaitu tulisan,
petuturan, lemah dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, mendapat keputusan yang tidak memuaskan dan tidak lancar dalam bacaan. Disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang.

b. Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan rawatan. Hasil
daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif.

c. Coralie (2000) menyatakan kanak-kanak disleksia perlu diberi peluang pendidikan seperti kanakkanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting.

d. Irwin (2000) menyatakan bahawa murid disleksia memerlukan satu program khusus untuk
belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak efektif untuk pelajarpelajar disleksia dan menitikberatkan alternatif pengajaran guru. Faktor-Faktor Disleksia

a. Keturunan atau genetik


Terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

b. Congenital
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar.

c. Perkembangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. d. Pemakanan Makanan penting untuk pertumbuhan yang normal. Pemakanan seimbang mempunyai protein, vitamin, zat galian (mineral) dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup bergantung pada fasa pertumbuhan kanak kanak. Pemakanan tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat, pertumbuhan akan terencat. Jenis Jenis Disleksia a. Congenital Dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum

b. Perolehan
Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu:

i. ii.
iii.

Disleksia teruk (deep disleksia) dan dikenali (phonemic disleksia) melakukan kesilapan menyebut ketika membaca menyebabkan makna berubah Disleksia phonologi tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama

c.

Perkembangan Merupakan satu gangguan perkembangan fungsi otak. Disleksia ialah gangguan daya ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca. Disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik. Gangguan perkembangan terjadi pada bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan

Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Walaubagaimanapun, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan pada pusat lainnya. Akta Pendidikan khas diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang berkaitan dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk mendapat pendidikan. Contoh akta pendidikan khas adalah Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh dididik & mampu mengurus diri sendiri boleh diterima bersekolah. disediakan murid bekeperluan khas, antaranya: a. prasekolah b. sekolah harian biasa rendah dan menengah Terdapat pelbagai tahap pendidikan

c. sekolah menengah teknik atau vokasional dengan menggunakan pendekatan pengajaran


berasingan dan separa inklusif d. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran. Selain itu, syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah, antaranya:

a. Tadika (berusia tidak kurang 6 tahun) b. Sekolah Rendah (berusia 6+ hingga 14+ tahun)
c. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun) Pegawai perubatan Akta orang cacat di malaysia pula adalah:

d. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga panel KPM, JKM,

a. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh (pendidikan, perniagaan/pekerjaan, sukan, Pemulihan,


Aksesibiliti, Perkhidmatan Sokongan, Keselamatan Sosial) b. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan

c. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya (mengendalikan aduan dan menyiasat pendakwaan)


Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk: a. mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

b. menghapuskan diskriminasi atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup c. menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan iaitu diberi peluang yang sama dan penyertaan
sepenuh di kalangan masyarakat membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara ini

You might also like