You are on page 1of 3

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

KATA GANTI NAMA DIRI


Sila pilih jawapan . Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi bantuan. Jika betul, teruskan dengan latihan. 1. Jali dan Jasni baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan. 1. Kita 2. Dia 3. Beliau 4. Mereka 2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin. 1. Saya 2. Dia 3. Aku 4. Mereka 3. ______ ialah negarawan yang terkenal. 1. Dia 2. Kamu 3. Beliau 4. Kita 4. "______ ingin bersantap," titah sultan. 1. Beta 2. Hamba 3. Patik 4. Tuanku 5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan. 1. Beta 2. Hamba 3. Aku 4. Saya 6. "______ patutu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat," kata ketua pengawas. 1. Kita 2. Kami 3. Dia 4. Mereka 7. Munirah suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis. 1. kita 2. dia 3. mereka 4. nya 8. "______ akan ke sana sekarang," kata Akmal dan Amin kepada Cikgu Hashim. 1. Kita 2. Kamu

3. Kami 4. Awak 9. Setiap hari ______ pergi ke sekolah dengan bas. 1. beta 2. kami 3. saya 4. patik 10. Adik menangis kerana ______ sakit perut. 1. dia 2. kami 3. mereka 4. kita 11. Beberapa orang murid didenda kerana ______ melanggar disiplin sekolah. 1. nya 2. mereka 3. tuan 4. kamu 12. "______ hendak pergi ke padang," kata Izani kepada ibunya. 1. Aku 2. Awak 3. Engkau 4. Patik 13. Pemimpin dihormati kerana ______ seorang yang bertanggungjawab. 1. beliau 2. patik 3. saudara 4. saya 14. "Inikah adik _____ yang pandai itu? tanya Choong kepada David. 1. saya 2. patik 3. engkau 4. kami 15. "______ berharap awak akan dapat menolong saya," kata Elizabeth kepada Diana. 1. Tuan 2. Awak 3. Saya 4. Dia 16. Sham, Zaidi dan Ramesh telah menyiapkan latihan Matematik _____. 1. kami 2. kita 3. engkau 4. mereka 17. Raja Bersiong amat ditakuti kerana ______ seorang raja yang zalim. 1. beliau 2. baginda 3. tuanku

4. dia 18. Jamil memberitahu saya bahawa _____ akan ke bandar pada petang ini. 1. kami 2. patik 3. dia 4. beta 19. "Mari ______ tolong orang tua itu," kata Weng Kai kepada Ali. 1. kita 2. awak 3. beliau 4. saya 20. "______ berjanji akan taat setia, tuanku," sembah Awang Selamat. 1. Beta 2. Saya 3. Patik 4. Baginda

You might also like