You are on page 1of 13

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

a) Rancangkan SATU sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan teknik teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kekurangan teknik pilihan anda.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Mata Pelajaran Tema Tajuk

: : : : : : :

21 Februari 2010 8.30 - 9.30 pagi 4 Yakin 35 orang Bahasa Melayu Cerita Petani Malang

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama :

7.1

Membaca dan memahami petikan.

Aras 3 ( i ) Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Fokus Sampingan 8.1

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 2 ( i ) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid akan dapat : Murid dapat membaca dan memahami petikan. Murid dapat membaca dan menerangkan maksud teks yang tersurat dan tersirat.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Kata hubung

Kosa kata

: menggali, mengibas, menjulang

mencungkil,

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai Pendidikan Islam dan Sains Syukur

Kemahiran Nilai Bertambah : Kemahiran Berfikir Teori Kecergasan Pelbagai : : Membuat Inferen Interpesonal Verbal

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, lembaran kerja, Kad ayat, petikan

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid pernah membaca buku cerita teladan.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Langkah / Isi Pelajaran Masa

Aktiviti

Pengajaran

dan Catatan

Pembelajaran

Set Induksi ( 5 minit )

Nyanyian.
Riwayat Petani Lihatlah Kemesraan Sawahku bersama hidupku Lihatlah Kemesraan Padiku bersama hatiku Di celah lumpur yang ku langkah Bersama peluh yang mengalir

1. Guru mempamerkan seni

BBM :

kata lagu Riwayat Petani kepada Power Point murid. 2. Murid menyanyi bersama guru Teknik: dengan iringan muzik. 3. Murid dan guru bersoaljawab tentang senikata lagu dan Nilai : tajuk Bekerjasama Kelas

.. .. .. ..

mengaitkan pelajaran.

dengan

Langkah 1 ( 15 minit )

Membaca petikan.

1.

Murid diminta

membaca BBM : Petikan

petikan secara kelas berulang kali.


Petani Malang Dia telah lama mencuba tetapi nasibnya tidak juga bertambah baik. Setiap pagi dia mencangkul serta memecah tanah, menebas serta membakar semak-samun, menggali serta mencungkil akar-akar rumput, tetapi hidupnya tetap begitu ..

2. Murid membaca petikan secara kumpulan. Teknik :

3. Murid dan guru bersoaljawab Bacaan mekanis tentang isi petikan. 4. Murid menyatakan maksud yang Nilai : tersurat dan tersirat di dalam Berani petikan. Contoh : a) Setiap orang perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. b) Kita tidak boleh

menyalahkan orang lain di

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Langkah / Isi Pelajaran Masa

Aktiviti

Pengajaran

dan Catatan

Pembelajaran atas apa yang terjadi. c) Perlu bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi

Langkah 2 (15 minit)

Membaca ayat. Teks Ayat

1. ayat.

Guru menayangkan petikan BBM : Komputer riba Teks Ayat

2. Guru melatih tubi murid membaca ayat dengan suara, sebutan, dan intonasi yang betul. 3. Murid membaca ayat secara kumpulan dan individu. Contoh ayat :

Teknik : Kumpulan Individu

Nilai :

a) Setiap pagi dia mencangkul Kerjasama serta memecah tanah,

menebas serta membakar semak-samun, menggali

serta mencungkil akar-akar rumput, b) Jika tetapi hidupnya adil, aku

tetap begitu. Tuhan takkan begini katanya.

Langkah 3 (10 minit )

Mengenalpasti kata hubung dalam 1. Murid diminta menyatakan kata BBM : petikan. hubung yang terdapat di dalam Kad ayat petikan. 2. Murid yang terpilih menyebut

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Langkah / Isi Pelajaran Masa

Aktiviti

Pengajaran

dan Catatan

Pembelajaran dan membaca Teknik : Membaca 3. Semua murid secara kelas KBT : Kad ayat diminta membaca semula ayat-ayat Teori Kecergasan yang mengandungi kata hubung. Contoh ayat : a) Dia terus berjalan sambil melihat-lihat tanamannya. b) Dia berjalan lalu berteduh di bawah pokok cenderai di hadapannya.

Langkah 4 ( 10 minit )

1.Bina ayat tunggal dan majmuk 1. Guru meminta murid membina BBM : dengan menggunakan kata hubung. sambil lalu serta jikalau jika ayat dengan menggunakan kata Kad Kata hubung yang diberi. 2. Murid menulis ayat ke dalam buku. Aktiviti Pengayaan 3. Guru mengedarkan
Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara 06100 Kodiang Kedah Nama : ________ Tahun 4 : _____ Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai (sambil, serta, jikalau, lalu, jika). 1. Dia akan cuba berpuasa tahun ini ______ badannya kembali sihat. 2. _____ merenung bulan dia menangis teresak-esak. 3. Dia masuk ke bilik air itu ________ mandi sepuas-puasnya.

hubung

Teknik : Individu

2. Contoh Lembaran kerja:

lembaran kerja pada murid untuk dilengkapkan.

Nilai : Berani Disiplin

KBT : Menganalisis

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Langkah / Isi Pelajaran Masa

Aktiviti

Pengajaran

dan Catatan

Pembelajaran

Penutup ( 5 minit )

Menyatakan petikan.

nilai

murni

dalam 1. Murid diminta menyatakan nilai Teknik : murni dalam petikan. Individu

Nilai : Berani

REFLEKSI :

Pengajaran yang berfokuskan kemahiran membaca lebih menitiberatkan akan kebolehan membaca dikalangan murid. Ini bermakna bahan rangsangan untuk pengajaran ini perlulah dipastilkan agar ianya mudah dan menarik. Mudah dengan ertikata bersesuaian dengan tahap sekata kebolehan kelas. Ini penting bagi menentukan objektif pengajaran tercapai. Bagi murid tahap 2, pengajaran teknik membaca dapat mengesan tahap kebolehan penguasaan bacaan mereka. Di samping itu juga, kelebihannya pengawalan kelas menjadi lebih mudah, dan murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti.

KEKUATAN TEKNIK BACAAN:

1. Teknik bacaan mekanis boleh didengar dengan jelas dan guru boleh mengenal pasti sebutan dan intonasi bacaan murid. 2. Melalui teknik ini juga, guru boleh dengan serta merta membetulkan kesalahan bacaan murid. 3. Murid juga boleh dibentuk berdisiplin dengan membaca bersama-sama.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

4. Ia juga membolehkan murid menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. 5. Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bersuara. 6. Guru juga dapat mengenalpasti laras bahasa yang sesuai. 7. Apabila murid membaca secara individu, secara tidak langsung dapat melatih murid dan membina keyakinan diri murid menjadi berani. 8. Bacaan secara individu juga membolehkan guru menyoal kafahaman murid dengan serta merta. 9. Guru juga boleh melatih tubi murid pada perubahan nada suara dan intonasi.

KELEMAHAN TEKNIK BACAAN MEKANIS:

1. Apabila murid-murid diminta membaca secara kelas, terdapat juga segelintir murid yang hanya membuka mulut tetapi tidak membaca. 2. Guru tidak dapat mengesan sepenuhnya sekiranya terdapat murid yang masih kurang lancar membaca kerana murid-murid ini hanya mengikut rakan mereka membaca. 3. Murid kurang memberi tumpuan dan perhatian semasa bacaan secara kelas.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

c) Sediakan SATU aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca.

Bacaan mekanis merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama yang mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Oleh yang demikian, orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam dalam bahanbahan yang dibaca. Bagi pelajar pula, pada peringkat ini mereka sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh

membatangperkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Pelajar membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Contoh aktiviti; Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi perkataan , frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti berikut:

1. Kad perkataan terjatuh Amirul menyusun Arif ayah perpustakaan aaaan kakinya seorang Adik patah ikan buku dan penternak di

a) Berdasarkan kad perkataan tersebut, pelajar diminta membaca kad tersebut berulang kali. b) Pelajar diminta membaca secara kelas dan individu.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

c) Setelah bacaan mereka lancar, mereka diminta menyusun kad-kad perkataan tersebut menjadi ayat yang betul. d) Selesai menyusun menjadi ayat yang betul, mereka diminta membaca semula ayat-ayat tersebut secara kelas dan individu.

2. Kad frasa Kereta ayah Kasut kakak

Pokok kelapa Kereta ayah

Telefon awam

Baru Rosak

Tinggi Cantik

a) Pelajar diminta membaca kad frasa yang diberikan secara kelas. b) Guru membimbing pelajar membaca secara kumpulan. c) Setelah berulangkali membaca secara kumpulan, pelajar diminta membaca secara individu. d) Pelajar diminta melengkapkan kad frasa dengan jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan. e) Semasa pelajar melengkapkan jawapan, guru membimbing secara individu. f) Setelah siap, pelajar membaca semula jawapan mereka.

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

3. Kad ayat 1. Harimau tinggal di hutan. 2. Murid murid, sila beratur. 3. Kenderaan apakah yang bergerak di udara? 4. Wah, cantiknya rumah itu!

a) Pelajar membaca ayat bersama guru secara kelas. b) Pelajar membaca ayat secara individu dengan bimbingan guru. c) Pelajar dibimbing membaca dengan intonasi yang betul. d) Pelajar membaca semula ayat dengan nada dan intonasi yang betul.

4. Petikan

Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan yang miskin. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Malin. Apabila Malin dewasa, dia merantau untuk mencari rezeki. Malain tekun bekerja sehingga menjadi seorang yang kaya. Pada suatu hari, Malin pulang ke kampung. Ibu Malin berasa gembira kerana anaknya sudah pulang. Bagaimanapun, Malin tidak mengaku bahawa perempuan tua itu ialah ibunya kerana perempuan itu miskin. Dia menghalau ibunya. Ibu malin berasa sangat sedih. Akhirnya Malin menjadi miskin kerana sikapnya yang sombong itu. Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah langkah berikut : i) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid. ii) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. iii) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru. 10

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

iv) Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. v) Guru membimbing murid membaca secara individu atau bergilir gilir. vi) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.

2. Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan kemahiran bahasa.

Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang.

Petikan cerpen kanak-kanak Kera Tidak Berumah

Suatu ketika dahulu, sebuah keluarga kera tinggal di atas pokok iaitu ayah kera, ibu kera, dan tiga ekor anak mereka. Keluarga kera sering berpindah randah dari sepohon pokok ke pokok yang lain. Mereka mencari makanan di mana-mana sahaja. Setelah kenyang, keluarga kera akan bermain-main hingga ke malam. Mereka akan tidur di mana-mana sahaja. Begitulah kehidupan keluarga setiap hari. Anak bongsu kera berasa pelik. Haiwanhaiwan lain memiliki sarang. Mengapa kita tidak mempunyai rumah? tanya anak kera. Ayah akan membuat rumah pada suatu hari nanti, janji ayah kera. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Ayuh, cari tempat berlindung! teriak ayah kera. Anak-anak kera menggigil kesejukan. Mereka melihat haiwan-haiwan lain berlindung di dalam sarang masing-masing. Bila ayah hendak buat rumah kita? tanya anak bongsu kera lagi. Saya sudah letih berpindah-randah. Ayah akan buat rumah esok, janji bapa kera. Kamu semua mesti tolong ayah. Anak-anak kera bersorak gembira mendengar janji ayah mereka. Namun begitu, ayah kera tidak teringat langsung akan janjinya untuk membina rumah. Mereka hanya tidur di atas dahan pokok. Hari demi hari namun ayah kera tidak menunaikan janjinya. Keluarga kera tetap tidak mempunyai rumah hingga ke hari ini. 11

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Huraian objektif pengajaran dan pembelajaran bahan sastera Melalui bahan sastera yang dipilih iaitu cerpen kanak-kanak bertajuk Kera Tidak Berumah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan berdasarkan pelaksanaan objektif iaitu menggabungjalinkan beberapa kemahiran bahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran mendengar Berdasarkan cerpen Kera Tidak Berumah, aktiviti kemahiran mendengar boleh dijalankan iaitu guru memperdengarkan lagu Satu Hari di Taman Haiwan melalui set induksi. Aktiviti ini dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar mendengar dan menghayati senikata lagu. Selain daripada itu, pelajar juga dapat menyebut dan menyanyikan lagu bersama-sama.

Kemahiran Membaca

Aktiviti seterusnya yang dapat dijalankan ialah kemahiran membaca. Pelajar diberikan petikan cerita Kera Tidak Berumah. Mereka diminta membaca petikan secara senyap untuk memperoleh pemahaman secara menyeluruh. Kemudian pelajar diminta membaca secara kelas dan seterusnya secara individu dengan nada dan intonasi yang betul.Untuk menguji pemahaman terhadap cerita yang dibaca, mereka diberi lima soalan pemahaman untuk dijawab. Contoh soalan : i. ii. iii. iv. v. Di manakah keluarga kera tinggal? Mengapakah anak-anak kera bersorak gembira? Apakah janji ayah kera kepada anak-anaknya? Apa yang keluarga kera buat selepas makan? Apa akan terjadi sekiranya kita tidak menepati janji?

12

NOORMILA FAIRUS BINTI BAHARI 720602-09-5082 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Kemahiran Lisan

Langkah seterusnya yang dapat dijalankan ialah mengadakan pertandingan bercerita dengan menggunakan ayat sendiri. Di sini guru dapat melihat kreativiti pelajar apabila mereka menggunakan ayat dan cara lakonan sendiri tanpa didedahkan dengan gambar atau lakonan sebenar. Aktiviti akan menjadi lebih menarik sekiranya pelajar diberi ganjaran melalui tahap penceritaan mereka.

Kemahiran Menulis Aktiviti penulisan dapat dijalankan melalui cerpen Kera Tidak Berumah apabila pelajar diminta menyenaraikan pengajaran atau nilai murni yang diperoleh daripada cerpen tersebut. Contoh pengajaran : i) Sikap berlengah dalam melakukan sesuatu perkara yang penting hanya merugikan diri sendiri. ii) iii) iv) v) Kita perlu menepati janji. Perlu mempunyai sikap tanggungjawab di dalam diri. Melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan meninggalkan kerjayang sia-sia. Perlu sentiasa berusaha untuk berjaya.

Penutup Berdasarkan genre cerpen Kera Tidak Berumah, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik kerana mempunyai unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang banyak membantu dalam proses penerapan kemahiran bahasa. Di samping itu juga terdapat unsur-unsur bahasa seperti simpulan bahasa yang mudah difahami, struktur ayat yang mudah dan penceritaan yang jelas tanpa perlu pelajar mencari maksud yang tersirat. Selain daripada itu, nilai murni atau pengajaran yang diterapkan menjadi panduan kepada pelajar.

13

You might also like