You are on page 1of 1

APAM POLKADOT Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium ) 3 biji telur dari peti sejuk(gred

A) 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette** 1 sudu kecil esen vanilla filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai pewarna Cara-cara penyediaan apam polkadot 1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih. 2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati. 3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. 4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). 6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

You might also like