You are on page 1of 3

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Hasrat FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah salah satu wadah kerajaan untuk

melahirkan insan yang cemerlang dari aspek intelek, rohani, emosi jasmani dan sosial. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, guru merupakan medium yang berinteraksi secara langsung dengan insan-insan harapan bangsa ini. Justeru, sebagai pendidik, guru perlu memainkan peranan yang lebih dari lingkungan kerja mengajar di mana mereka harus berkebolehan menjadi seorang pemimpin, pengurus, pendakwah, pembimbing, fasililator dan juga inovator. Guru disifatkan sebagai contoh teladan dan role model kepada murid. Oleh yang demikian, guru perlu menerapkan semua elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi intelektual dan sahsiah diri seiring dengan hasrat kerajaan. Selaras dengan kehendak kerajaan untuk membangunkan modal insan yang dinamik, guru sebagai agen sosial mempunyai satu tangggungjawab yang besar di mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah tergalas di bahu mereka. Guru harus berusaha menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan profesionalisme yang tinggi dan pengetahuan yang mendalam terhadap ilmu tersebut. Mereka perlu memupuk perasaan cintakan ilmu di dalam sanubari murid supaya murid akan menerima ilmu dengan penuh semangat dan seterusnya mempraktikkan ilmu tersebut. Aktiviti pembudayaan ilmu perlu disemai oleh guru demi memastikan elemen intelek dapat diterapkan dalam diri murid tersebut. Di sinilah peranan guru semakin kompleks apabila mereka menjadi penggalak murid untuk terus mengaplikasikan ilmu tersebut dengan menggunakan pelbagai pendekatan demi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai.

Dalam falsafah pendidikan kebangsaan, ada dinyatakan falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Ini melibatkan elemen kerohanian di mana murid harus dipupuk agar mendalami agama masing-masing dan menjaga kehormatan diri. Guru boleh membantu murid dengan bertindak sebagai pendakwah tidak rasmi di mana mereka boleh menyelitkan unsur keagamaan dan nilai-nilai murni di dalam sesi pengajaran dan pembelajran mereka. Ini secara tidak langsung akan sentiasa mengingatkan murid betapa pentingnya memelihara kehormatan diri dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditekan dalam agama masing-masing. Oleh yang demikian, guru perlu menunjukkan sahsiah yang baik dan menzahirkan kepada murid mereka betapa perlunya nilai-nilai murni dalam diri seseorang itu suapaya mereka dapat menjadi insan yang berkualiti sahsiahnya dan baik akhlaknya. Seorang guru perlu mendekati pelajar dan memahami keperluan setiap murid kerana ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid dan melahirkan emosi murid yang lebih sihat. Apabila wujud kepercayaan antara murid dan guru, murid tersebut akan lebih berminat untuk belajar dan menjurus kepada suasana pembelajaran yang efektif. Pihak sekolah boleh lebih menjayakan keadaan ini dengan menyediakan prasarana yang baik untuk guru menyempurnakan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan lebih efisien. Dalam konteks sosial pula, murid perlu didedahkan bagaimana cara berinteraksi dan bersosial dengan cara yang betul. Guru perlu bertindak bijak dengan menjadi role model bagaimana seharusnya seseorang itu berinteraksi dan bergaul dengan orang disekeliling. Guru perlu memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya komunikasi, interaksi dan pergaulan yang baik dapat membentuk satu lingkungan komuniti yang berkesan dan menjamin hidup yang lebih selesa dan selamat.

Selain pembentukan akhlak dan nilai murni, kerajaan juga berhasrat memupuk perpaduan Negara bermula dari sekolah lagi. Menurut Mok (2008), melalui matapelajaran yang di ajar seperti Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Moral dan sebagainya, guru secara langsung menerapkan kepentingan perpaduan dan peneguhan pembentukan sikap kenegaraan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Murid digalak mengamalkan sikap bertoleransi, tolong menolong dan bekerjasama setiap kali mereka menjalankan aktiviti berpasukan. Unsur perpaduan (patuh kepada ideology Rukun Negara) ini yang diamalkan dan disemai ke dalam diri setiap rakyat akan dapat memastikan negara terus aman dan sejahtera.

You might also like