You are on page 1of 1

KONSEP KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA MAY CHONG ZHI ZHUN (199036)

1.0 Pengenalan Akhbar dianggap sebagai medium yang bebas untuk menyampaikan fakta, pendapat atau hujah, mengenai sesuatu isu. Akhbar merupakan mekanisme yang berkuasa di dalam kehidupan masyarakat dan bertindak sebagai agen perubahan sosial. Sebagai media perantara, akhbar dianggap dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Topik ini akan mengulas senario kebebasan akhbar yang berlaku di Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan akhbar itu sendiri, bagaimana indeks kebebasan akhbar Malaysia berbanding dengan negara lain, Akta-akta yang terlibat dengan kebebasan akhbar, peranan wartawan yang sebenar, isu-isu kebebasan akhbar, konsep kebebasan akhbar di Malaysia dan teori-teori kebebasan akhbar. Masyarakat sering menggunakan media massa dalan kehidupan seharian mereka seperti surat khabar, televisyen dan radio bagi memperolehi maklumat atau berita mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. Di Malaysia, media massa telah bermula dengan surat khabar. Akhbar pertama yang telah diterbitkan di Malaysia ialah akhbar berbahasa inggeris iaitu

You might also like