You are on page 1of 7

CARTA ALIR WITHDRAWAL SYSTEM

CARTA ALIR KELAS BERCANTUM

Kelas biasa (Kerja Susulan)

Pencalonan & Pengumpulan Maklumat

Ujian Saringan Sudah Menguasai Kemahiran 3M Belum Menguasai Kemahiran 3M

Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan

Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Belum Menguasai Kemahiran 3M Meneruskan Pengajaran Pemulihan

Pengajaran & Pembelajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Penilaian

PENCALONAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT Pencalonan dan pengumpulan maklumat murid dibuat oleh guru pada awal persekolahan. Maklumat boleh didapati dari pemerhatian, guru kelas, fail peribadi murid, guru besar, dan ibu bapa murid itu sendiri. Selepas mendapat semua maklumat, barulah pencalonan murid dilakukan. UJIAN SARINGAN Ujian ini perlu dilakukan oleh semua murid Tahun 1 berdasarkan modul konstruk LINUS untuk mengesan murid-murid yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan. Ujian ini dijalankan 3 kali setahun. UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN PENGAMATAN Ujian ini dijalankan untuk murid pemulihan bagi mengenal pasti tahap mereka dan dilakukan dari semasa ke semasa. Analisis ujian ini digunakan untuk mengasingkan murid mengikut tahap pencapaian mereka. Rancangan pengajaran juga dibuat berdasarkan tahap pencapaian murid dan minat mereka. PENILAIAN Penilaian dibuat selepas ujian saringan untuk menilai tahap pencapaian murid yang terkini sama ada sudah menguasai kemahiran 3M atau belum.

Mengenal Pasti

Jumlah Murid Dalam Kelas

Jumlah Guru Dalam Sekolah

Jumlah Bilik Darjah

Perhatian

Memilih Kelas Yang Ingin Dicantum

Penyusunan Jadual Waktu

Penyediaan Rancangan Pengajaran

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

MENGENAL PASTI JUMLAH MURID DALAM KELAS Faktor-faktor yang perlu dikenal pasti untuk kelas bercantum adalah jumlah murid dalam setiap kelas tidak melebihi 15 orang. Sekiranya jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum. JUMLAH GURU DALAM SEKOLAH Sekiranya sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru, boleh mencantumkan muridmurid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan. JUMLAH BILIK DARJAH Jika sekolah itu hanya mempunyai dua buah bilik darjah, maka kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari tiga tahun persekolahan. Manakala sekolah yang mempunyai tiga bilik darjah, kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari dua tahun persekolahan. PERHATIAN Murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan layanan perlu diutamakan oleh guru. Demikian juga murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR. Oleh itu, kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan kelas biasa. Namun demikian, kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah yang mengamalkan sistem kelas bercantum. Ia bergantung kepada pihak sekolah.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN Rancangan pengajaran dibuat mengikut tahun persekolahan masing-masing dan muridmurid diasing dalam kumpulan mengikut tahun persekolahan. Pengajaran dilakukan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.

You might also like