You are on page 1of 2

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa. Contoh 1: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Contoh 2: Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja. ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:


i. ialah hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja. Salah: -Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang. -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan. Betul: -Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang. -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi Salah: -Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik. -Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang. -Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia. Betul: -Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik. -Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang. -Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan dengan adalah. ( kata pemeri adalah boleh ditiadakan untuk kata nafi) Salah: -Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali. -Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya. -Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. Betul: -Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. -Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali. -Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya. -Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya. -Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini. -Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini

You might also like