You are on page 1of 9

DASAR KERAJAAN 1. Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi.

Huraikan cabaran tersebut. Jawapan: Sembilan cabaran yang telah dikenalpasti ialah i. mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. mewujudkan masyarakat yang berjiwa beas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,tidak mengalah kepada sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat negara lain. mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegara kukuh dalam nilai agama,dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga meyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling system kekeluargaan yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum; dan Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.

ii.

iii. iv. v. vi. vii.

viii.

ix. 2.

Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Maac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-tujuan Dasar Penswastaan tersebut. Jawapan: Tujuan pelaksanaannya: i. ii. iii. iv. v. mengurangkan beban kewangan kerajaan meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja menggalakkan pertumbuhan ekonomi pengagihan sumber secara cekap mempercepatkan pencapaian DEB/DPN

vi. vii.

mengurangkan kerugian berterusan meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.

3.

Terangkan matlamat dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara. Jawapan:

i.
ii.

iii.

dilancarkan oleh kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga tahun 1990. Matlamat utamanya ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi,social,kebudayaan dan penempatan.Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Antara langkah membasmi kemiskinan ialah Mewujudkan peluang pekerjaan Menggalakkan mobility pekerjaan Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,kawasan dan wilayah Memodenkan kehidupan desa Mewujudkan usahawan bumiputera Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang Pendidikan dan penyediaan prasarana langkah meyusun semula masyarakat ialah: meningkatkan daya pengeluaran mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum menambah ekuiti saham bumiputera mengurangkan kadar pemilikan saham asing memajukan negeri-negeri yang mundur

iv.

v. 4.

matlamat akhir DEB ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990.

Terangkan factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia Jawapan: Kepentingan nasional Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar. Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu Malaysia merupakan penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negaranegara kecil serta penggalak keamanan dan kemakmuran dunia Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan social

Persekitaran Geostrategik Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunai Kedua Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadiankejadian yang berlaku di Asia Tenggara Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh masingmasing di rantau Asia Tenggara. Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali

Islam Memandangkan Islam merupakan agama persekutuan Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam

Bekas jajahan British Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand

Dasar Berkecuali Sejak tahun 1970 malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideology mereka Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.

Prinsip hidup bersama Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin Afghanistan.

5.

Dasar Pembagunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Jelaskan lima aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan kea rah mencapai matlamat di atas. Jawapan: i. ii. iii. iv. v. vi. mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan memberi peluang kepada orang yang bekerja di sector yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sector yang lebih lumayan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,antara di kawasan banadar dan luar Bandar dan antara wilayah memodenkan kehidupan di luar Bandar mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera

vii. viii.

mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,latihan,kesihatan,kemudahan infrastruktur dan lain-lain

6.

Dasar penswastaan telah dilaksanakan dalam beberapa bentuk. Huraikan kesemua bentuk penswastaan yang telah dilaksanaakan oleh Kerajaan Jawapan: i. Penswastaan secara sebahagian Dalam bentuk ini sebahagian sahaja hakmilik kerajaan dalam perkhidmatan atau kegiatan dipindahkan kepada sector swasta manakala sebahagian lagi masih dipunyai atau dikuasai oleh kerajaan cth: AIROD Penswastaan secara terpilih Dalam bentuk ini, hanya satu bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatan dalam sesuatu agensi itu dijual atau diserahkan kepada swasta tetapi terus memiliki,menguasai atau menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan lain cth : Dermaga Kontena Pelabuah Kelang Penswastaan berbentuk pengurusan bercorak perniagaan swasta Dalam bentuk ini hanya prinsip perniagaan sahaja digunakan sementara hakmilik aktivitinya masih dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan cth:Telekom,TNB,KTM,POS Malaysia,LPN,RTM Penswastaan berbentuk pengurusan swasta Dalam bentuk ini, penyertaan sector swasta bagi menyediakan beberapa perkhidmatan tertentu kepada kerajaan tetapi tidak melibatkan apa-apa perubahan dari segi organisasi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Cth: Alam Flora,Hotel Seri Malaysia,MAS Penswastaan secara pajakan Dalam bentuk ini kemudahan-kemudahan dan harta kerajaan tertentu disewakan kepada sector swasta bagi mendapatkan hasil tanpa sebarang perubahan kepada taraf hakmilik harta-harta berkenaan. Cth: PLUS,Parking,MAHB Penswastaan secara kontrak (bina kendali pindah) Dalam bentuk ini,kontrak perkhidmatan kerajaan diberikan kepada sector swsata tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut cth: Perkhidmatan Pungut sampah Penswastaan secara menyeluruh (bina kendali) Dalam bentuk ini, seratus peratus kepentingan kerajaan dipindahmilikkan kepada sector swasta keseluruhan hak milik,pengawalan dan pengurusan,perusahaan atau perkhidmatan yang berkenaan akan dikendalikan oleh swasta, sementara kerajaan dianggap terpisah langsung dari sebarang kepentingan dalam perusahaan tersebut.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

7.

Dasar persyarikatan Malaysia merupakan sa;ah satu dasar yang turut menyumbang kearah perkembangan ekonomi negara. Strategi utama yang dipilih bagi menjayakannya ialah dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempereratkan lagi kerjasama di antara sector awam dan sector swasta melalui beberapa program tindakan tertentu. Jelaskan programprogram tindakan tersebut. Jawapan: Program-program a. penerangan dasar ini kepada para pegawai dan eksekutif sector awam supaya dapat difahami dan diamalkan dalam tugas seharian b. melalui surat pekeliling am bil 2/84,KSN telah mengarahkan semua Kementerian/jabatan,kerajaan negeri dan pejabat daerah menubuhkan panel persyarikatan Malaysia di jabatan masing-masing c. d. di. dii. mendedahkan petugas-petugas perkhidmatan awam kepada pegawai-pegawai awam di syarikat-syarikat swasta seperti program sangkutan dan kursus-kursus pengurusan yang dijalankan di INTAN penyebaran maklumat perniagaan yang diperolehi oleh agensi kerajaan di luar negeri kepada sector swasta meningkatkan hubungan di antara agensi-agensi kerajaan sebagai salah satu langkah meningkatkan perkhidmatan kepada sector swasta secara tersusun dan mudah dan pekeliling kemajuan pentadbiran awam bil. 9 tahun 1991- panduan mengenai pelaksanaan dasar persyarikatan Malaysia telah dikeluarkan pada 1 Julai 1991 bagi memberi garis panduan melaksanakan dasar ini.

8.

Dasar Pendidikan Negara digubal bagi membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Bagaimanakah perpaduan rakyat ini dapat dicapai melalui dasar Pendidikan negara. Jawapan: Dasar Pendidikan negara sebagaimana dalan Akta Pelajaran 1961 menjadikan perpaduan sebagai matlamat akhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:Kurikulum yang sama i. ii. iii. iv. kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa pengantarnya. Semua sekolah rendah menggunakan KBSR dan semua sekolah menengah menggunakan KBSM Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke dalam semua matapelajaran.Dengan cara ini semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk. Oleh sebab penekanan dibuat ke atas keadaan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, maka sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatupadu

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama i. bahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan puast pengajian tinggi di Malaysia mulai tahun 1970. Matapelajaran bahasa melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah aliran bahasa cina dan tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

ii.

10

Kegiatan ko-kurikulum i. aktiviti ko-kurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini di bahagikan kepada tiga kategori iaitu aktiviti berpesatuan, unit beruniform dan sukan /olahraga. Dengan cara ini usaha melahirkan genarasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah dicapai.

Satu system peperiksaan yang sama i. peperiksaan yang sama dan seragam telah dimulakan oleh kerajaan seperti, PMR,SPM,STPM dan UPSR. Dengan cara adanya peperiksaan yang seragam dan sama ini maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu identity yang sama dan sepadu dapat dibentuk

9.

Melalui pembinaan suatu Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan berharap akan dapat mencapai beberapa objektif. Jelaskan objektif-objektif tersebut serta strategi-strategi bagi mencapainya. Jawapan: Objektif; i. mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. ii. Memeupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. iii. Memeperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi . Strategi; i. pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kea rah menguatkan asasasas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama peyelidikan, pembangunan,, Pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. ii. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluasluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kea rah kesedaran kebagsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. iv. Memenuhi keperluan sosio-budaya v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

10.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan a) Dasar persyarikatan Malaysia b) Dasar penswastaan Jawapan: a) Persyarikatan Malaysia b) Definisi kerjasama yang erat dan berkesan di antara sector awam dan swasta demi pembangunan negara bagi faedah bersama Menghapuskan sifat permusuhan di antara kedua-dua sector Menggalakkan perkongsian maklumat Kedua-dua sector saling faham memahami prosuder dan matlamat kedua-dua pihak meningkatnya hasil negara

penswastaan sector awam

11

melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan(yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sector awam) kepada sector swasta.

Tujuan pelaksanaannya: 11. mengurangkan beban kewangan kerajaan meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja menggalakkan pertumbuhan ekonomi pengagihan sumber secara cekap mempercepatkan pencapaian DEB/DPN

Huraikan peranan yang harus dimainkan oleh sector awam dan tanggungjawab sector swasta dalam pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia. Jawapan: Peranan Sektor Awam i. sebagai fasilitator,sector awam menyediakan suasana yang kondusif bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana dan sejauh yang dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang pembaikan system,prosedur dan proses bagi memudahkan sector swasta mencapai matlamat mereka, dirugalation dan sebagainya.Ini akan memudahkan kegiatan perniagaan dan memperbaiki lagi iklim pelaburan atau memudahkan peraturan-peraturan dan menyediakan inesiatif yang menarik ii. sebagai perancang, sector awam mestilah peka dan responsive kepada perubahanperubahan dalam persekitaran dunia semasa merancang arah tujuan dan strategi pertumbuhan proaktif, menyediakan maklumat yang betul; aktiviti galakan yang lebih baik melalui perwkilan seberang laut, sector swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran bagi mengenalpasti dan memenangi peluang-peluang perniagaan untuk negara atau sebagai perancang untuk menentukan dasar atau arah tuju, strategi menyediakan maklumat dan aktiviti-aktiviti galakan. iii. sebagai pelaksana sector awam perlu terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan social yang penting kepada semua rakyat, bukan sahaja kemudahan dan perkhidmatan itu meluas tetapi standardnya harus lebih baik atau untuk mengembeleng sumber-sumber melalui kerjasama yang padu antara sector awam dan swasta,mewujudkan panel-panel perunding dan mematuhi pekeliling kemajuan perkhidmatan awam. Tanggungjawab sector swasta iv. sebagai penggerak pertubuhan ekonomi, memerlukannya lebih kuat,dinamik,berdaya saing,cekap dan tangkas dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri. Barangan mereka haruslah mampu mengekalkan persaingan dan berbagai barangan untuk pasaran yang berbagai. Mereka juga perlu bersatu tenaga bagi menembusi pasaran baru di negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin atau sector swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran.

12

12.

Kerajaan telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oelh Malaysia kearah mencapai taraf sebuah negara perindustrian. Huraikan lima daripada langkah yang dimaksudkan itu melalui pelan Perindustrian 1983. Jawapan: i. melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan keluar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran keluaran perkilangan secara besar-besaran.Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu factor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif. Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri-industri bukan berasaskan sumber untuk eksport: Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport.Strategi ini dipilih memandangkan Kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaaan projek=projek itu dahulu sebelum menceburi bidangbidang industri berat yang lain; Memaju dan menggunakan system perkhidmatan maklumat yang bersepadu; Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat; Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur denagn memberi tumpuan kepada pertumbuhan indutri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri diutamakan di sepanjang wetern corridor di paantai barat semenanjung dan di mini corridor di pantai timur semenanjung dan di Bandar-bandar Sabah dan Sarawak. Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan memepertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sector ini merupakan tulang belakang proses perindustrian dan menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara; Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan sector pembuatan; dan Menyusun semula system galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.

ii. iii.

iv. v. vi.

vii.

viii. ix. 13.

Dasar penswastaan telah dilaksanakan dalam beberapa bentuk iaitu Penjualan, Pajakan, kontrak pengurusan dan Bina Kendali Pindah (BKP) dan Bina Kendali (BK). Huraikan manamana tiga bentuk penswastaan tersebut. i. Penjualan Bentuk penswastaan melalui penjualan boleh digunakan ke atas aset atau ekuiti kerajaan Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen organisasi iaitu tangung jawab pengurusan, aset beserta atau tanpa tanggungan dan kakitangan Bentuk penswastaan ini boleh melibatkan penjualan sebahagian atau keseluruhan ekuiti sesuatu syarikat Penjualan ekuiti keseluruhan bermakna pemindahan 100% ekuiti kerajaan dalam syarikat berkenaan Penjualan sebahagian bermakna pemindahan kurang daripada 100%. Penjualan aset boleh melibatkan pemindahan sama ada ketiga-tiga komponen tersebut atau sebahagian daripada komponennya Penjualan aset boleh melibatkan aset yang dimiliki oleh apa jua organisasi kerajaan sama ada syarikat atau lain-lain entiti. Contoh Airod, Dermaga Export Pelabuhan Kelang ii. Pajakan Melibatkan pemindahan hak menggunakan aset untuk tempoh tertentu dengan bayaran pajakan

13

iii.

Kaedah ini biasanya digunakan bagi penswastaan entiti yang mempunyai aset bernilai tinggi dan bersifat strategik seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Tiada berlaku pemindahan kedudukan hak milik aset tetapi peraturan-peraturan boleh dibuat bagi pemajak membeli aset berkenaan di akhir tempoh pajakan Contoh : KLIA, Pelabuhan, Metro Parking Kontrak Pengurusan Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta Mengurus sesuatu entiti kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan Kaedah ini meliputi pemindahan tangung jawab pengurusan kpd sektor swasta Mungkin melibatkan pemindahan kakitangan Tidak melibatkan pemindahan hak milik aset Contoh Alam Flora, MAS, Hotel Seri Malaysia, IWK Bina Kendali Pindah (BKP) dan Bina Kendali (BK) Kedua-dua kaedah digunakan bagi penswastaan projek-projek baru yang secara tradisinya dimajukan oleh sektor awam termasuk projek infrastruktur dan kemudahan awam seperti bekalan air dan jalan raya. Kaedah BKP melibatkan pembinaan sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaannya sendiri dan akan mengendalikannya bagi tempoh yang dinamakan konsensi. Kemudahan ini akan diserahkan balik kpd kerajaan di akhir tempoh konsensi tsb. Dalam tempoh konsensi tsb sektor swasta dibenar mengutip caj terus daripada pengguna kemudahan berkenaan atau secara tidak langsung daripada pihak perantaraan biasanya institusi kerajaan. Kaedah BK adalah hampir sama dengan kaedah BKP,kecuali kaedah BK tidak melibatkan penyerahan balik kemudahan berkenaan kpd kerajaan. Kedua-dua kaedah ini biasanya melibatkan pemberian lesen dan/atau konsensi. Kerajaan dianggap terpisah langsung Contoh BKP PLUS, Penjanakuasa TNB, PUAS, Jambatan Pulau Pinang. Contoh BK TV3, Celcom, Astro, Maxis

iv.

14.

Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelan perindusterian Negara telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tsb. Nyatakan langkah-langkah yang digariskan di dalam perancangan tersebut . i. melaksanakan dasar erindusterian yang berpandangan keluar dengan menumpukan perhatian kepada pengeksportan keluaran-keluaran pekilangan secara besar-besaran memajukan secara itensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport. Mempelbagai dan meningkatkan industri-industri bukan berasaskan sumber untuk eksport memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. Usaha-usaha ditumpukan kpd memastikan kejayaan projek-projek dimana kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu Memajukan teknologi dan tenaga rakyat Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan kpd pertumbuhan industri dikawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan Memoden dan menyusun semula struktur perindusterian dengan meningkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindusterian. Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertangungjawab kpd pembangunan sektor pembuatan Menyusun semula sistem galakan perindusterian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi,

ii.
iii. iv. v. vi.

vii.
viii. ix.

14

You might also like