You are on page 1of 22

1.

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap penbentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa melihat bagaimana perkataan-perkataan ini terbentuk dan perkataan ini bercantum membentuk frasa dan ayat. Tinjauan terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataanperkataan ini disusun menjadi ayat. Contoh tahap pembentukan kata ialah perbincangan bagaimana perkataan-perkataan terbentuk melalui penggabungan dengan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh tahap pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola-pola ayat. Dalam istilah ilmu linguistik, bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi, sementara bidang huraian peringkat ayat disebut sintaksis. Dengan kata lain, bidang tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis.
1.2 OBJEKTIF

seterusnya bagaimana perkataan-

Tugasan ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan oleh pihak media massa pada masa kini mengikut hukum tatabahasa yang betul dari sudut morfologi dan membetulkan kesilapan dan kesalahan tersebut.
1.3 KAEDAH KAJIAN

Tugasan ini akan mengkaji kesalahan tatabahasa dengan cara membaca bahan bacaan yang dikaji dan mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Kesilapan yang telah dikenalpasti akan dikaji aspek kesalahannya. Pembetulan akan dilakukan bagi memperbetulkan kesilapan tersebut. Dalam kajian tugasan yang dijalankan ini, saya telah memilih majalah Al-Muslimah terbitan Dian Darulnaim. AlMuslimah merupakan bahan bacaan yang popular dikalangan wanita Islam di Malaysia.

Isi kandungan majalah ini memaparkan isu-isu semasa tentang kisah teladan, akidah, motivasi, pendidikan, kesihatan dan renungan untuk tatapan pembaca. Namun begitu dari sudut ketepatan struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata yang digunakan penulis boleh dipertikaikan untuk diperbetulkan. Kajian tugasan ini telah mengenalpasti beberapa kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh penulis. Artikel yang dikaji bertajuk, Ini Saham Akhirat Saya Kak Nab. yang ditulis oleh Jamilah Aini binti Mohd Rafiei dalam ruangan TOPIK.
1.4 BATASAN

Skop kajian tugasan ini terhad kepada penggunaan bahasa dari aspek morfologi seperti struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata dalam ilmu tatabahasa Melayu. Huraian dilakukan tentang morfem terikat dan morfem bebas. Kesalahan dalam ayat dikenalpasti dan faktor-faktor yang menyebabkan ayat tersebut salah dari segi tatabahasa akan diterangkan secara terperinci.
1.5 DEFINISI KONSEP

Bahasa ialah keupayaan masyarakat yang menuturkanya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Tatabahasa menjadi asas untuk melahirkan bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Dengan ini, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas (menyeluruh), lugas (yang sepatutnya), mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati yang ideal dan andal (boleh dipercayai) Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasalah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya untuk membentuk kata, frasa dan ayat yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam pengucapan mahupun penulisan.

2. PENGGUNAAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI Morfologi ialah satu bidang ilmu yang menkaji bentuk perkataan. Ianya dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Apabila kita menggunakan istilah perkataan, yang kita maksudkan ialah bentuk perkataan yang diujurkan dalam sesuatu bahasa. Bentuk ujuran itu kemudiaannya ditulis dengan menggunakan lambang-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, inilah kebiasaannya kita menuliskan perkataan dalam ejaan Rumi, iaitu berjalan, menangis, kereta, petugas, langit-langit, kereta bomba, antarabangsa dan lain-lain. Bentuk-bentuk tulisan perkataan inilah yang kita kaji dalam morfologi. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem dapat dibahagikan kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas 1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, telan, kerja, pejabat, tanda 2. Mempunyai makna sendiri

Morfem terikat/imbuhan 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

2.1 Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar - cthnya, membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar- contohnya simpankan Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak). Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per..an, permainan.

Pengimbuhan Kata Nama Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan keAwalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.

Kata Akar Kata Terbitan

Keterangan Penanda orang atau benda dengan memberi

kasih

kekasih

tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama)

lima tiga tua

kelima ketiga ketua

Membentuk kata bilangan tingkat Membentuk kata bilangan himpunan Membentuk kata nama

Awalan pe(N)Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.
4

Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Varian peImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r.

Kata Akar lawat lari makan masak nafi rokok

Kata Terbitan pelawat pelari pemakan pemasak penafi perokok

wangi Varian pen-

pewangi

Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j atau t.

Kata Akar curi cuci dengar duduk jual jemput tipu tari tukar tulis

Kata Terbitan pencuri pencuci pendengar penduduk penjual penjemput penipu penari penukar penulis

Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.

Varian pemImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b',f dan p

Kata Akar baca beri buat bantu beli pakai pukul pasang punggah pungut fitnah

Kata Terbitan pembaca pemberi pembuat pembantu pembeli pemakai pemukul pemasang pemungah pemungut pemfitnah

Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Varian penyImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.

Kata Akar sokong sembah sapu saring

Kata Terbitan penyokong penyembah penyapu penyaring

Varian pengImbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Kata Akar ambil ajar gosok goreng hantar hisap

Kata Terbitan pengambil pengajar penggosok penggoreng penghantar penghisap


8

ikut isi ulang uji

pengikut pengisi pengulang penguji

Varian pengeImbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama.

Kata Akar cat bom tin sah

Kata Terbitan pengecat pengebom pengetin pengesah

Kesamaran: Imbuhan untuk k Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan:

Kata Akar Jenis Imbuhan kerja kenal karang khayal kritik keluar kesan pepengpengpengpengpengepenge-

Kata Terbitan pekerja pengenal pengarang pengkhayal pengkritik pengeluar pengesan

Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan menggunakan imbuhan peng-. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok

10

Imbuhan MeN...i Pembentukan Imbuhan Me N...i. Imbuhan Me N...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang tertentu. Kata Dasar Imbuhan Me N...i Pagar Memagari = Meletakkan sesuatu (kata Nama) sebagai pagar Pukul Memukuli = Melakukan perbuatan (kata kerja) berkali = kali pada objek Duduk = Menduduki Melakukan perbuatan (kata kerja) pada objek Kirim = Mengirimi Menyebabkan objek (kata kerja) menerima sesuatu Contoh 1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan. 2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun. 3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.

Analisis Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) bapa sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.
11

Maksud Imbuhan Me N...i Secara umum, imbuhan apitan Me N...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi. Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat. Contoh 1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri. 2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat. 3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara. 4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola. 5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda. Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan Me N...i dengan ayat-ayat yang menerima apitan Me N...kan s eperti yang telah dibincangkan. Terdapat juga apitan Me N...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas objek tepat. Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan berulang kali. Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara, rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan. Perbezaan Makna Dalam Imbuhan Me N...kan dan Imbuhan Me N...i . Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu.

12

Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang lebih jelas. Contoh 1. Amin melontarkansepotong kayu ke arah lembu itu. (objek tepat) (objek sipi ) 2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu. (objek tepat) (objek sipi) 3. Amin membacakan adiknyabuku cerita itu. (objek tepat) (objek sipi) 4. Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya. (objek tepat) (objek sipi) Ulasan ringkas Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan melontarkan menunjukkan maksud sepotong kayu sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan melontari menunjukkan maksud lembu itu sebagai objek, menjadi penerima perbuatan melontari. Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan Me N...kan , maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan melontarkannya. Rumusan Kekeliruan yang kerap berlaku dari segi pembentukan kedua-dua apitan tersebut disebabkan penulis kurang memahami maksud perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek tepat dan objek sipi. Oleh itu,penulis perlu meneliti imbuhan apitan Me N...kan dan Me N...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek
13

tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat. Penulis juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai atau tidak.

Kata Majmuk Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada: i. Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat ii. Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda Kata Majmuk Istilah Khusus i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang

dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. Contoh: Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara Kata Majmuk Kiasan i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain. Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)
14

Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap

Kata dasar 1

Kata dasar 2

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan

Antara Apa Apa Apa Bagai Barang Beri Bumi Dari Dari Duka Jawatan

Bangsa Bila Kala Lagi Mana Kali Tahu Putera Hal Pada Cita Kuasa

antarabangsa Apabila Apakala Apalagi Bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera Darihal Daripada Dukacita jawatankuasa

15

Kaki Ke Kerja Mana Mata Olah Pada Pesuruh Setia Suka Suruhan Tanda Tanggung Warga

Tangan Pada Sama Kala Hari Raga Hal Jaya Usaha Rela Jaya Tangan Jawab Negara

Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:
16

Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini lipat ganda anak tiri ibu bapa kuat kuasa surat khabar

Apitan peN...an meN...kan

Ejaan penguatkuasaan Mengemaskinikan melipatgandakan

meN...kan Ke...an di...kan peR...an

menganaktirikan keibubapaan dikuatkuasakan persuratkhabaran

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.

Imbuhan

Kata Majmuk

Kata Majmuk Terbitan ber garis pusat berterima kasih meng ambil alih pen cari gali daya serapan urus niagakan
17

garis pusat berRterima kasih meNpeN-an -kan ambil alih cari gali daya serap urus niaga

Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:alat-alat tulis gambar-gambar rajah balai-balai raya kapal-kapal terbang suku-suku kata garis-garis pusat Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar

Kata Adjektif Adjektif , juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali

Jenis - jenis kata adjektif Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan: 1. sifat - menerangkan sifat keadaan atau seseorang contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat 2. warna contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
18

3. ukuran contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar 4. bentuk contoh: bujur, lurus 5. waktu contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam 6. jarak contoh: dekat, hampir, jauh 7. cara contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram 8. pancaindera rasa: contoh: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan dengar: bising, sunyi, senyap bau : busuk, wangi, hangit, hapak sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin 9. perasaan contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Darjah Perbandingan Kata Adjektif Darjah perbandingan atau tahap adjektif ada tiga :
19

1.Darjah biasa - dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:


-

Baju dia cantik. Buah betik itu manis.

2.Darjah perbandingan : - merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:


-

Tenaganya sekuat Badang. Buah jambu itu semanis gula.

3. Darjah penghabisan : - menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:


-

Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia. Menara KLCC bangunan yang ter tinggi di Malaysia Dialah yang paling pandai dalam permainan gasing.

20

NO.MATRIK : J44366

PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH AL-MUSLIMAH


OLEH: NAMA: HUZAIMAH BT. MAT ISA PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN ( PSR ) DENGAN KEPUJIAN ( PPG )
21

AMBILAN KEDUA 2011/2012 SEMESTER : PERTAMA 2012

22

You might also like