You are on page 1of 1

Mohamed Alkhornie Osman, 36,Lorong 32, Permatang Badak Baru, 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur.

_________________________________________________________________________________ Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, 25250 Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur. 03 OGOS 2011

Tuan, Pemohonan Membawa Anak keluar Bermalam (Bulan Ramadan) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan perkara di atas saya Mohamed Alkhornie Osman ayah kepada pelajar yang bernama Sofwatu Shiraj Sarmada Mohamed Alkhornie (4A) ingin memohon jasa baik tuan membawa anak jagaan saya untuk pulang bermalam dirumah setiap hujung minggu sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

3. Saya juga berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengenai masa pelepasan dan penghantaran kembali pelajar ke sekolah. Pelepasan ini juga bergantung program yang sekolah aturkan dan tetapkan yang perlu dihadiri oleh pelajar.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan saya dahului dengan ucapan terimakasih.

Yang benar,

(MOHAMED ALKHORNIE OSMAN)

You might also like