You are on page 1of 5

BAB 5 KEGEMILANGAN MELAKA 5.

.1 Pentadbiran yang Sistematik - Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang bersistematik untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka. - Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diwujudkan yang terdiri daripada: Raja / Sultan

1. Peranan sultan a) Mengetuai pemerintahan dan pentadbiran b) Menyelaras semua kegiatan ekonomi. c) Menjadi lambang perpaduan rakyat. d) Mengetuai hubungan diplomatik. e) Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. f) Mengetuai angkatan tentera. g) Melantik pembesar negeri. 2. Peranan Pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan

a)

Bendahara - menjadi penasihat sultan, menteri utama, ketua turus angkatan perang, ketua hakim, dan pemangku sultan. b) Penghulu bendahari - menjadi pemungut hasil atau ufti, ketua segala bendahari, ketua urus setia istana, dan ketua segala syahbandar. c) Temenggung - menjadi ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan Kota Melaka, ketua protokol istana, dan hakim di darat. d) Laksamana - menjadi ketua angkatan laut, ketua duta, pengawal peribadi sultan, dan utusan rasmi kerajaan. * Salin atau photostat senarai nama Sultan dan Bendahara pada m/s 3. Kawasan pegangan iaitu kawasan pentadbiran pembesar-pembesar. a) Bendahara - Muar dan Bentan. b) Penghulu Bendahari - Sening Hujung dan Kampar c) Laksamana Temasik d) Hulubalang - Sungai Raya dan Siantan 5.2 Pusat Perdagangan 1. Kedudukan geografi Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan, dan mendapatkan barang-barang keperluan.

Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menghalang tiupan angin dan membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar dan menuju ke Melaka serta tempat yang strategik untuk mengawasi keselamatan Selat Melaka. 2. Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka - Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai pendorong kepada kemajuan perdagangan di pelabuhan Melaka, iaitu:a) Peranan Syahbandar menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang, sukat, dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan, dan keselamatan pedagang b) Peranan Laksamana dan Orang Laut menjaga perairan Selat Melaka dan menjamin keselamatan pedagang.

c)

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi, dan nakhoda. d) Kemudahan di pelabuhan Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang, pengangkutan, tenaga pekerja, kemudahan membaiki kapal, dan bekalan makanan dan minuman.

Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga Cukai yang berpatutan. Pedagang dari Barat dikenakan cukai 6%, pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai 3%, dan pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah. Pedagang juga perlu mendapatkan surat kebenaran berniaga yang membolehkan kerajaan Melaka mengawal dan memantau aktiviti perdagangan di pelabuhannya. f) Penggunaan Sistem Mata Wang Penggunaan mata wang logam yang diperbuat daripada timah yang dipanggil calains Mata wang emas tempatan serta mata wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai, Kembayat, dan Gujerat juga digunakan dalam sistem jual beli di Pelabuhan Melaka.

e)

g) Pelabuhan Entrepot Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan entrepot, iaitu pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

h) Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain. 5.3 Kematangan Hubungan Luar Hubungan serantau Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai. Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai. Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas, dan beras dari Pasai. Jawa membekalkan Melaka beras, bahan makanan, dan rempah. Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar. Kampar dan Siak menghantar ufti kepada Melaka. Siak dan Kampar membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka. Hubungan antarabangsa - Hubungan Melaka dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka. - Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusannya, Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam. Siam membekalkan kayu jati, beras, dan bahan makanan kepada Melaka. - Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalin melalui hubungan perdagangan dan diplomatik. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu memberitahu tentang pedagang Ryukyu yang melanggar undangundang di Melaka. - Hubungan Melaka dengan Gujerat (India) terjalin melalui kegiatan perdagangan. Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu. Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari Kepulauan Melayu dan kain sutera dan teh dari China. Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di Melaka.

5.4 Pusat Pengembangan Agama Islam Kedatangan agama Islam ke Melaka - Antara cara Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai yang memeluk Islam. - Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.

Sifat agama Islam, iaitu toleransi, adil, dan rasional dan meliputi scmua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam - Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat
pertemuan ulama dan pendakwah. - Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah, dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim al-Jili yang mengarang kitab Insan al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah, iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam a) Melalui perdagangan iaitu ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka
dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.

b) Melalui peranan tentera upahan, seperti tentera upahan dari Jawa yang memeluk
Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air. c) Melalui penaklukan iaitu Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka. d) Peranan pendakwah, ulama, dan ahli agama (sufi). Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan. e) Melalui perkahwinan politik iaitu putera dan puteri Melaka herkahwin dengan putera atau puteri raja kerajaan lain. Contohnya, puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan putera Raja Siak. f) Peranan pemerintah Melaka, contohnya menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Sinar Islam di Melaka - Dalam pentadbiran, institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan. Menggunakan undang-undang fikah (Syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. - Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka. - Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas. - Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrah, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri, dan ayat al-Quran atau hadis. - Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan kenduri arwah.

5.5 Pusat Kegiatan Ilmu Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual - Istana menjadi pusat kegiatan perkembangan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat berkumpul untuk golongan cerdik pandai yang terdiri daripada:1) Pengarang yang mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja, dan mencatat diari istana. 2) Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam. 3) Jurutulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan menjadi guru kepada anak-anak raja. - Istana juga tempat untuk kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi. - Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan. - Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang hal agama - Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan aspek ketuhanan.

5.6 Dasar Perluasan Kuasa Cara-cara perluasan kuasa: 1) Penaklukan. - Kerajaan yang ditakluki ialah Kampar dan Pahang. 2) Perkahwinan - Putera dan puteri Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri negeri lain seperti Pahang, Siak, dan Kelantan. 3) Kerelaan raja negeri lain seperti Jambi dan Lingga. 4) Campur tangan dalam negeri. Melaka memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-hara seperti Pasai. Kebijaksanaan pemerintah Melaka: 1) Sultan Muzaffar Shah berjaya menguasai Pahang, Kampar, dan Inderagiri. Baginda menghantar Tun Perak menghadapi serangan Siam, menjalinkan hubungan dengan China, dan menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim. 2) Sultan Mansor Shah berjaya menguasai Bernam, Perak, dan Siak. 3) Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan pemimpin yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri, dan berjaya menguasai Aru. 4) Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang cekap dan berwibawa. Beliau berjaya meluaskan kuasa Melaka dengan berjaya menakluki Pahang, Terengganu, Johor, Riau-Lingga, Bengkalis, Riau, Kampar, Jambi, Inderagiri dan Aru.

You might also like