You are on page 1of 2

Pengenalan

Pada tanggal 12 Mei 2012, Jabatan Pembangunan Insan, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melangsungkan dengan jayanya sebuah Bicara Industri bertempat di Dewan Besar UTeM bagi mengaplikasikan subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif (BLHC 4032) di dalam dunia industri. Moto bicara industri kali ini adalah Ke Arah Kelestarian Inovasi yang dituturkan oleh seorang tokoh yang amat berpengalaman dalam bidang industri iaitu Encik Ismail bin Mohammad. Beliau memulakan kerjayanya selepas tamat SPM dengan menjadi pengimpal kapal selama lima tahun. Beliau mula berjinak- jinak di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dengan menjadi jurukamera bagi sesi ceramah di dalam akademik di tempat kerjanya. Beliau memulakan bidang kerjaya dengan menjadi penceramah mengenai First Aid. Beliau juga telah menghabiskan selama 19 tahun di firma Daiwa Electronic.

Encik Ismail bin Mohammad merupakan individu berkemahiran luas dalam pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang dan jawatan. Beliau juga seorang yang unik, kreatif serta berinovasi tinggi dalam mencapai matlamat dalam kehidupan. Beliau adalah pengasas kepada Syarikat Career Touch yang kini giat menjalankan program bagi mewujudkan nilai kebolehpasaran kepada pelajar IPTA mahupun IPTS yang mana beliau ingin meneruskan cita- citanya untuk membantu graduan dalam kebolehpasaran. Tajuk ceramah beliau di majlis yang gah itu ialah, Creative Employability Values.

Pelbagai pengetahuan telah diperolehi di dalam ceramah beliau. Beliau telah berkongsi pengalaman kehidupan beliau dengan bermula dengan sekecil bata sehingga menjadi permata. Bagi menjadi seseorang yang ingin berjaya di dalam industri, nilai tambah telah diberi penekanan dalam ceramah beliau. Pengetahuan di dalam kelas tidak cukup untuk meningkatkan kebolehpasaran seseorang individu itu. Seseorang individu itu perlulah mencari inisiatif sendiri untuk meningkatkan nilai tambah seperti kursus tambahan, sijil- sijil tambahan, teknik- teknik penyelesaian masalah dan pelbagai lagi.

Penceramah turut menekankan mengenai teknik berfikir secara kreatif dan kritis. Di dalam ceramah itu, beliau turut menyulamkan pengalaman beliau berdasarkan asas ceramah yang disampaikan. Antara yang menjadi tarikan pelajar ialah semasa bayaran dua bulan gaji daripada firma Daiwa Electronic dan Aiwa Electronic. Beliau bijak menggunakan teknik

pemikiran bagi mendapatkan bayaran dua bulan gaji bagi kedua- dua firma dan ia amat menguntungkan.

Beliau menerapkan nilai- nilai keadaan kedudukan pengambilan pekerjaan yang kreatif (creative employability values). Antara nilai- nilai yang diterapkan dalam ceramah beliau adalah Basic Education & Right Qualifications, dengan adanya pendidikan asas mengenai sesuatu bidang yang diceburi amat penting bagi proses pengambilan pekerja kerana asas diperlukan bagi mengasah kemahiran. Selain itu, kelayakan yang sesuai dengan bidang diambil kira semasa pemilihan pekerjaan supaya bersesuaian dan lebih selesa ketika bekerja. Tambahan lagi, Soft Skill And Competency as Added Value juga nilai yang perlu dititikberatkan kerana kemahiran insaniah adalah nilai tambah yang amat penting bagi seseorang calon pekerja, ini disebabkan pihak majikan lebih mementingkan kemahiran daripada kelayakan supaya pekerja yang digaji lebih cepat memahami tugas yang perlu dipikul. Flexibility & Adaptability adalah salah satu nilai yang dipertekankan dalam ceramah beliau kerana fleksibel dan kebolehsuaian seseorang itu terhadap sesuatu pekerjaan akan meyakinkan majikan bahawa pekerja itu mempunyai daya saing yang tinggi dan berminat dalam sesebuah firma yang dikhidmati itu. Di samping itu, Visible Career Path merupakan nilai alat ubah di dalam diri bagi menceburi sesuatu bidang yang diyakini boleh membina kerjaya supaya dapat mengembangkan kerjaya seseorang itu kepada peringkat yang lebih tinggi. Nilai yang terakhir sekali yang diberi penekanan dalam ceramah beliau ialah Creative & Innovative di mana seseorang majikan sememangnya menggemari pekerja yang mempunyai daya kreatif yang tinggi supaya dapat membangun bersama- sama dan inovatif pula adalah aspek yang dapat membantu firma dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

You might also like