You are on page 1of 8

PENDIDIKAN DAN MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA

Dari Perspektif Sejarah Dimensi pendidikan di Malaysia kelihatan agak rencam kerana setiap etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza. Wujudnya kepelbagaian aliran dalam sistem pendidikan dan perbezaan dari segi kurikulum dan orientasi matlamatnya. Penjajah British telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan British pada masa itu sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa perabot yang cukup, kekurangan buku teks bahan bacaan serta ibu bapa Melayu sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu (laporan Barnes, 1951). Namun selepas era kemerdekaan, sistem pendidikan negara telah berubah dengan pengenalan sistem pendidikan kebangsaan yang dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum dan berorientasi sebagai wadah menyatupadukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat bagi membentuk identiti kebangsaan. Usaha membentuk sistem pendidikan ini dilaksanakan berdasarkan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) hasil dari kebimbangan orang Melayu akibat keciciran pelajar bumiputera. Selepas 13 Mei 1969, perikatan telah menegaskan bahwa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan dan sistem kuota, biasiswa dan penubuhan lebih banyak ipta dilaksanakan. Kesan daripada dasar kerajaan, kemasukan pelajar Melayu Ke Universiti telah meningkat daripada 20% pada tahun 1960 1964 kepada 65% pada tahun 1975. Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Negara pada tahun 1970, bagi bumiputera ialah 40.2% (3084 pelajar) berbanding bukan bumiputera iaitu 56.2% (4311 pelajar). Kesan daripada dasar kerajaan, kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat drp 20% pd tahun 1960-1964 kpd 65% pd tahun1975.

Hubungan Etnik Walaubagimanapun keadaan ini tidak begitu baik dalam kontek hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang perbezaan golongan professional antara etnik. Sebagai contoh, golongan professional bumiputera (arkitek,akauntan, jurutera, doktor, juruukur dan peguam) pada tahun 1970 ialah 4.9% (225 orang) berbanding bukan bumiputera iaitu 84.35 (3859 orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan. Pada masa yang sama, kaum bukan bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang mereka dengan menggunakan wadah pendidikan. Serentak dengan usaha kerajaan, kaum Cina juga berjaya mempromosikan dan mengangkat status sekolah menengah Cina menjadi sekolah persendirian. Lulusan sekolah ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada rangkaian perniagaan Cina, Taiwan & beberapa universiti di Eropah. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan. Jika diteliti sehingga sekarang, pentingnya Perkara 153 diteruskan kearah mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun, pada masa yang sama, pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, apabila Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan pada masa itu tidak terus menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Sebaliknya, kerajaan tetap mempertahankan kewujudan sekolahsekolah tersebut walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu: Tujuan dasar pelajaran dalam negeri ini telah bermaksud untuk menyatupadukan budak-budak dari semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dibuat dengan serta merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.

Kearah Membentuk Masa Depan Dengan tujuan merapatkan hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu telah dibuka kepada bukan Melayu dengan kuota 10%. Manakala kemasukan ke IPTA juga telah ditukarkan dari sistem kuota kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik. Ini disokong lagi dengan pertambahan bilangan IPTA di Malaysia dari 7 buah sahaja pusat pengajian tinggi awan (IPTA) kepada 20 buah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) yang telah memberikan peluang kepada 128 839 pelajar semua etnik, ini tidak termasuk lagi dengan jumlah kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) , Kolej-kolej, Politeknik dan kolej komuniti yang telah menerima kemasukan pelajar keseluruhan seramai 358 050 orang pelajar pelbagai kaum di Malaysia pada tahun 2007. Bagi menampung perbelanjan pendidikan, kerajaan dan pihak swasta turut menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar. Antara agensi kerajaan yang telibat ialah biasiswa dan pinjaman KPT, JPA,PTPTN dan MARA, manakala swasta pula PETRONAS, Yayasan Telekom, Shell Scholarship, OCBC Bank dan banyak lagi pihak swasta yang terlibat. Kerajaan juga mengambil beberapa Langkah-langkah yang dirasakan proaktif dengan penubuhan sekolah kluster yang terdiri terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta. Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi program kecemerlangan kokurikulumnya dimana pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem 5.8% daripada 5.2 juta pelajar, lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar Negara, badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster dan menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan. Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah) apabila model piawaian bersesuaian dengan sekolah dalam dan luar negara dan akan menghasilkan para pemimpin berkualiti dan guru yang cemerlang selain daripada melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Selain daripada penyediaan infrastruktur tersebut, kini rakyat Malaysia juga telah didedahkan lagi dengan sistem teknologi maklumat dan teknologi terkini apabila kerajaan turut mengembeling tenaga membangunkan ICT di Malaysia. Penggunaan teknologi dapat memudahkan lagi penyampaian dan perhubungan dalam sistem pendidikan dan turut mendedahkan rakyat kepada sesuatu perkara secara terus dan proaktif. Disini perkembangan internet memberikan kemudahan kepada kita untuk mencari maklumat dengan lebih telus dan lebih meluas. Menyedari situasi ini Kementerian Pelajaran berusaha meningkatkan tarafnya untuk mewujudkan portal-portal pendidikan dan memberi galakkan kepada pelajar untuk mengaksesnya dengan memberikan infrastruktur yang lengkap di sekolah-sekolah dan mendedahkan para pelajar dengan teknologi tersebut. Pihak lain juga boleh turut terlibat dalam merencanakan pendidikan di Malaysia melalui perkembangan teknologi, ini dibuktikan apabila kewujudan banyak blog-blog yang berunsurkan pendidikan dan laman-laman web yang boleh dilayari oleh pelajar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.

Kesimpulan Daripada Skop Pendidikan untuk Masa Depan Rakyat Malaysia Malaysia adalah antara negara yang unik di dunia. Di Malaysia ada kaum Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, kadazan dan banyak lagi suku kaum. Di mata dunia, Malaysia kelihatan berjaya mewujudkan suasana harmoni walaupun terdapat pelbagai kaum dan agama. Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, antara sasarannya ialah untuk mewujudkan Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia meliputi Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Kadazan dan lain-lain suku kaum. Bangsa Malaysia tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana kaum. Di universiti, para mahasiswa bercampur sesama sendiri, Melayu, Cina dan India. Manakala mahasiswa dari Sabah dan Sarawak pula, sebagai minoriti, turut bergabung dengan mana-mana kaum seperti Melayu, Cina atau India. Di kolej kediaman, telah diatur mahasiswa Melayu tinggal sebilik bersama mahasiswa Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India. Manakala mereka dari Sabah atau Sarawak, jika Muslim, ditempatkan bersama mahasiswa Melayu. Jika bukan Muslim, mereka ditempatkan dengan mahasiwa Cina atau India. Tetapi tetap diletakkan dalam satu block atau asrama yang sama, berkongsi tandas dan berkonsi tempat makan yang sama, dan menggunakan padang bola, dewan aktiviti dan peralatan lain bersama-sama. Pembudaya ini harus ditingkatkan dan diteruskan apabila semua pelajar ini keluar ke alam perkerjaan maka satu hubungan yang erat dapat dibentuk antara pelbagai kaum di Malaysia seterusnya dapat mewujudkan budaya yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Dato Seri Najib Tun Razak melalui konsep Satu Malaysia.

UNSURUNSUR MALAYSIA

LAIN

YANG

MEMPENGARUHI

MASA

DEPAN

RAKYAT

Selain daripada faktor-faktor tersebut terdapat juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi masa depan rakyat Malaysia yang harus diteruskan, dikekalkan, diperbaikkan dan juga ada yang harus dilaksanakan. Kerajaan Namun begitu Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik sepeti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementerian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada perlaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politikia hamper sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan peritiwa kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, isu mahasiswa UM dan terbaru isu pengubahan Kuil Hindu di Selangor. Sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan ialah penubuhan sistem amaran konflik perkauman yang berpusat di Putrajaya. Kerajaan cuba untuk mengambil langkah adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada bercambah dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum.

Dasar Negara Negara lain Pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam membina perpaduan antara kaum agak berbeza dengan pendekatan yang diambil dan diamalkan di Negara-negara Barat. sesetengah pendapat mengatakan pendekatan tersebut adalah lebih rasional berbanding pendekatan yang diambil oleh Malaysia dan menganggapnya adalah satu tindakan yang songsang. Amerika dan beberapa Negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatupadukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi dan etnik dominan dalam Negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengah tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Seperti yang telah berlaku di Britain, dimana sama ada mereka bersetuju atau tidak, berlakunya proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland.

Peranan Pihak Swasta dan NGO Di Malaysia terdapat pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,Dewan Perniagaan Cina Malaysia Dewan Perniagaan India Malaysia. Ini boleh digunakan oleh NGO untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum disamping memahami permasalahan yang wujud dan jalan penyelesaiannya. Seperti NGO yang sering memainkan peranan merapatkan hubungan etnik semasa ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang sentiasa mengadakan seminarbagi menjelaskan kepentingan etnik dalam konteks Malaysia. Dana-dana sedia ada seperti intensive Research Priority Areas (IRPA) dan geran dari pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara merupakan penjana kepada pembangunan Negara dan rakyat pada masa depan. Mereka juga menyumbang dan memainkan peranan apabila menawarkan peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira golongan etnik. Kesannya apabila ekonomi Negara itu berkembang pesat disamping kestabilan politik ia mampu menarik minat pelaburuntuk memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Kesannya juga membawa juga kepada kenaikkan taraf hidup rakyat, keseimbangan jurang ekonomi dan mampu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

Para Pemimpin Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad antara sasarannya ialah untuk mewujudkan Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia meliputi Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Kadazan dan lain-lain suku kaum. Bangsa Malaysia tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana kaum. Tahun 1995, Tun Mahathir (mantan Perdana Menteri) dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menggagaskan pentadbiran kerajaan yang berpaksikan atas konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Beliau berpendapat rakyat Malaysia adalah satu keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya mahupun kepercayan. Tan Sri Muhyidin Yassin menyarankan agar selepas 50 tahun kita merdeka, kita boleh duduk semeja dengan bangsa lain dan melepaskan serta meluahkan apa yang terbuku di hati secara rasional, berhemah dan dengan saluran yang betul,agar penyelesaian yang mampu memberi maslahat kepada semua pihak dapat dicapai tanpa mendatangkan provokasi kepada mana-mana pihak. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini. Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Maka sudah tentulah murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India. Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil, Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini (Utusan Malaysia 1 Disember).

Rumah Terbuka Merupakan salah satu daripada aktiviti yang kerap dilakukan bagi membentuk persekitaran dan hubungan di Malaysia. Rumah terbuka diadakan oleh setiap rakyat di Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnil di Malaysia sering kunjung mengunjungike rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh semasa Hari Raya Aidilfitri,etnik Cina,india, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi kan mengunjungi rumah orang Melayu dan begitu juga bagi etnik lain. Ini dijernihkan lagi apabila etnik Cina misalnya berusaha mnyediakan makanan yang halal kepada orang Melayu apabila menjemput orang Melayu ke rumahnya sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, hal ini menunjukkan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India dan menyediakan sudu kepada etnik Cina. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat, memahami dan menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan intergrasi social dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.

Program Latihan Khidmat Negara Mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merankumi empat modul. Pertama Modul Fizikal merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan merantas desa, dan kembara hutan. Kedua Modul kenegaraan, ketiga Modul Pembinaan Karakter dan Modul Keempat ialah Modul Khidmat Komoniti seperti aktiviti gotong-royong membersih, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar. PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut trend yang diamalkan Negara lain.

You might also like