You are on page 1of 34

Edisi Khas (Jun 2012)

SIDANG REDAKSI

Ketua Editor Mariyam Abd Razak

Editor Kanan Mohammad Haziq Mohd Sis

Unit Pengisian Kerohanian Nazurah Saidi

Unit Ilustrasi dan Grafik Nur Hasyimah Abd Rahim Abdul Rahman Mohd Mahdi

Edisi Khas (Jun 2012)

Edisi Khas (Jun 2012)

Kenali JPM

bitarajpm.wordpress.com

BitaraJPM

Edisi Khas (Jun 2012)

Kenali JPM

Group Facebook JPM merupakan satu wadah yang utama bagi JPM dalam memberikan informasi kepada umum. Informasi yang sering dimuatkan pada group Facebook JPM adalah berkaitan aktiviti semasa JPM, gambar -gambar aktiviti yang telah dijalankan serta tazkirah ringkas.

BitaraJPM telah meng upload bulletin JPM iaitu Paradigm@JPM di Scribd.com bagi membolehkan para sahabat mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan isu-isu semasa dan aktiviti terkini JPM.

Blog BitaraJPM merupakan satu platform bagi BitaraJPM dalam menyebarkan dakwah dan memberikan tazkirah. Pada blog tersebut dimuatkan banyak artikel yang memberikan informasi umum berkaitan isu-isu semasa dan juga menempatkan link bulletin JPM iaitu paradigm@JPM.

JPM mempunyai satu platform dalam berdakwah melalui video dan ICT. Segala video berkaitan JPM telah pun dimuatkan di dalam Youtube.com melalui media JPM.

Edisi Khas (Jun 2012)

Edisi Khas (Jun 2012)

Ketua Editor Berbicara

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kudrah dan iradah dalam menyiapkan Paradigm@JPM Edisi Khas Jun 2012 ini. Selawat dan salam juga buat junjungan mulia, Rasulullah SAW atas usaha baginda yang tidak terkira. Sesungguhnya, kita telah memasuki Bulan Rejab lantas menghampiri Syaaban dan Ramadan. Bagi mendapatkan barakah di bulan-bulan yang punyai pelbagai kebaikan seharusnya kita mengambil kesempatan dalam meningkatkan amal soleh dan sentiasa mengenali peristiwaperistiwa yang wujud dalam bulan-bulan Islam. Pada kesempatan ini, BitaraJPM dan juga warga pimpinan JPM mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua penyumbang karya-karya yang sangat bermutu bagi diterbitkan di

dalam Paradigm@JPM Edisi Khas pada kali ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan selamat menghayati detik-detik yang indah ketika cuti semester yang berbaki ini. Gunakanlah masa itu dengan sebaiknya dan manfaatkanlah dengan amalan yang diredhai Ilahi. Akhir kalam, saya selaku Ketua Editor Paradigm@JPM Edisi Khas Jun 2012 mengharapkan anda semua dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh kami. Insya Allah Firdausi Aspirasi Kami !

Siti Mariyam Abd Razak

Ketua Editor Paradigm@JPM Naib Ketua Biro Tarbiyah dan Akademik (BitaraJPM) Jawatankuasa Penggerak Masjid UiTM Melaka

Edisi Khas (Jun 2012)

Edisi Khas (Jun 2012)

Selayang Pandang

Hijrah Pertama Dalam Islam Hijrah pertama adalah keberangkatan umat Islam ke Habsyah. Antara yang terlibat dalam hijrah ini adalah Saidina Uthman RA dan Isterinya Roqiah, anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

Israk dan Mikraj Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab.

Lahirnya Imam Syafie RH Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Pembebasan Baitul Maqdis Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Namun semasa pemerintahan Abbasiyah, tentera Salib telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya menawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.

Suber Dipetik dari Website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) http://www.jais.gov.my/

Edisi Khas (Jun 2012)

Selayang Pandang

Muharram Syawal Zulhijjah

Saffar

Rabiul Awwal

Ramdahan

Rabiul Akhir

Syaaban

Zulkaidah

Jamadil Awal

Rejab

Jamidul Akhir

Edisi Khas (Jun 2012)

Edisi Khas (Jun 2012)

Anjung JPM

PROGAM-PROGRAM JPM MENANTI SEMUA

Jawatankuasa Penggerak Masjid, JPM menerima khabaran baik dari pihak pentadbiran UiTM Melaka pada beberapa hari yang lalu kerana beberapa kertas kerja program bagi semester hadapan telah diluluskan. Antara program yang telah diluluskan oleh pihak pentadbiran adalah Malam Mesra JPM, Program Cakna Islam, Program Menyulam Kasih Mahabbah Ilahi, Malam Diskusi Ilmu, Lawatan Merungkai Tamadun, dan Majlis Khatam Al-Quran serta Berbuka Perdana. Penghantaran kertas kerja program-program tersebut telah dihantar pada semester yag lalu, NovApril 2012. Beberapa orang ketua projek telah ditetapkan bagi mengelola program tersebut bagi pihak JPM. Antara Ketua Projek yang telah dlantik adalah Malam Mesra JPM-Khambaley Sairi, Program Cakna Islam-Nur Hasyimah Abd Rahim, Program Menyulam Kasih Mahabbah Ilahi-Muhammad Rubaie Abd Rahim, Malam Diskusi Ilmu-Siti Mariyam Abd Razak, Lawatan Merungkai Tamadun-Muhammad Hazim, dan

Majlis Khatam Al-quran/ Perdana-Mohammad Zarif Nordin.

Berbuka

Bagi makluman umum, Malam Mesra JPM adalah malam pengenalan JPM bagi semua pelajar baru UiTM Melaka. Program Cakna Islam pula adalah berbentuk ceramah bersiri dan berkonsepkan hari-hari Kebesaran Islam seperti Ramadhan Karim, Program Menyulam Kasih Mahabbah Ilahi pula merupakan lawatan ke rumah anak yatim, manakala Malam Diskusi Ilmu adalah program mingguan yang berbentuk study circle, Sehubungan itu, JPM sangat komited dalam merancang dan melaksanakan program-program yang akan memberi manfaat kepada umum. Programprogram yang dirancang oleh JPM adalah bertepatan dengan keperluan dakwah semasa. Maka, JPM mengharapkan agar sahabat semua akan bersama-sama JPM dalam menyokong dan mendokong program-program anjuran JPM.

10

Edisi Khas (Jun 2012)

Anjung JPM

PROGRAM CAKNA ISLAM DITERUSKAN LAGI

Poster Program Cakna Islam (PCI) pada semester yang lalu

Alhamdulillah, Program Cakna Islam (PCI) akan diteruskan lagi bagi semester akan datang. PCI yang merupakan program yang berbentuk dakwah umum masih lagi diteruskan oleh Jawatankuasa Penggerak Masjid bagi memupuk kesedaaran dan memberi kefahaman yang lebih tentang Islam kepada warga UiTM Melaka. Program tersebut berkonsepkan ceramah bersiri dan mula diperkenalkan pada semester lalu atas inisiatif Penasihat JPM iaitu Ustazah Kalthom binti Mohd Khalid. PCI yang menjadi program kelolaan JPM tersebut mendapat sambutan yang menggalakkkan pada semester lalu. Hal ini sekaligus menjadi factor pemangkin bagi JPM khususnya BitaraJPM meneruskan lagi PCI bagi semester ini, JunOkt 2012.

Selain itu, PCI pada kali ini bakal berlangsung sebanyak 3 siri dan tajuk-tajuk yang dipilh adalah bertemakan Hari-Hari Kebesaran Islam. Tema PCI pada kali ini pula sedikit berbeza dari semester yang lalu iaitu Kepimpinan dalam Islam. Sehubungan itu, JPM mengalu-alikan kedatangan anda semua di program-program yang bakal diadakan nanti. JPM juga berharap para sahabat akan terus bersama-sama JPM dalam usaha dakwah ini. Sesungguhnya, Allah Taala berfirman agar kita bertolong-tolongan dalam melakukan kebaikan dan tidak pula bertolong-tolongan dalam melakukan kemungkaran. Ayuh bersama menyokong dan mendokong dakwah Islamiyah !

11

Edisi Khas (Jun 2012)

12

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat

Bidayatul Hidayah

Bermula ilmu yang bermanfaat itu apabila ianya Menambah TAKUT kepada Allah SWT. Menambah pula dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu. Keterangan : Hati kita boleh merenung diri sendiri tentang kecelaan, kekurangan, aib kita sendiri. Kita boleh pandang diri kita, kelemahan-kelemahan yang ada pada kita. Menambah pula dalam pengamalanmu dalam ibadat kepada tuhanmu yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Keterangan : Menambah kenal kita, menambah ilmu untuk beribadat kepada Allah.

Mengurangkan gemarmu terhadap dunia dan menambah gemarmu kepada akhirat. Keterangan : Mengurangkan kita sibuk dengan dunia ini, mengurangkan terlalu cintakan dunia ini, tapi menambah gemar pada akhirat. Membuka akan mata hatimu dengan yang membinasakan akan ilmu hingga kau peliharakan daripadanya. Keterangan : Membuka pintu hati kita ini tentang kecuaian amalan kita, kecuaian, kekurangan, kelemahan, kelalaian kita sehingga dapat dipelihara. Jangan buat lagi. Melihatkan akan dikau atasnya tipu daya syaitan dan perdayanya. Keterangan syaitan. : Dapat mengetahui tipu daya

13

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?" Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!" Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?" "Belajar sungguh-sungguh!" "Jaga hati!" "Pakai topi keledar!'' Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan

kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima." Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

14

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat

Duhai Umar

Duhai Umar Daku melihat dikau bersemayam dibawah pohon kurma Hakikattnya dikau mampu punyai singgahsana Daku mendengar dikau menggunakan keldai untuk sampai ke Baitulmaqdis Hakikatnya dikau mampu punyai kuda tunggangan yg gagah perkasa untuk sampai ke Baitulmaqdis Daku mendengar dikau alas kain berlipat dua sahaja ketika tidurmu Hakikatnya dikau mampu punyai kain tebal bagi menyelimuti tubuhmu Daku mendengar dikau makan roti yang keras sebagai hidanganmu Hakikatnya dikau mampu menikmati daging panngang sebagai hidanganmu

Daku mendengar dikau berjalan untuk memenuhi keperluan rakyatmu di malam hari Hakikatnya dikau patut tidur kerana penat menguruskan negara di siang hari Daku mendengar dikau memikul gandum untuk kesenangan rakyatmu Hakikatnya dikau punyai pembantu yg patut membantumu Daku mendengar dikau melarang sebiji buah diberikan pada anakmu Hakikatnya engkaulah penguasa ladang-ladang di dalam negerimu Daku mendengar anakmu bertanya mengapa kehidupan sebegini yg kau pilih dikau mejawab bagaimana harus ku memilih kerana inilah kehidupan yg dipilih oleh Insan terpilih daku takkan melebihi cara kehidupan insan terpilih

15

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat

Lafaz Cinta Buat Yang Agung

Ya Allah Ya Tuhanku, Merangkap Kekasih Hatiku yang Teragung, Pemilik cintaku dan cinta makhluk ciptaanMu Pemilik Nyawaku ciptaanMu dan nyawa makhluk

Aku tidak sanggup tanpa kehadiranmu Ya Allah ingin sekali mulutku ini berbicara denganMu Ya Allah, Tapi aku sedar siapalah aku, tapi ya Allah daku juga seperti para kekasihmu yang lain yang turut mendamba cintaMu, Maka izinkanlah jua kiranya aku mendapat kasih sayang rindu serta cinta dariMu Ya Allah Jangan sesekali Kau pergi meninggalkan aku seperti manusia lain yang telah pergi meninggalkanku Ya Allah, aku tahu engkau sentiasa dekat dengan aku, Kau mendengar apa yang aku katakan dalam hati Tidak sia-sia cintaMu dan hampa dalam mengecap

Ya Allah, aku sangat merindui diriMu Ya Allah Kekasihku Walaupun dirimu tidak dapatku pandang dengan mata Tapi Kau tetap hadir di setiap denyut jantungku dan nafasku Kau sentiasa ada dan hampir dengan melebihi urat sarafku sendiri Ku

Dan kau menyayangi diriku melebihi kasihnya seorang ibu bapa kepada anaknya Walaupun semua manusia di dunia ini jauh meninggalkan aku, tapi Ya Allah jangan kau pergi juga seperti mereka

Ya Allah aku bersyukur memiliki Engkau Ya Allah

16

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat

Tangisan al-Quran

Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku Namun mereka terus juga meyimpanku Dan kadang-kadang mencium aku Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku Sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama aku Di atas rak-rak mereka menyimpan aku sehingga tiba pada perayaan atau sengketa yang lain bila mereka kembali memerlukanku lagi Ya! Mereka membaca dan menghafalku tapi sebagai perhiasan sajalah aku ini tidak lebih dari itu Perutusan dan peringatan daripadaNya yang kubawa tetap tersembunyi tetap terbiar khazanahNya yang ku bawa tidak juga mereka sentuh

Arenaku tetap terbentang gersang dan tandus di mana dulunya menyemarak kegemilangan keagungan Perlakuan mereka padaku memang biadab begitu banyak yang boleh kuberi tapi tiada siapa yang sudi menerimanya...

17

Edisi Khas (Jun 2012)

Karya Sahabat
rakan, taulan, kawan dan seumpamanya.
Firman Allah SWT dari Surah As-Saffat:51 bermaksud : Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang cuba menyesatkan aku)

Q A R I N

Iblis atau syaitan atau sekutunya (Jin) yang menjalankan tugas tetap bagi menyesatkan manusia ke jurang kebinasaan.
Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 : (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong)

Hadis dari Abdullah bin Mas'ud - Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak ada seorangpun di antara kamu semua yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)".

Para sahabat bertanya; "Termasukkah engkau wahai Rasulullah ?, "Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku memasuki Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik". Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

18

Edisi Khas (Jun 2012)

19

Edisi Khas (Jun 2012)

Bicara Motivasi

Tips Pengurusan Masa

1. Kenalpasti beberapa aktiviti yang mencuri masa anda. Ini dapat dilakukan dengan mengira masa yang anda peruntukkan untuk membuka email, membaca email, melayari internet, dan berborak telefon, berSMS. Selepas anda tahu berapa lama masa yang digunakan untuk aktiviti ini, selidik perkara tersebut adakah ianya bermanfaat. Saya percaya masa anda peruntukkan untuk aktiviti ini juga akan berkurangan. 2. Mula meletakkan beberapa matlamat harian. Walaupun matlamat kecil, letakkannya juga. Contohnya memperuntukkan masa yang singkat sahaja untuk membaca email, membasuh baju, ataupun membaca surat khabar. 3. Mula merancang jadual pengurusan masa anda. Mula membuat jadual pengurusan anda. Dengan demikian anda akan tahu ke mana masa itu diperuntukkan. Mula melakukan dengan membuat jadual ringkas dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Contohnya seperti atas meja makan, ataupun di hadapan peti sejuk.

4. Luangkan sedikit masa untuk melihat senarai list perkara yang perlu dilakukan anda pada setiap pagi. Untuk mengamal teknik ini, terlebih dahulu senaraikan perkara yang akan dilakukan sebelum itu. Seeloknya pada malam sebelumnya atau jika tiada masa anda boleh melakukannya pada awal pagi keesokkannya. Kemudian mula meletakkan kepentingannya mengikut turutan. Kemudian, mula melakukan perkara tersebut. Jadikan ini tabiat anda setiap hari. Lakukan selama 21 hari supaya ianya menjadi tabiat anda.

5. Pecahkan tugasan utama anda kepada beberapa tugasan kecil. Tugasan besar memerlukan banyak langkah dalam menyelesaikannya. Namun begitu, sebaliknya untuk tugasan kecil. Tugasan kecil hanya memerlukan sedikit langkah ataupun selangkah sahaja. Dengan memecahkan matlamat besar anda kepada beberapa matlamat kecil. Dengan membuat demikian anda dapat memudahkan tugasan utama anda. Selain itu, ia dapat meningkatkan motivasi anda kerana kepuasan menyiapkan tugasan kecil tersebut.

20

Edisi Khas (Jun 2012)

Bicara Motivasi

Tips Pengurusan Stress

1) Tadabbur al-Quran: Al-Quran merupakan cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit samada hati atau fizikal. Ia merupakan rahmat untuk sekalian alam. Dengan mentadabbur al-Quran yakni memahami, mendalami dan 4) mententeramkan fikiran, hati dan jasmani. Allah SWT telah berfirman dalam surah yunus, ayat 57: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang dari kamu atau ucapan terima kasih. Tawakkal: Berserah diri, menyerahkan natijah sesuatu perkara kepada Allah SWT setelah berusaha sedaya upaya, percaya kepada segala janjiNya. Ketika berjaya dia mengucapkan istighfar dan ketika gagal dia mengucapkan tahmid. Al-Imran, ayat 173: Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) ketika mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).

2) Banyakkan Sedeqah: Iaitu memberikan sedeqah semata-mata kerana Allah SWT. Salah satu perkara yang menyebabkan jiwa tidak tenang kerana harta. Harta adalah kurniaan Allah. Orang yang bakhil dan 5) Husnu Dzon kepada Allah SWT: Iaitu berbicara dan kikir disempitkan oleh Allah SWT hati dan akhlaknya berkata dengan positif dan penuh pengharapan kepada kerana mereka bakhil dengan kurniaan Allah SWT Allah SWT. Ini kerana setiap lafaz yang diucapkan itu kepadanya. Firman Allah SWT adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah SWT. dalam surah al-Baqarah, ayat 245: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. 3) B a n y a k k a n Syukur kepada Allah SWT: Berterima kasih kepada Allah SWT dan jangan sekali-kali jangan mencari balasan atau mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain kepada kita. Surah al-Insan, ayat 9: S e s u n g g u h n y a a k u a d a l a h sebagaimana sangkaan hambaKu.

Al-Araf, ayat 194: Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

21

Edisi Khas (Jun 2012)

22

Edisi Khas (Jun 2012)

Bicara Ilmu

Mengenang Mujahid Intelektual Islam Kontemporari

Pada 27 Mei 1986, dalam waktu dinihari bulan Ramadan al-Mubarak, Prof Dr Ismail Faruqi dan isteri, Lois Lamya al-Faruqi dibunuh dengan kejam setelah ditikam bertalu-talu oleh seorang lelaki misteri. Anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat, itu pun terpaksa dirawat dengan lebih 200 jahitan juga akibat tikaman si-penjenayah yang tidak berhati perut itu. Kejadian dalam banglo kediamannya di Wyncote, Pennsylvania, Amerika Syarikat itu amat tragis kepada seluruh umat Islam termasuk pengikut beliau, sebahagian besar adalah anak murid beliau yang diasuh di Universiti Temple, Philadephia. Semuanya bungkam, terkejut, kecewa dan bersedih. Ismail Ragi al-Faruqi adalah professor Pengajian Islam, khususnya dalam disiplin perbandingan agama, satu cabang kepakaran khusus yang amat diperlukan dalam mempertahankan maruah dan wibawa Islam dan ummah. Kepakaran itu amat diperlukan dalam suasana hari ini ketika umat Islam menghadapi pelbagai cabaran globalisasi selain dilabelkan sebagai agama yang menganjurkan keganasan. Sebahagian besar hayatnya, sarjana dan ulama kelahiran Jaffa, Palestin ini mengabdikan diri dalam usaha memartabatkan ilmu-ilmu Islam atau lebih terkenal sebagai Islamisasi Ilmu. Dakwah beliau ialah menerusi gerakan jihad intelektual, satu gerakan keilmuan yang

mengajak umat Islam agar giat mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Khazanah warisan keilmuan I s l am dimanfaatkan dan disepadukan dengan ilmu-ilmu moden bagi menzahirkan satu sintesis ilmu yang begitu berharga. Ia adalah gabungan antara ilmu-ilmu wahyu dan ilmu-ilmu akli. Fokus itulah yang menatijahkan beliau bersama-sama rakan sarjana seperti Sheikh Taha Jabir Al-Alwani dan Dr Abdul Hamid Abu Sulayman menubuhkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), berpusat di Washington DC. Usaha kesarjanaan dan kecendekiawannya amat progresif sehingga beliau menulis kira-kira 25 buah judul buku dan beratus-ratus makalah berkaitan pemikiran Islam, tamadun dan perbandingan agama. Beberapa daripada judul karya beliau terus menjadi rujukan sehingga sekarang termasuklah Islamization of Knowledge (1982), Tawhid: Its Implications For Thought and Life ((1982), The Cultural Atlas of Islam (1986) dan Islam and The Problem of Israel (1980). Sebahagian daripada karya monumental seperti Islamization of Knowledge and The Cultural Atlas of Islam sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

Edisi Khas (Jun 2012)

Bicara Ilmu
Faruqi pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Universiti Amerika di Beirut, Lebanon, Universiti Harvard, Amerika Syarikat manakala ijazah kedokotorannya diraih dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat dalam tahun 1952. Beliau berpengalaman luas berkhidmat di beberapa universiti di Timur Tengah dan beberapa universiti di Amerika Utara termasuk Universiti McGill, Montreal, Kanada. Beliau juga pernah bertugas sebagai profesor Pengajian Islam di Institut Penyelidikan Islam Karachi, Pakistan. Namun tugas kesarjanaan tidak menghalang beliau untuk menubuhkan Kumpulan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Agama di Amerika dan menjadi pengerusi untuk tempoh 10 tahun selain menyumbang perkhidmatan sebagai Naib Presiden Kolokium Keamanan Antara-Agama. Pandangan sarwa Islam yang diketengahkan beliau menggabungkan kebenaran wahyu Illahi di samping kekuatan dalil rasional dan hujah saintifik. Menjelang penghujung karier dan hayatnya, Faruqi memberi penekanan yang lebih radikal terhadap gagasan Islamisasi Ilmu. Pandangan beliau adalah jelas, iaitu krisis dunia moden hari ini adalah krisis ilmu pengetahuan. Manakala kaedah bagi merawat krisis ini tidak lain dan tidak bukan adalah melalui satu sintesis baru ilmu pengetahuan menggunakan kerangka epistemologi Islam. Baginya, Islamisasi Ilmu adalah satu seruan agar orang Islam menjadi peserta intelektual yang aktif dan memberikan sumbangan untuk memajukan ummah. Bagaimanapun, wadah IIIT yang diasaskannya dilihat hanya memberi tumpuan terhadap disiplin ilmu-ilmu sains sosial, sebaliknya mengabaikan ilmu-ilmu sains tabie. Penglibatan dan sumbangan Faruqi bersama rakan cendekiawan seangkatannya sebahagiannya telah dapat dilihat pada hari ini. Sumbangan dan iltizam dalam aktiviti kesarjanaan beliau secara serius adalah pemangkin yang mempercepatkan proses Islamisasi khususnya dalam dunia intelektual. Di Malaysia, Faruqi mempunyai puluhan anak didik yang pernah menuntut di Amerika Syarikat. Antaranya termasuklah Prof Salleh Yaapar dan isteri, Dr Fatimah Ali, Prof Dr Osman Bakar, Dr Mohamad Nur Manuty, dan Dr Faisal Osman.

Tetapi ramai lagi yang berguru melalui pendedahan dengan membaca karya-karya beliau sekali gus terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran beliau. Dalam suasana gawat yang dihadapi umat Islam hari ini, Faruqi berpandangan bahawa dunia Islam sedang menghadapi ketandusan intelektual dan tekanan politik manakala dunia Barat pula mementingkan kebendaan, bersikap permisif dan yang lebih dahsyat dunia Barat amat anti-Islam. Pandangan beliau itu nyata masih tepat dan relevan. Justeru umat Islam sendiri mestilah mengambil peranan proaktif, kembali menerajui kepimpinan intelektual dan mengukuhkan perpaduan ummah.

24

Edisi Khas (Jun 2012)

25

Edisi Khas (Jun 2012)

Cerdas dan Cergas

Kelebihan Habbatus Sauda

Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat. Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda. Habbatus sauda mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda. Habbatus sauda mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi. Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser. Habbatus sauda juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.

26

Edisi Khas (Jun 2012)

Cerdas dan Cergas

Madu dan khasiat disebaliknya

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; "Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar -benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit -birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh

Kelebihan Madu Lebah Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria. Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia phytochemicals seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida. Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.

27

Edisi Khas (Jun 2012)

28

Edisi Khas (Jun 2012)

Dapur dan Kuali

Chicken Chop

Untuk hidangan 2 Orang :

Cara memasak ayam


1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung. 2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata 2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit. 3. celupkan ayam tadi ke dalam telur. 4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata. 5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Bahan-Bahannya : 2 peha ayam (buang tulang @ debone) 1 biji telur Sedikit lada sulah (black pepper) 10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan) sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam)

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce) Bahan-bahannya : 1 botol sos lada hitam 2 sudu tepung jagung 1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa) 1/2 biji bawang besar (potong dadu) 2 ulas bawang putih (potong dadu) sedikit minyak masak untuk tumis Sedikit garam dan gula secukup rasa Cara membuat sos : 1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau. 2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali. 3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas. 4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. 5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan. 6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos. 7. garam dan gula secukup rasa. 8. hidangkan.

29

Edisi Khas (Jun 2012)

Dapur dan Kuali

Resepi Ikan Siakap Masam Manis

Bahan-bahanya 1 ekor ikan siakap 2 sudu besar cili kisar 3 biji bawang merah ( ros ganti dgn 1\4 biji bawang besar) 2 ulas bawang putih 2 sudu besar sos cili manis thai ( kalau takde boleh ganti dengan sos cili maggi je) 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil gula 1/4 batang timun 1/4 batang carrot 1/2 biji tomato 2 sudu kecil jus lemon sedikit hirisan bawang besar 1/2 inci halia saiz besar ( saya tambah )

Cara-caranya 1. Tumbuk halus atau blender halia, bawang merah dan bawang putih, kemudian potong dadu kecil timun, carrot, tomato dan bawang besar. 2. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit, dan salut kan ikan dengan tepung jagung atau tepung katakuriko ( tepung kentang), goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, ketepikan. 3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan jus lemon, sos cili manis thai dan sos tomato. 4. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali masukkan sayuran, timun, carrot, tomato dan bawang besar, masak sehingga sayuran tadi agak layu, angkat dan curahkan di atas ikan yang siap digoreng tadi, sedia dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

30

Edisi Khas (Jun 2012)

Dapur dan Kuali

Peach Cobbler

BAHAN-BAHAN

CARA-CARANYA 1. cairkan mentega didalam oven dengan suhu 190 drjh celcius. gunakan bekas kaserol 13x9x2cm.

secawan tepung gandum secawan gula halus satu kecil setengah sudu soda bikarb0nat

2. adun tepung, gula, sodabikarbonat, didalam bekas berasingan 3. masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga
tidak berketul-ketul. cara1: -tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega cair -siramkan jus peach ke atas adunan -susun peach diatas adunan -taburkan serbuk kayu manis dan gula cara2: -susunkan peach di atas mentega cair didalam bekas kaserol -tuangkan adunan keatas peach

250g mentega secawan susu segar (susu sejat pun boleh gak) setin buah peach sesudu kecil serbuk kayu manis 1 sudu gula besar

4. bakar didalam oven pada suhu 175-190 drjh selsius selama


45 minit-sejam atau hingga menjadi perang keemasan.

31

Edisi Khas (Jun 2012)

32

You might also like