You are on page 1of 5

http://myais.fsktm.um.edu.my/7541/1/68-84_Dr._Ali.pdf Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia PENGENALAN.

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu. Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas. Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia. i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaumkaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu. ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.

iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

PEMBE NTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU


Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malkaysia dengan berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh masyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu pra-Islam. Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta Melayu mulai berubah dari fahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh sistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat, manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sbagai tempat atau alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia menjalan nsegala urusan untuk kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan difahami dan diamalkan oleh orang Melayu. Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah memahami bahawa hidup mereka.tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid atau kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayu memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnya sebagai tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain sepertimana dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya. Pada asanya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan semesta dan prinsip tamadun berasakan wahyu seperti berikut: i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii.Islam

adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi

segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insane muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, muasyarat, akhlak dan ihsan.
iii.Keyakinan

kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya

pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya. iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.

v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain. vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39) Berdasarkan prinsip dan asas di atas, tampak bahawa umat Melayu meletakkan agama Islam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam pembinaan dan pembentukan tamadun Melayu Islam dari era awal islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama islamlah yang telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalam satu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan Islam itu sendiri.

SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, JohorRia, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33). Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negerinegeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (skarang ini system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59). Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam Perlembagaan persekutuan Malaysia.

Sistem perundangan
Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang- undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir, 2005:68).
http://ummatanwasatan.net/2009/04/islam-dan-politik-melayu-islam-ii/

You might also like