You are on page 1of 6

BANGGA TERHADAP SEKOLAH Pengenalan 1. Sekolah kita merupakan tempat kita mendapat ilmu dan mengenali rakan-rakan.

Oleh itu kita perluberbangga dengan sekolah kita. 2. Bagaimanakah cara kita menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap sekolah kita?Antara cara-caranya: (a) mengetahui sejarah dan identiti sekolah; (b) mematuhi peraturan sekolah; (c) mewujudkan semangat berpasukan; (d) mewujudkan budaya sekolah positif.

Mengetahui sejarah dan Mengenali Identiti Sekolah 1. Kita perlulah mengetahui sejarah sekolah.Antara perkara yang kita perlu tahu termasuklah: (a) tahun ditubuhkan; (b) latar belakang sekolah; (c) peristiwa penting; (d) kejayaan sekolah dan sebagainya. 2. Selain itu kita juga perlu mengenali identiti sekolah.Contoh identiti sekolah termasuklah: (a) lagu sekolah; (b) visi sekolah; (c) lambang sekolah; (d) bendera sekolah dan sebagainya.

3. Adakah menjadi tanggungjawab setiap murid mengenali identiti sekolah mereka supaya mereka akanberasa bangga terhadap sekolah mereka. 4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakanmisi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

Mematuhi Peraturan Sekolah 1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid. 2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangisekolah kita. 3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah 4. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dirujuk pada pihak yang bertanggungjawab menjaga disiplin. 5. Setiap guru adalah merupakan guru disiplin, meskipun terdapat guru yang khusus menjaga disiplin murid. 6. Kepentingan mematuhi peraturan sekolah: (a) mendisiplinkan pelajar; (b) memelihara imej baik sekolah; (c) pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa; (d) menjamin keselamatan murid dan seluruh warga sekolah; (e) mewujudkan keharmonian di sekolah.

Mewujudkan Semangat Berpasukan

1. Semangat berpasukan adalah kerjasama yang dibentuk dalam sesuatu pasukan. 2. Untuk menjayakan aktiviti sekolah, kerjasama seluruh warga sekolah amatlah diperlukan. 3. Oleh itu amatlah penting setiap murid memupuk semangat berpasukan dalam diri. 4. Faedah semangat berpasukan antara para pelajar: (a) memudahkan perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah, (b) mewujudkan hubungan baik antara pelajar sesama pelajar, dan antara pelajar dengan guru serta wargasekolah yang lain; (c) memupuk perpaduan dan menjamin kejayaan sesebuah pasukan.

Budaya Sekolah 1. Budaya sekolah ialah sesuatu perlakuan yang menjadi kelaziman di sesebuah sekolah. 2. Antara contoh budaya sekolah ialah: (a) budaya sekolah daiam taman; (b) budaya sekolah berdisiplin; (c) budaya sekolah penyayang; (d) budaya sekolah cemerlang kokurikulum, dan sebagainya. 3. Sumbangan tenaga seluruh warga sekolah sama ada dari segi tenaga atau idea amatlah penting untukmenghidupkan budaya sekolah positif yang diimpikan.

PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH Pengenalan

1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakan tanggungjawab setiap pelajar. 2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolah termasuklah: (a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif; (b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah; (c) Mewujudkan keceriaan sekolah.

Menampilkan Sahsiah dan Imej yang Positif 1. Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yang positif akan memberikan imej yang baikkepada sekolah. 2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif: (a) berdisiplin iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal ke sekolah, tidakponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya; (b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru, rakan-rakan, dankakitangan sekolah, (c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah; (d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya. 3. Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif:(a) dapat belajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajar yang tidakberdisiplin; (b) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid; (c) dapat memupuk budaya penyayang; (d) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.

Melibatkan Diri dalam Pelbagai Aktiviti Sekolah

1. Aktiviti sekolah adalah program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan pelajar,dan sekolah.2. Cara-cara menjayakan aktiviti di sekolah. Contohnya: (a)Hari Sukan: i. melibatkan diri dalam cara sukan ii. membantu menghias rumah sukan iii. bersorak kepada peserta untuk memberikan sokongan (b) Hari Guru i. melibatkan diri dalam acara persembahan ii. membantu menghias pentas iii. datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan. 3. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah banyak faedahnya. Antaranya: (a) melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing; (b) memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar; (c) dapat mengasah bakat dan potensi diri; (d) merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan; (e) menanamkan sikap bangga terhadap sekolah.

Mewujudkan Keceriaan Sekolah 1. Sekolah yang bersih dan ceria akan memberikan imej yang baik kepada sekolah. 2. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar agar menjaga kebersihan dan keceriaansekolah. 3. Antara cara-cara mewujudkan keceriaan sekolah: (a) tidak membuang sampah merata; (b) menjaga kemudahan sekolah dengan baik;

(c) tidak melakukan vandalisme dan sebagainya; (d) membantu mengecat sekolah; (e) melukis mural di dinding sekolah.

You might also like