You are on page 1of 59

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBME 3203 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 5 & 6

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

730809015042002 0125195504 masamin7372@gmail.com

730809015042

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBME 3203

1.0

Pengenalan Kebelakangan ini tingkah laku dan isu salah laku murid menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat umum. Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggung jawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggita masyarakat yang berpendidikan moden,sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Masalah salah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah.. Kanak-kanak yang menghadapi masalah salah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan pelajarannya,keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohammad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behavior Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam pelbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. 2

HBME 3203

2.0

Isu salah laku murid. Menurut Unit Disiplin Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 mendapati terdapat 53 jenis salah laku yang membabitkan pelajar sekolah. Terdapat sebanyak 4,035,876 kes salah laku berlaku di sekolah rendah dan menengah. Salah laku boleh dibahagikan kepada sembilan kategori utama iaitu: i. Jenayah - berjudi,melawan guru dan pengawas, peras ugut, kongsi gelap, penyalahgunaan ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. 2.1 dan pengedaran dadah, memiliki senjata, mencabul kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, tunjuk perasaan dan bertaruh. Kekemasan diri berambut dan berkuku panjang, berjanggut dan berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah. Ponteng tidak hadir ke kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan. Kurang sopan kasar dan berbahasa kesat kepada guru, pengawas dan pelajar lain. Mengabaikan masa berkeliaran dan datang lewat perhimpunan. Merosakkan harta melibatkan harta sekolah, kantin, guru dan pelajar-pelajar lain. Tidak jujur - menipu (membabitkan wang) dan tidak amanah. Lain-lain menyimpan, menghisap rokok dan mengganggu kelas. Salah laku Merosakkan Harta Benda (Vandalisme) Menurut Kamus Dewan, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan dan memusnahkan kemudahan awam. Salah laku vandalisme ini ialah suatu kegiatan yang dianggap serius dalam kalangan murid sekolah kita. Murid-murid yang melakukan kesalahan ini berasa bangga dan terdorong melakukannya demi untuk menunjukkan kepada rakan mereka bahawa merekalah yang mempunyai kuasa serta kekuatan. Terdapat beberapa kategori salah laku vandalisme ini, seperti: Merosakkan meja dan kerusi Merosakkan tandas. Menconteng dinding dama ada di tandas ataupun tempat lain. Memecahkan singki Memecahkan pintu dan tingkap. 3

HBME 3203

Merosakkan kemudahan telefon awam di sekolah. Merosakkan bekas simbahan air di tandas. Dan lain-lain kegiatan yang dianggap merosakkan atau memberikan kesan kepada pengguna lain untuk menggunakan alatan tersebut. Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-

kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan. Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah. Maka mereka bertindak merosakkan apa sahaja benda yang terdapat di sekolah. 3.0 Pembaikan Isu Salah laku Murid Selepas mencapai kemerdekaan selama lebih dari setengah abad, pencapaian negara dari sudut pembangunan dan pemodenan amat ketara dan agak setanding dengan beberapa buah negara membangun di dunia. Namun begitu, pada zaman ledakan teknologi maklumat yang penuh pancaroba ini,gejala vandalisme membawa impak negatif yang serius yang boleh mencemarkan imej negara di persada antarabangsa. Untuk itu, sebagai negara yang sedang mengorak langkah ke gerbang globalisasi, kita perlu melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif untuk membenteras gejala yang kian menular ini, sebelum menjadi wabak yang parah. 3.1 Peranan ibu bapa Dalam konteks ini, ibu bapalah yang harus memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka mahupun tempat lain.Selain itu,mereka juga harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak ini. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dengan vandalisme, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Halnya termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anakanak mereka.Tindakan ini memang sesuai dengan pepatah orang tua-tua, 4

HBME 3203

Sayangkan anak,tangan-tangankan. Dalam usaha memburu kejayaan dan mengumpulkan kejayaan, ibu bapa tidak wajar melupakan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berbudi luhur dan berdisiplin. Ibu bapa yang sedar akan tanggungjawab mereka itu perlu memastikan bahawa anak-anak akan menjauhi kancah sosial, seperti vandalisme. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang sempurna kerana insan yang bertakwa kepada Tuhan akan menjauhi aktiviti yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Didikan sebegini sewajarnya diberikan sejak zaman kanakkanak umpama melentur buluh biar dari rebung. 3.2 Peranan Masyarakat. Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap menjaga harta benda awam. Terangkan kepada generasi muda apakah perasaan mereka apabila barang-barang mereka diconteng atau dikoyakkanoleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.Di samping itu, masyarakat juga tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme menjalar dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan,merosakkan telefon awam,buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang terlibat dalam salah saku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak tanduk anak-anak mereka.

3.3

Peranan Sekolah.

HBME 3203

Di peringkat sekolah, keburukan gejala sosial seperti vandalisme perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, setiap pelajar akan menyuburkan perasaan kasih sayang mereka kepada tanah air. Setiap warganegara Malaysia yang patriotik pastinya tidak akan melakukan apaapa sahaja perbuatan yang akan mencacatkan imej negara tercinta.Pihak sekolah juga patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam. Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dalam membendung salah laku pelajar. Pelaksanaan dan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah 1959) khususnya terhadap tatacara hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin sekolah. Nasihat dan bimbingan sentiasa diberikan agar tindakan yang dibuat adalah betul dan tidak mendatangkan ketidakpuasan kepada pihak awam khususnya ibubapa. Ini termasuklah pemantauan Pekeliling-pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan KPM dari masa ke semasa. Pihak sekolah juga sering melaksanakan program JatiDiri kepada murid yang telah dikenakan tindakan sekolah khususnya kepada murid yang telah dikenakan tindakan buang dan gantung persekolahan serta murid yang telah melakukan kesalahan berat yang lain. Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja. Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jatidiri, berilmu, beramal. Guru-guru menerapkan nilai murni dalam pengajaran di dalam kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman yang setimpal terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam wak tu yang sama aktiviti kempen, pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan lebih kerap.cara lain ialah pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang bermasalah untuk berjumpa dengan guru kaunseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan kehendak mereka.Guru kaunseling boleh dijadikan teman sejati atau pembimbang kepada pelajar.Guru kaunseliling juga boleh diibaratkan sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin mereka keluar daripada kegelapan.

3.4

Peranan Kerajaan. 6

HBME 3203

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak kerajaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme (1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda memebabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli belah).Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan Selain itu juga,pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara kita ini. Kerajaan juga perlu mengadakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sedah pasti gejala vandalisme ini akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. 3.5 Peranan Media massa. Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya. 4.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 5. Tahun : 5 Satria 7

HBME 3203

Masa Bidang Pembelajaran Nilai Moral Tajuk Pengetahuan Sedia Ada

: 60 minit : Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Masyarakat : 3.3 Semangat Bermasyarakat :Hindari Vandalisme : Murid pernah mendengar dan menonton rancangan yang berkaitan dengan vandalisme dan pernah melihat sendiri

Kandungan Akademik :Kemudahan Awam Diguna Bersama.

Hasil Pembelajaran

: Di akhir pembelajaran,murid dapat: a) Menyenaraikan aktiviti-aktiviti vandalisme. b) Menyatakan kesan-kesan vandalisme. c) Menyatakan tidak akan melakukan vandalisme.

Penyerapan Ilmu Strategi Pengajaran BBM

: Pendidikan Kesihatan :Soal-jawab,perbincangan kumpulan, pembelajaran kumpulan, sumbangsaran :Video vandalisme-You Tube, Gambar Tunggal, Borang Pengurusan Grafik, Kertas Sebak.

Isi Pelajaran 2 helai baju -1 baju bersih -1 baju kotor(penuh contengan) Soalan guru: 1. Baju manakah yang lebih cantik? 2. Kenapa baju A lebih cantik? 3. Adakah anda malu bila memakai baju B? 4. Bagaimana jika kemudahan awam yang penuh

Aktiviti Pengajaran&Pembelajaran Set Induksi baju kepada murid. 2. Guru minta murid membuat perbandingan di antara 2 baju. 3. Guru minta murid memilih di antara baju tersebut yang mana 4. Guru lebih cantik dan menjadi pilihan. membuat catatan setiap jawapan murid di papan tulis. 5. Guru mengaitkan dengan pelajaran 8 hari ini iaitu

Catatan Strategi soal jawab BBM 2 helai baju Nilai Kebersihan

1. Guru mempamerkan 2 helai Teknik

HBME 3203

dengan contengan seperti itu,apa perasaan anda? Situasi Seorang nenek yang sakit dan cucunya berlari ke pondok telefon dan didapati telefon awam tersebut telah rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh budak nakal. Gambar tunggal: -Telefon -Tandas -Taman Permainan -Tong Sampah

vandalisme.

Langkah 1 kepada murid. 2. Guru bersoal-jawab dengan murid sambil menunjukkan gambar telefon yang telah rosak. 3. Guru untuk merangsang bercerita murid tentang

Strategi soal jawab BBM Gambar Tunggal Nilai Kebersihan Hormatmenghormati

1. Guru membuat satu situasi Teknik

perasaan mereka jika berada di situasi tersebut. 4. Guru menunjukkan gambar sambil berbincang dengan murid vandalisme dilakukan. 5. Murid menyenaraikan jenisjenis kita. Langkah 2 hadapan kelas. menayangkan aksi murid yang melakukan vandalisme di tandas sekolah. 3. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang aksi yang dipaparkan. 4. Murid memberi pendapat tentang 9 gambar yang vandalisme yang sering berlaku di negara jenis-jenis yang sering

Rakaman aksi murid sekolah yang melakukan Vandalisme di tandas sekolah. You Tube
http://www.youtube.com/ watch?v=QBNsKlxXZyo

Strategi Jawab

1. Murid diminta memerhati di -Teknik soal 2. Guru memasang LCD dan -Brainstroming BBM Video daripada You Tube Nilai Rasional

HBME 3203

mereka saksikan. 5. Murid dirangsang oleh guru untuk menyenaraikan kesankesan buruk vandalisme. 6. Guru mencatat di papan Borang Pengurusan Grafik Jika anda berniat Cuba fikir dahulu, Apakah kesannya. tulis. Langkah 3 1. Guru minta pencatat. 2. Guru mengedarkan kertas sebak yang mengandungi pengurusan grafik kepada Jadi, apa yang harus anda buat untuk menghadapi niat tersebut setiap kumpulan. 3. Guru menjelaskan tentang aktiviti dilaksanakan untuk Kesimpulan yang oleh akan setiap borang Nilai Kerjasama Kebersihan minta setiap Strategi murid-murid Pembelajaran kumpulan BBM -Kertas sebak -Marker pen -Borang Pengurusan Grafik

membuat 4 kumpulan dan kumpulan melantik seorang ketua dan

kumpulan iaitu berbincang mengisi pengurusan grafik. 4. Guru meminta murid secara berkumpulan yang diberi. Langkah 4 1. Guru hasil 2. Guru meminta kerja berbincang dan menyelesaikan tugasan Jawapan guru

Strategi setiap Perbincangan di Komunikasi BBM LCD Slaid Pengukuhan

kumpulan membentangkan kelas. mereka hadapan kelas. berbincang dengan murid tentang setiap hasil kerja kumpulan. 3. Guru 10 mengukuhkan

HBME 3203

jawapan dengan jawapan di

murid-murid menayangkan hadapan

jawapan. Nilai Kerjasama Strategi

menggunakan skrin LCD. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Langkah 5 mengisi berkaitan vandalisme. 2. Murid tempat yang betul. 3. Guru minta beberapa orang murid membacakan petikan yang telah disempurnakan. Penutup 1. Guru 2. Ketua hadapan membaca mengedarkan kelas datang ikrar ke kendiri kepada murid. kelas ikrar untuk diikuti diminta kosong mengisi dalam tempat dengan

1. Guru mengedarkan latihan Latihan mengisi kosong tempat kosong. kesan BBM Petikan yang tidak lengkap. Nilai Berfikir secara rasional

petikan dengan perkataan

Penutup kognitif Penutup motivasi

dengan murid-murid.

5.0

Refleksi Pengajaran Pendidikan Moral Tahun 5. Refleksi merupakan suatu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dilalui atau dialami serta membuat penganalisian dan penilaian terhadap kelebihan atau kekurangan yang berlaku dengan tujuan penambaikan.Refleksi juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk kegunaan pada masa akan datang. Jennifer A. Moon(1999) pula mentakrifkan refleksi sebagai suatu proses mental yang bertujuan

11

HBME 3203

mendapatkan hasilan terbaik daripada situasi atau perlakuan yang dialami dan amat berkait rapat dengan pemikiran dan proses pembelajaran. 5.1 Kekuatan Semasa menjalankan pengajaran Pendidikan Moral Tahun 5 Satria, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik.Selain itu, saya telah membuat persediaan yang amat rapi sebelum memulakan pengajaran ini,maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang.Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Set induksi dengan menggunakan bahan majmuk iaitu guru membawa masuk ke kelas baju yang bersih dan baju yang penuh contengan amat menarik minat murid, Murid begitu teruja untuk mengetahui mengapa guru membawa dua helai baju berkenaan.Set induksi yang saya lakukan itu dapat meningkatkan motivasi murid selain dapat memberi keseronokan kepada murid untuk terus menghadapi pelajaran hari itu. Penggunaan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik juga merupakan satu kekuatan dalam pengajaran saya.gambar-gambar tunggal yang jelas dan menarik mampu merangsang sebanyak deria pembelajaranyang boleh agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Sedutan video kejadian vandalisme yang berlaku di sesebuah sekolah yang diambil dari You Tube membuatkan kelas menjadi sunyi sepi untuk mengikuti video tersebut.Suara dan gambar yang jelas membuatkan murid seronok dan menghayati hingga ke akhirnya.Keberkesanannya dapat dilihat apabila murid dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru berdasarkan rakaman video tadi dengan baik.Murid juga dapat membuat sumbangsaran dengan baik dan aktif. Suara guru yang lantang memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Murid lebih menumpukan kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Walaupun sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung terdapat gangguan daripada murid Tahap 1 yang sedang rehat sesi pertama. Namun tiada masalah murid mengikuti pelajaran 12

HBME 3203

yang baik. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Pertuturan yang baik dapat melancarkan proses P&P. Saya juga menggunakan bahasa standart dan mudah difahami oleh murid-murid saya. Dengan suara yang jelas dan lantang, saya mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan murid melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh guru. Walaubagaimanapun saya sering menyelitkan unsurunsur kecindan sepanjang pengajaran saya dengan elemen-elemen lucu agar murid berasa seronok semasa P&P berjalan. Di antara kekuatan lain yang dapat dilihat sewaktu P&P yang saya jalankan ini ialah kemahiran pengukuhan. Saya sering memberi galakan lisan yang positif dengan menggunakan kata-kata yang merangsang murid. Setiap kali dapat melakukan aktiviti dan dapat menjawab sesuatu soalan dengan baik, saya menggunakan perkataan baik,cemerlang, bagus, sebagai peneguhan kepada setiap perbuatan atau jawapan yang diberi oleh guru. Selain itu juga saya sering menggunakan isyarat positif dan juga galakan sentuhan di mana saya menyentuh bahagian bahu murid dan melafazkan kata-kata yang positif. Saya dapat merasakan setiap peneguhan ini sebagai azimat untuk murid terus belajar dengan baik. 5.2 Kelemahan Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan P&P ini ialah pengurusan dan ketetapan masa yang kurang diikuti. Ketetapan masa adalah penting bagi memastikan P&P berjalan dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya, masa yang diambil sewaktu aktiviti bagi langkah ke tiga mengambil masa yang melebihi daripada yang ditetapkan iaitu 10 minit. Perbincangan kumpulan yang dijalankan dan mengisi borang pengurusan grafik dijalankan hampir 15 minit. Ia menganggu aktiviti bagi langkah ke empat di mana pembentangan tidak dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan halhal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Terdapat murid yang pasif semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Walaupun telah dirangsang oleh guru dan rakan-rakan lain namun murid tersebut tidak mahu memberi kerjasama dan bertindak melihat dan mendiamkan 13

HBME 3203

diri tanpa mengeluarkan sedikit pendapat semasa perbincangan. Keadaan ini menyebabkan kumpulan tersebut tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada ahli kumpulannya. Fasa penutup ialah fasa akhir yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menguji sama ada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berjaya ataupun tidak. Untuk mengaplikasikan fasa ini, sepatutnya ada dua cara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu sama ada menggunakan teknik penutup kognitif ataupun teknik penutup sosial. Saya tidak dapat membuat penutup dengan baik kerana kesuntukan masa yang disebabkan oleh pengurusan masa yang kurang baik,penutup dilakukan dengan keadaan yang tergesa-gesa. Murid hanya sempat membaca ikrar kendiri yang hanya dapat dibaca sekali sahaja. Guru juga tidak sempat merumus kembali pelajaran untuk hari itu dan tidak dapat memberi penutup sosial dan motivasi kepada murid. Di antara kelemahan lain pula ialah, aktiviti susulan iaitu pemberian lembaran kerja untuk tugasan murid kurang sesuai dengan murid pemulihan. Masa yang terhad dan aktiviti yang agak mencabar tidak dapat diterima oleh murid pemulihan dan mereka kebanyakkannya hanya dapat menyiapkan 4 soalan daripada 10 soalan yang diberi. Pemantauan di dalam kelas juga agak lemah. Guru banyak berada di hadapan kelas sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan tidak memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung, guru akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga guru dapat mrngesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat. 5.3 Penambahbaikan Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambahbaikan. Penambahbaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Setelah pemerhatian dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran daya dilaksanakan, terdapat beberapa penambaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan saya. Antaranya adalah ketetapan masa dalam menyampaikan pelajaran dan 14

HBME 3203

pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri di hadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran. Sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbanyakan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, murid yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan murid yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada murid yang lemah. Salah satu cara mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan murid yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan murid yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan murid yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Teknik sumbangsaran ialah teknik yang menekankan kepada perbincangan dan ia membolehkan murid-murid sama ada secara kelas ataupun berkumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Dalam melaksanakan aktiviti sumbangsaran sepatutnya saya akan meminta dan merangsang setiap murid memberikan pendapat, pandangan, dan idea berasaskan sesuatu tajuk contohnya vandalisme yang dibincangkan dalam P&P kali ini. Setiap pandangan dan idea murid ini tidak boleh ditolak atau dibantah, walaupun setiap idea atau 15

HBME 3203

pandangan itu kurang bermutu. Apa yang penting ialah selepas sesi sumbangsaran ini, guru akan memperkemas,menyusun setiap idea atau pendapat dan pandangan murid dalam bentuk pengukuhan. Penutup kognitif ialah penutup yang lebih menumpukan kepada aspek pemahaman murid-murid terhadap setiap isi kandungan yang mereka telah pelajari. Guru secara menyeluruh mengulas kembali apa yang telah dipelajari seperti perbincangan mengenai punca-punca vandalisme,keburukan vandalisme dan kesan vandalisme secara menyeluruh. Selain itu juga, penutup sosial juga perlu diberi kepada murid di mana penutup yang menekankan kepada kesan pemahaman pembelajaran terhadap perubahan sikap, nilai, dan pandangan. Soalan-soalan murid. 6.0 Kesimpulan. Matlamat Pendidikan Moral yang tercatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003) ialah suatu usaha melalui pendidikan untuk mengubah,mencorak serta menanam rasa kecintaan terhadap perlakuan yang baik serta menghargai nilai yang baik dalam diri. Matlamat ini hanya akan tercapai sekiranya setiap individu dilatih atau diberikan keyakinan secara positif bahawa moral atau perlakuan yang baik itu akan membimbing jiwa, hati nurani dan pemikiran kita ke arah pembinaan keperibadian yang mulia. Sekiranya semua unsur bermoral seperti membuat pertimbangan moral,kesederhanaan diri, memuliakan orang lain, bertolak ansur dalam pertimbangan moral,kreatif serta dinamik dalam membuat keputusan moral. Unsurunsur ini adalah inti pati pendidikan moral yang ingin guru sampaikan kepada setiap murid agar mereka pandai menghormati diri sendiri serta orang lain. Bukan itu sahaja, malahan dengan penanaman matlamat ini dalam kalangan diri murid sudah pasti mereka akan dapat menjadikan diri mereka insan yang kamil dan bersesuaian dalam apa juga bentuk perlakuan. Menyentuh tentang matlamat Pendidikan Moral, Sharma G.K (2002) menjelaskan bahawa matlamat pendidikan moral ialah bertujuan bagi membentuk sahsiah serta jati diri individu. Rajinder M. Karla(2003) pula berpendapat bahawa pendidikan moral ialah suatu proses mengubah tingkah laku individu kepada suatu tingkah laku tekal ke arah kebaikan. Kedua-dua pendapat ini jelas membuktikan kepada 16 seperti pencungkil perasaan murid terhadap perbuatan vandalisme boleh dijadikan bahan untuk lebih memahami sikap seseorang

HBME 3203

kita bahawa pendidikan moral ialah suatu proses melalui amalan pendidikan untuk mengubah serta membina sahsiah serta karektor individu untuk menjadi leboih baik dan sesuai dengan keperluan sesebuah masyarakat dan menjadikan seseorang murid meninggalkan perbuatan salah laku seperti yang tercatat di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003).

3252 patah perkataan.

17

HBME 3203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Ee Ah Meng (1998), Pendidikan Moral Untuk bakal Guru, Petaling Jaya:Logman Fatimah Salleh (t.t), Siri Best Pendidikan Moral KBSR, Seri Kembangan:Cemerlang Publication. Kementerian Pelajaran Malaysia (1983), Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah KBSR, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kim Phaik (1995), Modul Kajian Tindakan, Kuala Lumpur:Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajar 1984, Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia. Nur Munirah Teoh Abdullah et al(2007), Pendidikan Moral Tahun 6,Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR, Kementerian Pelajaran Malaysia,Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rajinder M Karla (2003), Value Oriented Education In School :Theory and Practice,Delhi:Shipra Publication.

Shahbudin Hashim et al(2003), Pedagogi:Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan,Bentong:PTS Publication Sdn Bhd. 18

HBME 3203

Sharma G.K (2002), Moral Education, Delhi, India:Abhishek Publication. Yusop Hashim (1998), Teknologi Pengajaran, Shah Alam:Fajar Bakti.

19

HBME 3203

LAMPIRAN Lampiran (Artikel 1)

KUALA LUMPUR, Rabu - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran mengkaji semula undang-undang berkaitan vandalisme dengan memperkenalkan hukuman sebat berikutan peningkatan kes yang semakin serius. Laporan Perangkaan Kes Vandalisme Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menunjukkan setakat empat bulan tahun ini sehingga April lalu saja, agensi kerajaan dan swasta membelanjakan RM1,298,196 bagi mengganti dan membaiki kemudahan akibat vandalisme membabitkan 6,814 kes. Sepanjang tahun lalu, pihaknya membelanjakan RM2,022,900 membabitkan 5,290 kes. Laporan itu dibuat berdasarkan perbelanjaan 10 agensi seperti jabatan dalam DBKL, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia, Telekom Malaysia, Star-LRT, Putra-LRT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Anti-Vandalisme DBKL, Datuk Lee Lam Thye, berkata akta khusus yang selaras serta dikuatkuasakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara perlu memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada tidak berupaya menangani masalah berkenaan. "Undang-undang kecil berkaitan vandalisme sedia ada kini hanya memperuntukkan pesalah yang disabit kesalahan di mahkamah dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau keduaduanya sekali. "Kita perlu memperuntukkan hukuman lebih berat dan digeruni seperti sebat selain denda dan penjara sebagai pilihan hukuman bagi kesalahan itu terutama terhadap segelintir ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan masih degil merosakkan harta benda walaupun sudah diberi amaran," 20

HBME 3203

katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Anti Vandalisme pertama di peringkat sekolah rendah membabitkan 71 pelajar darjah dua hingga enam oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Peel (SKJP), di sini, hari ini. Lee berkata, hukuman lebih digeruni perlu memandangkan PBT membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki dan menggantikan kemudahan serta peralatan yang menjadi mangsa perbuatan vandalisme setiap tahun. "Ini memerlukan tindakan dari Kerajaan Persekutuan dan kemudahan serta peralatan diconteng, dirosakkan dan dicuri serta dalam kes serius, dibakar, yang mana menimbulkan kesulitan kepada orang ramai. "Kita boleh mencontohi negara jiran, Singapura yang mengenakan hukuman sebat kepada pesalah bagi kes serius menyebabkan masyarakat memandang serius masalah itu dan vandalism berjaya diatasi," katanya

Lampiran (Artikel 2) 21

HBME 3203

Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina kemudahan awam seperti tandas awam, tempat menunggu bas, tempat permainan dan gerai makan untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai. Ia adalah harta awam dan hak milik bersama semua rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat menjaga dan memastikan keadaannya sempurna. Kegiatan merosakkan hak milik awam atau vandalisme adalah perbuatan khianat yang semakin berleluasa. Sekiranya tiada usaha konkrit untuk membendung perilaku ini ia akan menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan. Kerajaan akan memungut cukai daripada rakyat untuk membina berbagai kemudahan yang disediakan. Semakin tinggi peruntukan disediakan semakin banyak cukai perlu dibayar oleh rakyat. Cukai yang dipungut ini akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk kemudahan yang disediakan. Untuk memastikan kemudahan awam yang disediakan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi adalah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan ia dalam keadaan sempurna. Vandalisme bukan saja menyusahkan masyarakat kerana ia tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan, tetapi membebankan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana terpaksa membaiki dan membina semula kemudahan yang rosak. Perbelanjaan membaiki dan membina semula kerosakan akan memberi kesan peruntukan perbelanjaan PBT. Meningkatkan kos menyelenggara akan memberi kesan kepada kurangnya peruntukan untuk membina kemudahan awam yang baru. Peruntukan yang rendah akan menyebabkan kurangnya kemudahan awam yang dapat disediakan dan ini merugikan orang ramai. Vandalisme perlu dibendung dan dihentikan.Tetapi siapa perlu mengambil tanggungjawab ini? Kerugian akibat vandalisme yang direkodkan, pada 2000 yang dialami oleh Projek Usahasama Transit Automatik Sdn Bhd (PUTRA) ialah RM354,550, Telekom Malaysia RM722,200, Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL RM109,500 dan Polis Diraja Malaysia RM78,797. Bayangkan sekiranya kerugian ini direkodkan oleh semua PBT dan jumlah ini boleh digunakan untuk membina pelbagai kemudahan lain. Perbuatan vandalisme adalah masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Masalah ini mempunyai hubungkait dengan masalah ego dan me-isme atau pentingkan diri sendiri. Vandalis akan berasa puas hati apabila merosakkan sesuatu dan mereka tidak berasa berdosa melakukan perkara itu. Ini kerana sifat me-isme dalam diri mereka amat tebal. Mereka tidak berasa malu dengan perbuatan itu. Vandalis adalah orang yang rendah tamadunnya. Ini amat berbeza dengan mereka yang bertamadun tinggi kerana mereka menghargai dan mengutamakan persekitaran yang tertib, suasana pemandangan indah dan ketinggian seni dan budaya. Kegagalan masyarakat membendung perbuatan vandalisme itu sendiri membayangkan bahawa masyarakat itu turut mempunyai masalah. Walaupun, jika masyarakat sekeliling mempunyai kesedaran pentingnya hak awam dipelihara, oleh kerana kurangnya kerjasama di antara masyarakat dan tingginya sifat pentingkan diri sendiri atau me-isme ini memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Sifat me-isme perlu dihapus segera. Sekiranya sifat ini dibiarkan tertanam dalam diri sesuatu masyarakat dan menjadi budaya dalam masyarakat itu ianya bukan saja menyebabkan tiada sifat kerjasama, tetapi juga masing-masing tidak 22

HBME 3203

mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka hanya menjaga harta, tetapi bukan hak bersama. Sifat me-isme perlu dibendung tapi bagaimana? Pelakuan merosakkan harta awam tidak terhad di bandar saja, tetapi ia berlaku di mana-mana. Ia juga terhad kepada golongan remaja, malah ia dilakukan oleh murid sekolah. Laporan statistik mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi pertengahan 2000 ialah RM40,446 yang membabitkan perbuatan merosakkan peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas. Perbuatan ini juga dilaporkan di sekolah rendah yang membabitka murid-murid berumur di bawah 12 tahun. Kerugian yang dicatatkan ialah RM31,384.00 bagi tempoh Januari-Julai 2000. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan akan menyediakan bebrapa program meningkatkan kesedaran orang ramai. Kempen anti-vandalisme dengan slogan Hak Awam Hak Bersama akan dilancarkan. Kempen ini membawa mesej keperibadian kita (masyarakat) yang menentukan kepentingan harta awam yang menjadi hak bersama. Dengan kata lain, masyarakat sendiri akan menentukan apa keperibadian mereka. Rendah atau tingginya kperibadian masyarakat akan ditentukan oleh perilaku mereka. Oleh itu, kempen ini diadakan bertujuan untuk melahirkan kesedaran masyarakat pentingnya harta awam dan mereka perlu memainkan fungsi menjaga harta awam. Program kesedaran ini perlu disokong sepenuhnya oleh PBT. Ini kerana PBT mempunyai hubungkait secara lansung dengan harta awam. PBT bertanggungjawab membina dan menyelenggara kemudahan awam. Usaha ke arah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi menghukum vandalis perlu diberi perhatian sewajarnya. Di sampng itu, fungsi NGO dan media massa juga amat diperlukan bagi menyampai dan menghebahkan maklumat berkaitan dengan kesedaran masyarakat berhubung dengan vandalisme. Bagi memastikan kempen ini berjaya, PBT, NGO, media massa serta persatuan penduduk perlu mengemblengkan tenaga ke arah membanteras vandalisme.

23

HBME 3203

Rujuk Lampiran (Artikel 3)

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH DALAM GEJALA SOSIAL. KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU

ABDUL MALEK BIN JAFFAR @ ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

24

HBME 3203

25

HBME 3203

ii Faktor-Faktor Penglibatan Pelajar Melayu Sekolah Menengah Dalam Gejala Sosial. Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru

Abdul Malek Bin Jaffar @ Abdullah

Laporan Projek Sarjana Muda Ini Di Kemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2006 26

HBME 3203

27

HBME 3203

28

HBME 3203

29

HBME 3203

DEDIKASI ISTIMEWA UNTUK IBUKU PUAN HAJJAH HASNAH BINTI KALONG, ANAKKU MUHAMMAD MUZAKKIR BIN ABDUL MALEK, ADIK-BERADIKKU, ANAK SAUDARAKU ABDUL KHALIQ BIN ALAUDDIN, NUR ALLEYA BINTI ALAUDDIN SERTA ANAK- ANAK SAUDARAKU YANG LAIN.

30

HBME 3203

vi

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik sekelian alam dan selawat salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat ranhum dan sesiapa yang mengikuti meraka dengan ikhlas hinggalah ke hari qiamat. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayahNya, telah mengizinkan saya menyiapkan tugasan Projek Sarjana Muda ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia dan pembimbing saya, Dr. Muhammad Sukri bin Saud, rakan- rakan seperjuangan khasnya rakan sekelas, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru, guru kaunselor, guru displin, guru-guru lain serta para pelajar sekolah tersebut yang terlibat secara langsung (menjadi responden) atau tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang yang cukup memuaskan kepada saya dalam menjayakan usaha saya ini. Tidak lupa juga kepada pihak UTM, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memberikan keizinan untuk saya menjalankan penyelidikan dasar pendidikan. Besar harapan saya semoga usaha saya ini akan memberi manfaat kepada pihak Kementerian Pelajaran, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar sekolah, masyarakat umum dan saya sendiri agar dapat mengambil langkah berkesan demi membendung masalah gejala sosial. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNya. Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan. 31

HBME 3203

Sekian, Wa billahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

32

HBME 3203

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap faktor-faktor penglibatan pelajar Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial. Ia melibatkan kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih berdasarkan rekod salah laku yang pernah dilakukan oleh responden terbabit. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat data yang diperlukan. Nilai kebolehkepercayaan instrumen kajian adalah 0.829. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 13.0 untuk mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan faktor latar belakang keluarga adalah paling banyak mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gejala sosial. Ini diikuti oleh faktor iklim sekolah dan faktor pengaruh media massa. Faktor pengaruh rakan sebaya paling kurang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gejala sosial. Beberapa cadangan dikemukakan diharap akan dapat membantu pihak bertanggungjawab mengenalpasti punca dan mengambil langkah perlu menangani masalah gejala sosial tersebut.

33

HBME 3203

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of involvement of the Malay secondary school students in social problem. This study was held in Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. The respondents comprised of 60 form four students which were selected from the disciplinary records of this school. A set of questionnaires was used as an instrument in this study. Reliability value of the instrument was 0.829. The collected data was analyzed by using Statistical Package for the Social Science version 13.0 to obtain the mean, frequency and percentage. The result indicated that the factor of familys background was the most influence involvement of students in social problem. This was followed by the factor of school environment and the factor of mass media influence. The factor of peers influence was the least influence over the students in social problem. Several suggestions were forwarded to the authorities in identifying the source and solving the social problem among the students.

34

HBME 3203

ix

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS JUDUL KELULUSAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii viii ix xii xiii xiv

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian 35 1 4 9 9 10 11

HBME 3203

1.7 1.8

Batasan Kajian Definisi Operasional

12 13

36

HBME 3203

x BAB PERKARA 1.8.1 Pelajar 1.8.2 Melayu 1.8.3 Sekolah Menengah 1.8.4 Gejala Sosial 1.8.5 Iklim Sekolah 1.8.6 Latar Belakang Keluarga 1.8.7 Pengaruh Rakan Sebaya 1.8.8 Media Massa II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 2.2 Pendidikan Secara Pendekatan Kemanusiaan dan Pendekatan Islam Sebagai Strategi Pencegahan 2.3 Faktor Iklim Sekolah 2.4 Faktor Keluarga 2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 2.6 Faktor Pengaruh Media Massa III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Bahagian A 3.4.2 Bahagian B 3.5 Prosedur Kajian 37 41 41 42 43 44 44 45 19 25 30 34 37 18 MUKA SURAT 13 13 14 15 15 16 16 17

HBME 3203

xi BAB PERKARA 3.6 Kajian Rintis 3.7 Analisis Data IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 4.2 Analisa Data Bahagian A 4.3 Analisa Data Bahagian B 4.3.1 Analisa Persoalan Kajian Pertama 4.3.2 Analisa Persoalan Kajian Kedua 4.3.3 Analisa Persoalan Kajian Ketiga 4.3.4 Analisa Persoalan Kajian Keempat V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.2.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah Gejala Sosial 5.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Gejala Sosial 5.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Gejala Sosial 5.2.4 Pengaruh Media Massa Terhadap Gejala Sosial 5.3 Perbincangan 5.4 Cadangan RUJUKAN Lampiran A - H 64 66 66 69 70 72 74 77 79 83 50 51 55 55 57 59 61 MUKA SURAT 47 48

38

HBME 3203

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 3.0 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9

TAJUK

MUKA SURAT 44 48 49 51 52 52 53 53 54 54 55 56 58 60 62

Pembahagian Soal Selidik Berdasarkan Aspek Kajian Skala Pemeringkatan Pengkelasan Skor Min dan Tahap Jantina Reponden Umur Responden Bilangan Adik-beradik Responden Pendapatan Bersih Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga Pekerjaan Bapa / Penjaga Pekerjaan Ibu Tahap Pendidikan Bapa Tahap Pendidikan Ibu Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi Pengaruh Iklim Sekolah

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi Pengaruh Latar Belakang Keluarga 4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi Pengaruh Rakan Sebaya 4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi PengaruhMedia Massa

39

HBME 3203

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 3.0 Carta Alir Pengendalian Kajian 5.0 Carta Pai Bagi Keseluruhan Kajian

TAJUK

MUKA SURAT 46 65

40

HBME 3203

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C D E F G Analisis Profil Responden

TAJUK

MUKA SURAT 83 86 88 90 92 94

Analisis Hubungan Responden Dengan Iklim Sekolah Analisis Hubungan Responden Dengan Keluarga Analisis Hubungan Responden Dengan Rakan Sebaya Analisis Hubungan Responden Dengan Media Massa Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

101 103

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor

41

HBME 3203

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Krisis masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita?

Dalam keghairahan mengejar status negara maju pada tahun 2020 tidak dapat dinafikan arus globalisasi yang melanda telah kesan kepada kehidupan masyarakat, termasuklah potensinya dalam merosakkan akhlak anak-anak muda sekali gus menggugat kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala-gejala seperti keruntuhan akhlak, rapuhnya pegangan agama, krisis jiwa yang membajai gejala tidak bermoral seperti rogol dan 42

HBME 3203

2 pelbagai lagi jenis jenayah yang sedia dimaklumi mungkin berpunca daripada kurangnya penghayatan nialai-nilai agama dan krisis rumah tangga serta ketidakpekaan ibu bapa terhadap masalah persekitaran yang mengancam jiwa anak-anak mereka.

Natijah daripada masalah ini telah menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam yang akan meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan memundurkan masyarakat serta negara. Apabila ini berlaku , masyarakat menuding jari sesama sendiri. Masingmasing cuba melepaskan diri dan mensabitkan kesalahan kepada orang lain. Fenomena ini tidak akan berkesudahan seandainya semua pihak (ibu bapa, kerajaan , sekolah, masayarakat dan seumpamanya), tidak membuka mata dan membuat kajian terperinci tentang punca masalah serta mengambil inisiatif untuk merawat penyakit masyarakat yang kian parah ini.

Tanggal 28 Julai 2005 yang lalu, Muhamad Nooraidil seorang pelajar tingkatan tiga yang dianggap mulut celupar oleh pelajar senior telah dibelasah di tepi bilik darjahnya, di salah sebuah sekolah menengah di Senai. Beliau dimasukkan ke Hospital Kulai selepas pengsan akibat ditumbuk, dipijak dan ditendang oleh lima pelajar senior. Difahamkan bahawa mangsa mengalami kecederaan yang serius dalam badan menyebabkan pelajar terbabit tidak dapat berdiri (Harian Metro, 30 Julai 2005).

Sememangnya masalah sosial yang dilakukan oleh kaum remaja sekarang amat membimbangkan pelbagai pihak, baik ibu bapa, pemimpin politik, pendidik, ketua masyarakat mahu pun pihak polis. Ini jelas terbukti apabila saban hari terpampang di dada akhbar dan majalah mengenai gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan remaja seperti penagihan dadah, pelacuran, pecah rumah, mencuri, merogol, bergaduh, lari dari rumah, lepak, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan. Didapati bilangan remaja yang terbabit dalam kes seumpama itu meningkat dari semasa ke semasa. Contohnya, menurut 43

HBME 3203

satu kajian oleh sebuah universiti tempatan ke atas 6,110 remaja yang berusia antara 12

44

HBME 3203

3 hingga 25 tahun yang ditemui berkelirian dan melepak di pusat-pusat membeli-belah, panggung wayang, perhentian bas dan gerai-gerai jualan, didapati 70% merokok, 40% menonton video lucah, 28% berjudi, 25% meminum meinuman keras, 14% mengambil dadah, dan 18% mengadakan hubungan seks bebas (The Star, 11 Disember 1994). Laporan akhbar berkenaan juga mejelaskan bahawa remaja terlibat bukan sahaja terdiri daripada remaja yang sudah bekerja tetapi juga yang masih menuntut di bangku sekolah lagi.

Selain itu, dalam kajian melepak 1994, ada meyebutkan beberapa punca remaja lepak. Antaranya ada hubung kait dengan ketidak prihatinan atau kurang pengawasan ibu bapa sehingga anak-anak remaja mereka boleh keluar melepak. Oleh kerana tidak ada aktiviti di rumah (50.9%), ibu bapa yang tidak ambil peduli untuk melarang anak- anaknya keluar (47.3%), keadaan di rumah tidak ada privacy langsung (33.3%), suasana di rumah bising (31.8%), dan keadaan rumah yang amat sempit (24.2%) menjadi punca mereka itu keluar melepak. Seharusnya ibu bapa dapat mengenal siapakah rakan anak- anaknya dan ke mana mereka itu sering berkunjung, dan apakah minat serta kegemaran mereka secara terperinci.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (PPJP),Yaakub Ismail, Ketua Polis Daerah Ulu Langat, pembabitan remaja dalam jenayah banyak disebabkan oleh faktor rakan sebaya, persekitaran dan sosio-ekonomi keluarga (Utusan Malaysia, 12 Ogos 1994). Tambahan lagi, menurut Abdul Rashid Abdul Rahman (1995), Timbalan Penguasa Polis Polis Cawangan Penyelidik Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyatakan bahawa dua daripada faktor penolak (push factor) yang mendorong para remaja melakukan jenayah ialah faktor pergeseran atau pertelingkahan yang berlaku antara anak dengan ibu bapa atau keluarga, dan faktor ketidakharmonian hubungan ibu dan bapa dan lebih buruk lagi apabila berlaku penceraian.

45

HBME 3203

4 Ketelusan dalam membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak daripada seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyaraakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini dapat ditangani dengan sebaiknya tanpa membebankan mana-mana pihak. Justeru, pengkaji terpanggil untuk mengkaji sejauh manakah penglibatan pelajar Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Kementerian Belia dan Sukan generasi muda merupakan golongan terbesar penduduk negara di mana pada tahun 1990, 42.39% atau 7.6 juta penduduk berumur antara 15 hingga 39 tahun, manakala menjelang abad ke-21, kira-kira 60% penduduk negara adalah terdiri golongan belia (Dewan Siswa, 1998).

Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai pihak mulai menaruh kebimbangan tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ni merupakan tulang belakang negara dan penyumbang generasi akan datang, bakal pemimpin agama, masyarakat dan negara. Oleh itu, jika rosak remaja rosaklah sesebuah negara sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ann, Wan Seng, pensyarah Jabatan Antopologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, menyifatkan remaja sebagai golongan yang mengalami tranformasi budaya dan sedang 46

HBME 3203

5 mencari identiti diri. Mereka merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan para remaja menghadapi tekanan ini dengan bersifat memberontak yang merupakan salah satu faktor pemangkin kepada timbulnya pelbagai masalah displin para pelajar di sekolah khususnya.

Lazimnya, masalah displin di kalangan pelajar sekolah banyak berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkkan harta benda awam (vandalisme), ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak dan sebagainya.

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh San Bernadino (California) district attorneys office, 78% daripada banduan memiliki rekod ponteng ketika di bangku sekolah. Kebanyakan penjenayah remaja yang ditahan pernah terbabit dengan kesalahan ponteng sekolah,pecah rumah, mencuri kenderaan, dan menyamun. Kaki ponteng didapati lebih mudah terlibat dengan masalah yang berkaitan dengan dadah, minuman keras, kumpulan samseng, dan keganasan. 67% daripada pelajar yang ponteng didapati positif apabila dilakukan ujian air kencing, yang membuktikan mereka mengambil dadah. 57% daripada masalah jenayah keganasan yang membabitkan remaja didapati berlaku pada hari dan waktu persekolahan.

Kajian seterusnya mendapati bahawa terdapat korelasi atau perkaitan antara ponteng dengan kadar jenayah yang berlaku pada waktu siang dan yang membabitkan pelajar. Oleh itu, ponteng memang satu masalah yang serius. Orang yang bijak akan melihat masalah ini sebagai masalah yang rencam, kompleks, dan melibatkan pelbagai faktor kemanusiaan seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya, dan masyarakat umum, serta faktor bukan manusia seperti sistem pendidikan itu sendiri, kemajuan sains dan teknologi, dan sebagainya. Semua 47

HBME 3203

pihak perlu bersemuka dan berbincang untuk mendapatkan sebanyak

48

HBME 3203

6 mungkin alasan untuk pelajar kaki ponteng kembali semula ke sekolah seperti biasa (Pendidik, Januari-Februari 2005).

Haruslah disedari bahawa isu displin pelajar yang dipaparkan di dalam keratan akhbar terutama masalah sosisal di kalangan pelajar adalah berpunca daripada hubungan ibu bapa dan remaja. Pertentangan pendapat antara remaja dan ibu bapa timbul apabila kedua pihak ini cuba mempertahankan kebenaran masing-masing.

Walaupun kita lihat masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja itu dilakukan atas kehendak dan dorongan peribadi individu itu sendiri, namun kita jangan lupa bahawa dalam zaman remaja ini mereka itu memerlukan penjagaan,, pengawasan dan pendidikan yang rapi daripada pihak ibu bapanya mahupun pihak sekolah dan masyarakat setempat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting dalam membentuk pertumbuhan seseorang anak remaja itu. Kasih sayang, penjagaan yang rapi, memberikan perhatian, suka mengambil tahu, dan bergaul mesra dengan anak-anak remajanya akan membibitkan suasana kekeluargaan yang harmoni. Justeru itu remaja tidak keluar rumah, terbiar hingga menjadi liar.

Perangkaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, memperlihatkan bahawa kejadian-kejadian salah laku, menyimpang dan juvana di kalangan remaja bukan terdiri daripada golongan mereka yang datang daripada keluarga di mana kedua-duanya orang tuanya bekerja. Jika ini terjadi bolehlah dikatakan akibat tidak ada atau kurang penjagan ibu bapa. Tetapi yang banyak terjadi ialah di kalangan keluarga yang hanya salah seorang daripada orang tuanya bekerja. Ini bererti masih ada ibu atau bapa atau penjaga di rumah yang seharusnya memerhati dan menjaga anak-anak mereka.

49

HBME 3203

7 Inilah cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh ibu bapa dalam merangka pembangunan anak-anak dari aspek intelek, emosi dan spiritual mereka. Keluarga adalah proses petama pertama kepada pembentukan masyarakat dan negara. Sebagai institusi asas, maka ia perlu diperkasakan dengan pelbagai penguasaan khasnya daripada displin ilmu dan pendidikan. Prinsip bersepadu yang menekankan kepada keselarasan ilmu, kemahiran dan sikap positif dalam menangani masalah dengan mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain amat berguna dan merupakan rencah utama dalam menyediakan sebuah menu kejayaan yang gemilang

Justeru itu, dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa akan datang. Ia dapat dibuktikan menerusi falsafah pendidikan negara dalam melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS). Sehubungan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Berdasarkan laporan yang didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 19972004, menunjukkan bahawa generasi penerus negara ini mengalami masalah keruntuhan akhlak pada peringkat yang serius. Ini disebabkan, remaja dan pelajar sudah berani menganggotai kongsi gelap, melakukan peras ugut, menyamun, merogol dan membunuh.

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1998) didapati sebanyak 67% masalah gejala sosial membabitkan remaja Melayu, berbanding hanya 16% remaja Cina. Menurut jurucakap Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, golongan remaja yang terlibat dengan jenayah adalah dalam lingkungan usia 10 hingga 18 tahun, yang manaia membabitkan kes bunuh, serangan dengan niat membunuh, pecah rumah, mencuri kenderaan bermotor, menculik dan memukul. Jelaslah kini bahawa, situasi ini adalah 50

HBME 3203

sesuatu yang mendukacitakan kerana ia meledak di saat negara menunjukkan prestasi

51

HBME 3203

8 yang menggalakkan dari segi ekonomi dan peningkatan teknologi. Di kala negara ghairah menuju era globalisasi yang lebih mantap dan maju, remaja yang diharapkan menjadi pelapis pembangunan negara, rapuh rohani dan mental sehingga terdorong melakukan pelbagai jenayah.

Menurut Robert Hamly (1997), perangkaan pihak polis menunjukkan bahawa para remaja yang ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah telah meningkat setiap tahun dan daripada perangkaan itu juga, remaja lelaki Melayu telah dikenalpasti sebagai golongan paling ramai terlibat dengan kes juvana dari tahun 1993 hingga Mac 1996. Stastik juga menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 9,505 kes juvana yang disahkan, sebanyak 5, 437 melibatkan lelaki Melayu dan ditahan di pusat-pusat pemulihan. Manakala bagi golongan remaja perempuan, bangsa Melayu paling ramai berbanding bangsa lain yang ditahan melibatkan kes juvana.

Di samping itu, masalah gadis bawah umur yang terbabit dalam pelacuran dan bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau Guest Relation Officer (GRO) semakin membimbangkan. Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Bukit Aman, (PPJP) Jamaludin Arshad, beberapa faktor utama gadis-gadis terbabit terjebak dengan kerjaya ini telah diselamatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2003 di seluruh negara. Daripada jumlah yang ditangkap, seramai 80 orang berbangsa Melayu, 48 orang bebangsa Cina dan 9 orang terdiri daripada bangsa-bangsa lain (Dewan Siswa, 1998).

Cabaran yang dihadapi oleh individu, sekolah dan ibu bapa kontemporari ialah yang terbaik untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan menjamin anak-anak menjadi seorang yang berdaya saing dan mampu melahirkan masyarakat bertamadun serta negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 52

HBME 3203

1.3 Penyataan Masalah

Gejala sosial bukan sahaja berlaku di tempat awam, tetapi juga di tempat yang mementingkan dispilin seperti di sekolah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu dalam masalah gejala sosial di sekolah menengah di sekitar bandaraya Johor Bahru. Memandangkan gejala ini telah merebak di sekolah-sekolah menengah di sekitar bandaraya ini, penyelidik merasakan perlunya dijalankan kajian dan penyelidikan mengenai permasalahan ini dibuat salah sebuah sekolah menengah di sini, di mana ke-kes salahlaku ini ketara berlaku.

Oleh itu, dapatan daripada penyelidikan diharapkan dapat membantu pihak sekolah , ibu bapa atau penjaga mengetahui sejauh manakah faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan remaja sehingga berlakunya gejala sosial di kalangan pelajar sekolah menengah dan hubungannya dengan beberapa pembolehubah seperti iklim sekolah, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan media massa.

1.4 Objektif Kajian

Bagi memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat faktor utama telah ditentukan untuk mengkaji faktor-faktor pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor Bahru dalam penglibatan gejala sosial. 4 objektif yang dipilih adalah:

53

HBME 3203

10 i. Mengenalpasti iklim sekolah di mana gejala sosial ini berlaku.

ii.

Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dengan gejala sosial.

iii.

Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya pelajar yang terlibat dengan gejala sosial.

iv.

Mengenalpasti pengaruh media massa yang mendorong pelajar terlibat dengan gejala sosial.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik mempunyai 4 persoalan untuk dikaji. Persoalanpersoalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i.

Adakah iklim sekolah yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam gejala sosial?

ii.

Adakah latar belakang keluarga menyumbang kepada penglibatan pelajar dalam gejala sosial? 54

HBME 3203

11

iii.

Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar terlibat dalam gejala sosial?

iv.

Adakah pengaruh media massa mendorong pelajar terlibat dalam gejala sosial?

1.6 Kepentingan Kajian

Masalah gejala sosial ini mesti dibendung sebelum ia meluas ke tahap yang lebih membimbangkan dan boleh menjejaskan aspirasi rakyat dan negara. Kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh:i. Kementerian Pelajaran, agar dapat membuat perancangan untuk pembangunan iklim sekolah ke arah peningkatan displin bagi membendung masalah salah laku pelajar.

ii.

Pihak sekolah yang terdiri daripada pihak pentadbiran dan guru sendiri, dalam memahami dan mengetahui sebab-sebab berlakunya gejala salah laku dan memikirkan langkah-langkah wajar dan berkesan agar masalah ini dapat dibendung.

55

HBME 3203

iii.

Ibu bapa, dalam membantu mengawal anak-anak mereka daripada terlibat dengan gejala sosial.

56

HBME 3203

Lampiran (Artikel 4)

57

HBME 3203

Lampiran (Artikel 5)

Punca-punca berlakunya vandalisme dan langkah-langkah untuk mengatasinya


Apakah maksud vandalisme? Menurut Kamus Dewan, vendalisme didefinisi sebagai perbuatan merosakkan dan memusnahkan kemudahan awam. Mengapakah ada anggota masyarakat yang sanggup berbuat demikian? Adakah masyarakat, khususnya golongan remaja tidak juga sedar akan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain? Apabila membangkitkan masalah ini, kita perlu mencari punca hingga akar umbi. Sebab utama ialah mereka ingin meluahkan rasa terbuka atau tekanan perasaan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dibarat bagai kera diberi bunga. Selain itu, pengaruh rakan sebaya tidak boleh dipandang remeh dalam menyebarkan budaya negatif ini. Kebanyakan masa terluang remaja akan dihabiskan untuk bergaul dengan rakan sebaya. Pergaulan seseorang akan menentukan sahsiah diri seorang. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui pepatah berikut, "jika seseorang itu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dirasainya. Jika dia berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga". Kita perlu memperhalusi punca masalah yang dibangkitkan untuk mengatasi masalah vandalisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Mereka harus bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang anak. Ibu bapa patut dijadikan model dan mendidik anak-anak mengamalkan amalan murni sejak kecil lagi. Ibu bapa harus memberi teguran terhadap anak-anak yang melakukan vandalisme supaya mereka tidak terus bersalah. Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja. Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jati diri, berilmu dan beramal. Guru-guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran di kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman setimpal terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam waktu yang sama, aktiviti kempen, pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan secara lebih kerap. Gejala vandalisme akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada anggota masyarakat. Kita seharusnya menghargai kemudahan awam yang disediakan supaya dapat menggunakannya pada waktu kecemasan. Oleh itu, semua pihak patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan masyarakat.

58

HBME 3203

59

You might also like