You are on page 1of 2

Rentetan daripada permasalahan yang timbul akibat PPSMI, pihak kementerian pendidikan Malaysia telah memansuhkan PPSMI secara

soft landing dan menggantikannya dengan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) .Tujuan memartabatkan bahasa malaysia adalah kerana BM merupakan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia dan menjadi alat perpaduan dan bahasa ilmu. Manakala, memperkukuh Bahasa Inggeris dengan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. KPM melaksanakan dasar memartabatkan bahasa Malaysia dengan strategi mengubah pendekatan P&P dengan penambahan 90 minit masa pembelajaran BM bagi sekolah SKJC dan SKJT. Penguasaan asas kemahiran berbahasa juga di perkukuhkan melalui pendekatan modular kurikulum BM. Selain itu, program bacaan seperti NILAM dan KOMSAS diteruskan dengan harapan meningkatkan pembacaan sastera. Penggunaan ICT dalam P&P diperluaskan lagi supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Untuk memastikan guru yang mengajar berkualiti dari segi pedagogi dan mempunyai opsyen BM, 5 buah IPG telah dikhususkan kepada BM sahaja. Kerajaan juga melaksanakan P&P sains dan matematik dalam bahasa yang mudah difahami murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa cina di SJKC dan bahasa Tamil di SKJT. Akhir sekali, pelajar diwajibkan mendapat kepujian dalam BM di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat untuk memasuki IPT. Bahasa inggeris pula diperkukuhkan melalui strategi penambahan 60-90 minit masa pembelajaran BI di SKJT dan SKJC. Pengukuhan penguasaan asas BI ditekankan dalam modul Language Arts dengan konsep didik dan hibur. Di samping itu, elemen sains dan matematik di integrasikan melalui tema yang berkaitan dalam kurikulum BI. Makmal komputer juga akan dinaik taraf menjadi makmal bahasa supaya boleh dimanfaatkan dalam P&P. Akhir sekali, untuk memastikan guru-guru yang berkualiti dalam opsyen BI, 4 buah Institut Pendidikan Guru English Malaysia dan 1 pusat bahasa yang mengkhususkan kepada BI ditubuhkan. Bagi menyediakan soft landing pelaksanaan P&P sains dan matematik dalam BM, kedua-dua matapelajaran tersebut akan diajar dalam dwibahasa mulai tahun 2010. P&P bagi murid Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Sehubungan dengan itu, peperiksaan sains dan matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahahasa sehingga tahun 2016. P&p bagi pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014 dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 juga dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan dengan itu, peperiksaan matematik dan sains SPM dalam dwibahasa akan diteruskan sehingga tahun 2016.

You might also like