You are on page 1of 12

BAB 1 FUNGSI BAHASA MELAYU

1.1

Pengenalan Perkembangan Bahasa Melayu Bahasa Melayu telah berkembang pesat pada abad ke-13 secara lisan dan

tulisan melalui kehadiran golongan pendakwah di Kepulauan Melayu. Melaka yang bertapak sebagai tempat perkembangan Islam dan pelabuhan terkenal di Barat dan Timur, menjadi nadi utama perkembangan penggunaan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dan sebagai bahasa pentadbiran secara meluas. Bahasa Melayu yang sebelum ini diperakui sebagai bahasa ilmu, bahasa pertuturan dan bahasa perdagangan di Kepulauan Melayu telah mengalami perubahan apabila Melaka jatuh di tangan Portugis pada tahun 1511. Kesan daripada penaklukan ini, menyebabkan pusat perkembangan kesusateraan dan intelektual Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang. Kesan daripada peristiwa ini, semangat mempertahankan maruah bahasa Melayu di Nusantara semakin memuncak. ASAS 50 telah menghimpunkan pelbagai persatuan bahasa, sastera, budaya, penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dan golongan Berpendidikan Timur Tengah pada perhimpunan Sasterawan Tanahair untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Perhimpunan ini telah menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama pada tahun 1952 dan Ke-2 pada tahun 1954 yang menyokong usul Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada tahun 1956, ASAS 50 telah mengemukan memorendum kepada kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa umum dan bahasa penghantar bagi semua peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Pada tahun 1956 pula, ASAS 50 juga membentangkan beberapa memorandum penubuhan Balai Pustaka, menyatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah. Pada tahun 1967 pula, berlaku cetusan

ketidakpuasan hati di kalangan pejuang bahasa. Ini berlaku kerana kandungan perbahasan Rang Undang-undang telah membenarkan bahasa Inggeris dan bahasa lain untuk bersaing dengan bahasa Melayu. Kemudiannya Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970 telah dibentuk dan memilih Bahasa Malaysia menggantikan bahasa Melayu bagi memupuk semangat kenegaraan dan kekitaan terhadap bahasa Melayu. 1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

a.

Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno yang ditulis pada batu-batu bersurat abad ke-7 ditulis dengan menggunakan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Di antara ciri-ciri bahasa Melayu kuno yang terdapat pada batu bersurat tersebut:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Rajah 1: Sejarah perkembangan bahasa Melayu

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin berkembang di Asia Tenggara pada abad ke-13. Perkembangan ini menyebabkan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)


masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat

nabi, Allah dan rahmat c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu

pada abad itu. Penemuan batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. b. Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Pengenalan ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

sahaya, masyghul (bersedih)

alkisah, hatta, adapun.


c.

Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

1.2.1 Bahasa Melayu pada Zaman Penjajah Penjajahan Inggeris menyebabkan berlakunya perubahan besar kepada peradaban, bahasa dan politik masyarakat di Tanah Melayu dengan dasar mempengaruhi golongan bangsawan dan kumpulan elit. Namun begitu, perancangan mereka mendapat tentangan oleh ahli-ahli cendiakawan Malayu dalam mempertahankan keunggulan bahasa Melayu. Antara tokoh-tokoh pejuang bahasa Malayu adalah:
1.2.1.1

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (pada abad ke-19 dalam Zaman Pemerintahan British)

Beliau

juga

dikenali

bapa

Kesusasteraan

Melayu

Moden

atas

keberaniannya mengkritik tentang sikap dan pandangan orang Melayu terhadap bahasa. Atas kesedaran tersebut beliau telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah dengan menggunakan pengolahan ayat kosa kata yang pelbagai dan istilah-istilah baru dari pertembungan budaya barat dan timur. 1.2.1.2 Raja Ali Haji

Merupakan tokoh pertengahan abad ke-19. Beliau telah menyumbangkan hasil penulisan dalam lapangan bahasa, persuratan, sejarah dan agama. Antara karya yang beliau hasilkan berhubung dengan perkembangan bahasa Melayu seperti Kitab Pengetahuan Bahasa menjelaskan tentang ilmu perkamusan, manakala Bustanul-Katibin Lissubyanil-Mutaalimin pula menerangkan tentang penulisan Melayu dan penggunaan nahu bahasa arab dalam bahasa melayu.
1.2.1.3

Zainal Abidin bin Ahmad atau Tan Sri Pendeta Zaba

Merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu yang agung. Penulisan beliau banyak merangkumi bidang bahasa, agama, pendidikan,

ekonomi dan politik. Beliau menghasilkan penulisan yang menjurus kepada bidang kebahasaan yang menekankan aspek tatabahasa Melayu. Pelita Bahasa Melayu antara buku yang dihasilkan untuk

mengenengahkan kepentingan Bahasa Melayu. Buku ini dihasilkan dalam 3 penggal iaitu pada tahun 1940, 1946 dan 1949. Pelita Bahasa Melayu penggal 1 memfokuskan tentang aspek kronologi dan tatabahasa yang mana merangkumi sistem bunyi bahasa Melayu dari segi tulisan dan penulisan, manakala dari aspek tatabahasa pula, menjurus kepada aspek morfologi dan sintaksis. Bagi penggal 2 dan 3 pula, buku ini menyediakan latihan kebahasaan yang bertujuan membantu para pelajar mengenali bahasa Melayu khususnya di sekolah-sekolah Melayu dan Maktab Perguruan. Perjuangan Zaba jelas dilihat apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Pertejemahan Kanan Karang Mengarang Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim. Penglibatan beliau dengan menganggotai Persatuan Melayu Selangor dan Gerakan Menentang Malayan Union pada tahun 1945, secara tidak langsung menjadi kekuatan memperkasakan bahasa Melayu. Beliau juga telah memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura dan Kuala Lumpur sebagai penggerak memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia.

1.2.2 Bahasa Melayu Selepas Merdeka Tanggal 31 Ogos 1957 telah membawa perubahan kepada Tanah Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk membolehkan ia berfungsi sebagai bahasa kebangsaan. Antara penentuan taraf yang dibuat adalah melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960).

1.2.2.1

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perkara ini menjelaskan tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Namun begitu, bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa kedua dalam urusan pentadbiran dan pendidikan.
1.2.2.2 Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960)

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta

Pelajaran

1961

adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Penyata Razak jelas mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Unsur dan nilai perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan. Satu daripada kemahuan dasar pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah mengubah corak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah. (Penyata Razak, Perenggan 115)

1.2.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN 1.2.3.1 Peranan Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan terhadap kesetiaan bahasa. Kini, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa rasmi negara kerana penggunaannya dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Selain itu, keupayaan bahasa Melayu mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris di dalam urusan rasmi menunjukkan perkembangan bahasa Melayu mula dimartabatkan di negara ini. Bagi mengukuhkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Abdul Rahman Yaakob selaku Menteri Pelajaran ketika itu mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunaan bahasa pengantar ini mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa. Secara tidak langsung, sistem pendidikan nasionalisme dapat dicapai. Dalam konteks negara Malaysia, tiga rumpun bangsa utama yang mendiami negara ini terdiri dari bangsa Melayu, Cina, dan India menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pertuturan seharian. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa bahasa adalah asas kepada pengukuhuan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Berdasarkan penyataan di atas, rakyat Malaysia seharusnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk mewujudkan perpaduan, kesefahaman dan mengenali adat serta budaya pelbagai kaum dalam membentuk sebuah masyarakat majmuk.

10

1.2.4 KESIMPULAN Perjuangan meletakkan bahasa Malayu sebagai bahasa yang berdaulat dan bahasa kebangsaaan perlu dipelihara, diharmonikan selaras dengan perkembangan masa dan keperluan masyarakat. Pada asasnya Islamlah yang mengangkat martabat bahasa Melayu daripada bahasa pinggiran kepada bahasa ilmu yang membincangkan soal sejagat yang bersifat keilmuan. Kini bahasa Melayu telah bangkit dan menjadi bahasa untuk semua kaum. Lanjutan daripada peristiwa kebangkitan dan penaklukan bahasa penjajah perlu dijadikan sebagai cabaran. Kerajaan dan pakar-pakar bahasa perlu merancang sesuatu yang terperinci agar martabat meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berperadaban dan mencakupi pelbagai bidang terlaksana.

11

BIBLOGRAFI

Abdullah & Ainon (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Awang Sariyan (2002). Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin, Siti Hajar & Arbie (1996). Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar (1992). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar (1978). Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd Dain (1992). Pembinaan Bahasa Melayu. Perancangan Bahasa di Malaysia. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

12

You might also like