You are on page 1of 10

Isu Semasa : 14 budak remaja direjam kerana rambut pelik dan seluar ketat...

Sekurang-kurangnya 14 remaja di Iraq maut akibat direjam dengan batu sejak tiga minggu lalu kerana mengenakan potongan rambut pelik dan pakaian menampilkan imej Emo (berseluar ketat serta memakai simbol tengkorak) yang didakwa berunsur amalan pemujaan syaitan. Tindakan mengerikan itu diambil di kawasan kejiranan puak Syiah di Baghdad selepas Kementerian Dalam Negeri menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman ke atas pengikut Emo yang terpengaruh dengan budaya dari Barat itu pada bulan lalu. Enam lagi remaja termasuk dua perempuan dilaporkan cedera akibat dipukul sebagai amaran supaya mereka meninggalkan imej pelik dan kebaratan. Gambar mangsa yang terkorban tersebut turut dipaparkan di dalam laman sosial Facebook dan ia turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan remaja lain di negara itu. Sementara itu, seorang ahli Parlimen, Saffiyah al-Suhail berkata, pada minggu lalu, beberapa pelajar telah ditahan kerana memakai seluar jean buatan Amerika dan meniru gaya potongan rambut seperti orang Barat. Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ali al-Sistani mengkritik tindakan merejam sampai mati tersebut dan menyifatkannya sebagai perbuatan ganas ke atas remaja.

60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?
Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil dengan beberapa tuntutan terbaru kepada pihak kerajaan di mana kajian setakat mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini? Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk, Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi? Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara : 1. mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus 2. menaikkan gaji kakitangan awam terbabit

Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :

1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis harga ekonomi, menjadi ia mencetuskan lebih aktiviti spekulatif yangmeningkatkan semakin tinggi. Sedangkan RPGT

sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian. 2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja.Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.

3. Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan 4. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera 5. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini 6. Akhirnya sekali, kerajaan pelru sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR 7. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah) Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memilki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal? Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memilki rumah sendiri?

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!
Apa lagi yang boleh diharapkan dengan keadaan harga rumah di Malaysia terutamanya melibatkan bandar-bandar besar di Malaysia sekarang ini? Bukannya semakin menyenangkan rakyat Malaysia tetapi semakin membebankan dan adakalanya harga rumah di Malaysia yang ada ketika ini agak menakutkan. 1. Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit 2. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000 Apabila harga rumah sudah begitu mudah mencapai ke tahap nilai sebegitu, ia sudah bukan lagi harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Harga sebegitu rupa boleh dikatakan sudah menjadi senaman mata oleh rakyat Malaysia setiap hari yang kadangkalanya apabila melihat buat kali kedua boleh menyebabkan sakit mata. Hakikatnya, rakyat Malaysia yang tergolong daripada kalangan yang berpendapatan serdahana iaitu sekitar RM6,000 sebulan hanya mampu memandang sahaja. Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula berjangkit di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya : Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 2470 kaki (721 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Anda mampu? Harga rumah bersaiz 2270 kaki sudah mencapai RM510,000. Anda mampu? Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (2065 kaki). Anda mampu? Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 2275 kaki. Anda mampu? Lain-lain ada nak tambah untuk perkongsian semua?

Rata-rata kalau diperhatikan kalangan yang terdiri daripada golongan pertengahan lebih gemar memilih rumah teres disebabkan faktor keluasan pada harga yang mereka fikirkan pada harga masih lagi munasabah disebabkan pilihan yang terhad. Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal anganangan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang

ISU REMAJA KINI: IBUBAPA PERLU LEBIH WASPADA


Saat kisah pembunuhan kejam adik Dirang masih lagi kedengaran di bibir-bibir masyarakat, kita dikejutkan pula dengan kes culik remaja Siti Nur Fatiha, 15 tahun yang berasal dari Kuantan dipercayai diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita yang tidak dikenali pada 18 Mac 2012. Tetapi hal ini telah disahkan bahawa kehilangan adik Fatiha adalah disebabkan lari bersama kekasihnya. Menurut statistik di PDRM yang lepas, 6,270 kes dicatatkan sejak 2004 hingga tahun 2007. Paling mengejutkan, mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kes mengikut teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabit iaitu 4,097 orang. Perkembangan ini seharusnya membimbangkan kerana pada usia masih mentah, golongan terbabit sebenarnya berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah kekerasan, sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani, berkata daripada jumlah keseluruhan remaja hilang sejak Januari 2004 hingga Mei tahun ini, 4,237 atau 67.5 peratus sudah pulang ke rumah. Bagaimanapun, baki seramai 2,033 lagi tidak dapat dikesan. Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita lihat fenomena lari dari rumah ini sudah menjadi lumrah di Malaysia. Lari dari rumah dengan mengikuti kekasih adalah satu perkara yang sangat menyedihkan para ibu bapa lantaran anak yang dikandung dan dijaga dengan penuh kasih sayang, pada akhirnya lari meninggalkan mereka tanpa pesan. Antara punca yang dapat dikenalpasti lagi adalah faktor ketandusan kasih sayang di dalam institusi kekeluargaan itu sendiri, pengaruh kawan dan inginkan kebebasan. Adalah dinasihatkan para ibu bapa perlu menjadi lebih peka terhadap anak-anak mereka dengan siapa mereka berkawan dengan siapa mereka keluar. Ibu bapa perlulah merencanakan sesuatu dalam mendidik anak-anak mereka agar anak-anak mempunyai prinsip dalam hidup bukan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga di laman sosial di mana sekarang pergaulan tanpa batasan dan had jika tidak dikawal oleh ibu bapa mereka sendiri. Manakala satu lagi kes terhadap remaja baru-bru ini yang menggemparkan yang berlaku kepada adik Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 15 tahun yang telah di culik dan dibawa lari ke Thailand sebelum di selamatkan oleh Polis Diraja Thailand. Alhamdulillah kerana adik Nazatul berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran antarabangsa yang dipercayai menculiknya. Tetapi kes ini masih lagi disiasat kerana tidak dapat maklumat yang lengkap berikutan mangsa yang masih dalam trauma. Perkara seperti ini sangat membimbangkan terutama kepada para ibu bapa. Dengan kes culik yang semakin menjadi-jadi ini saya menyarankan agar ibu bapa mengawasi gerak geri anak-anak dan juga sentiasa menasihati anak-anak agar berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali. Kita lihat kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa di atas jenayah yang semakin menjadi-jadi pada hari ini, penjenayah mengambil kesempatan di atas mereka yang lemah dan tidak berdaya untuk melawan bahkan untuk mempertahankan diri. Bagi saya, kini tugas seperti ini bukan semata-mata kita perlu tuding kepada polis sahaja untuk menyelesaikannya tetapi sebagai masyarakat juga kita perlu mengambil peranan dengan bersama-sama membantu membanteras jenayah seperti ini. Ini jelas kerana kita lihat penjenayah semakin berani melakukan jenayah di tempat yang terbuka.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?

270

Sekarang ini Malaysia berada dalam suasana di mana diadakan pelbagai perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak atas tujuan-tujuan tertentu. Termasuklah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlalu pada 28 April 2012, dan yang terbaru Perhimpunan Raksasa anjuran Umno pada 11 Mei 2012 ini. Tahniah kami ucapkan kepada tindakan cukup pantas yang diambil oleh majlis fatwa baru-baru berhubung isu penganjuran perhimpunan dan demonstrasi di Malaysia. Majlis Fatwa sudah ada keputusan dan kesimpulannya : Jawapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berhubung Perhimpunan & Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan 1. Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara 2. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di manasebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau

demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas 3. Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama 4. Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda

Sangat betul apa yang diucapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jikalau perhimpunan yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta merosakkan huru-huru dan kekacauan dalam negara sepatut ditegah untuk diadakan. Tiada cacat celanya kenyataannya di situ. Yang haram tetaplah haram termasuklah juga perbuatan memukul & membelasah orang tanpa sebab yang musabab, menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan sehingga bertindak di luar kawalan dan kuasa yang telah diberikan, merosakkan harta benda awam dan macam-macam lagi.

Dan secara logiknya, ramai yang menyedari perbuatan tersebut adalah salah. Salah tetap salah. Tetapi masih ramai lagi yang terlepas pandang atau buat-buat tak indah dengan saranan Majlis Fatwa sebelum-sebelum ini, semuanya datang dan pergi sahaja. Contohnya:

Fatwa botox haram, tetapi ada juga VVIP ada berapa ramai yang terjebak dengan perbuatan cucuk mencucuk ini. Tindakan? Hisap rokok adalah haram. Berapa ramai yang ikut?

Mungkin selepas ini, Majlis Fatwa mungkin boleh lebih banyak turun padang bagi membuat semakan keputusan seterusnya mengenai beberapa persoalan di bawah ini, termasuklah : 1. Apakah pandangan majlis fatwa bagi individu yang beragama Islam terlibat dalam memegang jawatan tinggi dalam syarikat perjudian ? 2. Apakah pandangan majlis fatwa jika wang rakyat digunakan untuk kepentingan perjuangan parti politik tanpa diketahui ramai ? 3. Apakah pandangan majlis fatwa tentang berlakunya skandal penyelewengan membabitkan wang rakyat seperti skandal .? 4. Anda ada nak tambah?

Cuma kami ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran kami kerana kenyataan Majlis Fatwa ini masih lagi dilihat samar-samar. Bagaimana caranya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengelakkan perhimpunan yang boleh cetuskan huru-hara? 1. Perhimpunan tiada salahnya 2. Tetapi perhimpunan yang cetuskan huru-hara adalah haram seperti apa yang dikatakan oleh majlis fatwa Jadi bagaimana? Dalam contoh mudahnya, ada kalangan yang menonton perlawanan bola sepak. Bunyi tampak aman tetapi disebalik penyokong pelampau bola sepak yang hilang pertimbangan akhirnya menyebabkankan ada insiden huru-hura yang berlaku di dalam stadium. Angkara nila setitik habis rosak susu sebelanga Sehingga adakalanya berlarutan sehingga ke luar stadium. Ditambah dengan provokasi daripada pihak-pihak tertentu. Bagaimana majlis Fatwa menilai contoh-contoh insiden seperti ini pula?

Selepas BBC, Adakah Liputan Berita AlJazeera Menjadi Mangsa Undang-undang Malaysia? Ini Jawapannya

Jikalau semalam, kami ada melaporkan mengenai aduan dan tuntutan stesen TV antarabangsa iaitu BBC mengenai tindakan pihak Astro yang memotong dan menyunting sebahagian laporan berita yang dibuat oleh wartawan BBC World mengenai perhimpunan Berish 3.0. Kali lagi satu lagi stesen berita TV terkemuka di Timur Tengah, Al Jazeeramenuntut jawapan daripada pihak Astro juga mengenai kemungkinan besar laporan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 melalui wartawan mereka, Harry Fawcett turut telah diubahsuai dan dipalsukan oleh stesen satelit Astro Malaysia. Di mana kebenarannya? Kenyataan jurucakap Al Jazeera yang dipetik oleh laman terkemuka,SarawakReport.org sekali lagi : We have not been censored in this way by another distribution platform anywhere in the world. Pihak Al Jazeera mendakwa mereka mempunyai alasan kuat untuk mengatakan pihak Astro telah mengubahsuai laporan berita mereka. Ini kerana sepanjang liputan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari wartawan Al- Jazeera mendapati : 1. Kebanyakan bahan berita dan laporan yang disediakan menunjukkan banyak insiden perasaan 2. Serangan terhadap pihak wartawan sehingga mengakibatkan kerosakan peralatan dan bahan berita mereka kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis terhadap penunjuk

You might also like