You are on page 1of 2

10 perkara yang akan saya buat jika saya seorang selebriti

Setiap manusia mempunyai impian tersendiri termasuklah saya. Sesuatu yang saya impikan ialah menjadi seperti idola saya iaitu Michael Jackson. Beliau dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa, beliau juga mempunyai peminat di seluruh dunia pada tahun 1971 sehingga 2009 . Impian saya untuk mencontohi kejayaan beliau sejak dari kecil lagi, pada ketika itu saya menonton konsert beliau daripada televisyen yang sering disiarkan menaikkan semangat saya untuk menjadi seorang selebriti yang berjaya seperti beliau. Jika diberi peluang untuk menjadi seorang selebriti yang terkenal, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memajukan negara ini . Antara perkara-perkara yang boleh saya lakukan untuk memajukan negara ialah memajukannya dari segi ekonomi yang kian merosot disebabkan banyak masalah yang perlu diatasi. Saya akan mempromosikan iklan yang dapat menarik minat pelancong asing untuk datang melancong di negara merupakan langkah pertama yang saya akan melakukan. Saya juga akan melibatkan diri dalam rancangan dokumentari seperti National Geography dan Discovery Channel untuk menyebarkan keindahan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika di Malaysia. Saya akan menyertai rancangan pelancongan untuk mempromosikan tempat-tempat menarik untuk menarik perhatian pelancong asing. Selain itu, saya akan menjadi model untuk sesebuah produk yang baharu dan boleh memberi peluang yang baik kepada negara Malaysia untuk mempromosikan produk tersebut lalu berjaya dipasarkan ke seluruh dunia. Hal ini dapat meningkatkan kualiti pengeluaran barangan Malaysia ke persada antarabangsa. Oleh itu, negara malaysia akan dikenali oleh seluruh dunia. Dengan cara ini, banyak pelabur asing akan datang ke negara Malaysia untuk melabur dalam proses mencipta produk yang baharu. Tambahan pula, perkara seterusnya yang akan saya lakukan ialah mendirikan yayasan anak-anak yatim. Langkah ini dapat membantu mereka yang tidak mempunyai penjaga atau pun ibubapa. Justeru itu, masalah seperti anak-anak yatim piatu yang hidup di tepi jalan raya dapat dikurangkan dan dapat meningkatkan proses pembangunan negara dengan lebih moden. Saya juga akan mengeluarkan wang untuk mendirikan sekolah khas kepada anak-anak yatim untuk mengajar mereka kerana mereka juga merupakan aset negara yang akan datang. Di samping itu, saya akan menyertai program-program dana kasih untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan serta golongan miskin dan golongan OKU yang berada di seluruh negara Malaysia. Langkah ini dapat menyebabkan mereka tidak berasa tersisir dalam pergaulan harian. Lantaran itu, perkara yang akan saya lakukan adalah memaparkan kelebihan mengamalkan gaya hidup sihat ke dalam iklan-iklan yang dipaparkan dari rancangan televisyen kerana masyarakat hari ini meluangkan masa depan mereka di depan televisyen. Oleh sebab gaya hidup yang sentiasa selesa dan senang, masyarakat sering melupakan diri bahawa mereka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Mereka selalu duduk lama di bilik, ruang tamu ataupun kenderaan yang berhawa dingin. Mereka kurang dikenakan sinaran matahari dan tidak berpeluh dengan alasan tiada masa untuk bersenam atau beriadah sedangkala mereka berada dalam pejabat menikmati penghawa dingin. Hal ini mewujudkan masalah obesiti yang turut mengakibatkan diabetes melitus dan sakit jantung.

Selain itu, saya akan menganjurkan beberapa kempen yang berunsurkan pendidikan walaupun sedikit dapat menarik minat golongan remaja untuk meluangkan masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah supaya mereka dapat membantu membangunkan negara kerana remaja merupakan aset negara yang akan datang. Remaja juga boleh banyak belajar ilmu pengetahuan dan juga berkenal dengan rakan yang baharu. Seterusnya, saya akan mengadakan konsert kebajikan amal di seluruh dunia untuk membantu seseorang yang memerlukan wang tersebut. Contohnya, golongan yang ingin menjalankan sesuatu pembedahan. Selain itu, wang tersebut juga boleh digunakan dalam menangani masalah yang membimbangkan masyarakat seperti demam denggi dan penyakit-penyakit yang memerlukan wang untuk membeli penawar. Bah kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Selain itu, saya akan menyertai dan memberi wang sumbangan kepada persatuan BELIA untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah agar golongan remaja tidak membuangkan masa untuk melepak dan melibatkan diri dalam gejala sosial yang menjejaskan nama negara. Oleh itu, remaja dapat menjaminkan masa depan mereka lebih sempurna. Perkara yang akan saya lakukan seterusnya ialah mempromosikan pekerjaan sebagai askar watania. Hal ini dapat menggalakkan orang ramai untuk memilih pekerjaan sebagai seseorang yang sanggup berkorban diri dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Cara ini juga boleh memupuk semangat patriotisme dan semangat cinta akan tanah air. Seterusnya, saya melibatkan diri dalam beberapa drama yang menayangkan unsurunsur positif untuk ditontoni oleh remaja selama ini . Hal ini dapat menarik minat remaja untuk menontonnya dan sikap negatif mereka dapat berubah ke arah yang positif. Oleh itu, masalah gejala sosial dapat dikurangkan. Kesimpulannya, setiap orang mempunyai impian tersendiri tetapi terpulang kepada mereka untuk mengecapinya. Sememangnya menjadi seorang selebriti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan merupakan impian saya sejak dari kecil. Oleh hal demikian, bah kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyungnya, manakah dapat sagunya. Pepatah ini sangat sesuai untuk seseorang yang berusaha untuk membina tangga kejayaan.

You might also like