You are on page 1of 15

Saya Muhammad Farhan `Aidil bin Mohamad Salleh mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan

oleh semua pihak terutama kepada guru Geografi saya iaitu En.Chan. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan adalah mustahil bagi saya dapat melengkapkan dan menjayakan kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya,Hj. Mohamad Salleh bin Abdullah dan Hjh Rosiah binti Haron atas sokongan yang diberikan.

Saya membuat tajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Mukim Tangga Batu,Melaka untuk projek kajian Geografi Tempatan tingkatan 3. Saya mengkaji tentang tajuk Migrasi Dalaman di mukim Tangga Batu, pola-pola migrasi dalaman, faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian, kesan-kesan migrasi dalaman dan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman di kawasan kajian. Saya memilih tajuk di atas kerana mukim Tangga Batu sekarang ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan penduduk dan juga menepati tema kajian. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 3 minggu. Laporan ini dibuat secara individu oleh setiap pelajar.

Kawasan kajian saya ialah di Tangga Batu, Melaka. Saya memilih kawasan ini kerana sekolah saya terletak di kawasan ini iaitu kira-kira 1 kilometer dari rumah saya. Perjalanan dari rumah saya ke pekan Tangga Batu hanyalah 5 minit secara menaiki bas. Pekan Tangga Batu terletak di kawasan penapisan minyak. Ketinggian permukaan bumi di sini kira-kira 30 meter dari aras laut. Kawasan pekan Tangga Batu meliputi kampung Pantai Kundur ,Pantai Puteri, Sungai Udang. Suhu waktu siang sekitar 310 C sementara suhu pada waktu malam sekitar 25o C. Kawasan ini mempunyai pelbagai jenis tanah-tanih seperti tanaman. Kegiatan utama penduduk ialah kakitangan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN INI IALAH SUPAYA DAPAT :


a) Mengkaji konsep migrasi penduduk b) Menghuraikan pola migrasi penduduk di kawasan kajian c) Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman pendudukl di kawasan kajian d) Mengenalpasti kesan migrasi di kawasan kajian e) Memberikan cadangan cara-cara mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Kaedah kajian yang dijalankan ialah :

a) Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian mengenai pola migrasi yang terdapat di Mukim Tangga Batu Melaka. b) Temu bual : Saya telah menemu bual 3 orang penduduk di kawasan kajian. Tujuan temu bual adalah untuk mendapatkan keterangan dan maklumat tentang pola migrasi dalaman di kawasan kajian,sebab-sebab berlaku migrasi dalaman di kawasan kajian,kesan-kesan positif dan negatif migrasi dalaman dan cadangan bagi mengatasi kesan migrasi dalaman. : Saya telah menjalankan soal selidik ke atas 20 orang penduduk di kawasan kajian untuk mendapatkan keterangan dan maklumat tentang pola migrasi dalaman di kawasan kajian, sebab-sebab berlaku migrasi dalaman di kawasan kajian, kesan-kesan positif dan negative migrasi dalaman dan cadangan bagi mengatasi kesan migrasi dalaman. : Saya membuat rujukan melalui buku-buku, majalah, risalah dan melalui internet mengenai sistem pengangkutan di Malaysia berkaitan tajuk kajian.

c) Soal selidik

d) Rujukan

a) Konsep migrasi penduduk


Konsep migrasi penduduk merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti negara, daerah, kawasan, negeri atau negara. Migrasi dibahagikan kepada migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi dalaman adalah perpindahan penduduk yang berlaku di dalam negara. Migrasi antarabangsa ialah perpindahan penduduk melangkaui sempadan negara.

b) Pola migrasi penduduk


Pola migrasi penduduk di mukim Tangga Batu yang saya dapati ialah pola luar bandar ke luar bandar dan bandar ke luar bandar.

c) Faktor mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di mukim Tangga Batu, Melaka


Arahan majikan - Arahan pertukaran tempat kerja di sekitar Tangga Batu. Ikut keluarga - Perpindahan keluarga dari kawasan lain, ke kawasan lain, ke kawasan mukim Tangga Batu. - Tinggal bersama keluarga di kawasan kajian. Melanjutkan pelajaran - Adanya sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasam kajian.

Peluang pekerjaan -

Loji penapisan minyak Petronas, berhampiran kawasan Zon Industri Bebas di Tanjong Kling, Tangga Batu dan Bukit Rambai (pekerjaan di sektor perindustrian)

Bersara

- balik ke kampung halaman setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan swasta dari tempat lain.

Perkahwinan - perkahwinan dengan penduduk dar kawasan kajian. Bencana alam berlakunya bencana alam di kawasan tempat tinggal asal seperti gempa bumi dan sebagainya menyebabkan perpindahan penduduk ke kawasan kajian. Meningkatkan taraf hidup - perpindahan penduduk untukmendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih tinggi (meningkatkan taraf hidup)

d) Kesan migrasi dalaman penduduk di mukim Tangga Batu, Melaka


Kesan positif

Perpindahan bertambah - pendapatan ekonomi bertambah Tenaga buruh bertambah hasil kerja di sesuatu tempat berkualiti Masyarakat majmuk - menarik minat pelancong Taraf hidup meningkat pembasmian kemiskinan Hasil pertanian bertambah - meningkatkan mutu pertanian

Kesan negatif

Masalah sosial semakin berleluasa Pengangguran semakin bertambah disebabkan kemasukan warga asing Masalah perumahan perumahan setinggan bertambah

e) Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di mukim Tangga Batu, Melaka
Kuat kuasa undang-undang : menguatkuasakan undang-undang mengatasi masalah sosial Wujudnya peluang pekerjaan : mengatasi kemasukan warga asing Membina rumah kos rendah : untuk menggalakkan masalah perumahan setinggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong,Melaka

Nama : Muhammad Farhan `Aidil bin Mohamad Salleh Tingkatan : 3 Arif Nama Guru : Encik Chan Thian Chwee

..............................
(Muhammad Farhan `Aidil bin Mohamad Salleh)

................................
(En.Chan Thian Chwee)

Markah

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian umum

Kandungan

Muka surat

Kajian mendapati kawasan di Tangga Batu,Melaka mempunyai 2 pola migrasi iaitu bandar ke luar bandar dan luar bandar ke luar bandar. Selain itu, terdapat 5 faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk antaranya atas arahan majikan,mengikut keluarga,mencari peluang pekerjaan,bersara dan disebabkan perkahwinan. Selain itu,kesan terhadap migrasi dalaman ada 2 iaitu kesan positif dan kesan negatif. Seterusnya, saya telah memperolehi sedikit cadangan untuk mengatasi masalah migrasi dalaman penduduk. Sekian,terima kasih.

Buku teks Geografi (tingkatan 3) Buku rujukan Geografi (tingkatan 2) Menemubual Faten Afiqah binti Ishak http://www.placeonline.com/asia/Malaysia/Melaka http://www.mappery.com/map-of/Malacca

You might also like