You are on page 1of 21

Kajian Tempatan

Kerja Projek Kajian Tempatan Tajuk:Pencemaran Disediakan oleh: Muhd. Ameer Aqhtar B. Bolhan Kelas: Tahun 6M/2012 Guru Mata Pelajaran: Puan Hajjah Naemah bt. Mohd. Yassin Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip, Miri.

Isi Kandungan
1 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Bil Tajuk Surat 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Pencemaran

Muka 3 3 7 8 11 11 13 15 16 20

Bentuk Pencemaran Pencemaran air

Pencemaran bunyi Pencemaran Tanih

Pencemaran radioaktif Pencemaran bunyi Pencemaran cahaya Pencemaran terma Pencemaran visual

1.0

Pencemaran
2

Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.[1] Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain, tumbuhan dan haiwan. 1.1 Bentuk pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi

Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar. Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik. Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
3 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

1.1.1

Pencemaran udara

Pencemaran ini merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
4 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.
Pencemaran primer

Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal
Pencemaran sekunder

Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. Kesan
Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.
Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

5 Ameer6M2012

Kajian Tempatan Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.
Bahan

Kesan kepada bahan adalah kerosakan berlaku akibat pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Ia berlaku akibat dari pengenapan asap atau zarah halus. Hakisan logam juga merupakan kesan dari pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Hujan asid Rencana utama: hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempattempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global Rencana utama: kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

6 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.
1.2 Pencemaran Air

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia. Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sungai Semenyih, sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang
7 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan. Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak dirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara air kita.
1.3 Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

8 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi . Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.[3][4][5][6] Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadangkala serangan panik.[4][7] Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah, sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79. Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan, berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan pendengaran. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi.[ Kesan alam sekitar Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
9 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat. Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut. Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.

1.4

Pencemaran Tanih

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,
10 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu Punca pencemaran

Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah). Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesan pencemaran Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.
1.5

Pencemaran Radioaktif

Pencemaran radioaktif, juga dikenali sebagai pencemaran radiologikal, adalah bahan radioaktif di permukaan, atau dalam pepejal, cecair, atau gas (termasuk badan manusia), di mana kehadiran mereka tidak disengajakan atau dikehendaki, atau proses yang membebaskannya di tempat sedemikian. Juga secara kurang formal bagi merujuk kepada kuantiti, terutamanya aktiviti di permukaan (atau satu unit kawasan permukaan). Pencemaran radioaktif merujuk hanya kepada kehadiran kereputan radioaktif, dan tidak memberikan sebarang petunjuk kepada magnitud ancaman terbabit. Punca pencemaran Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran
11 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

radioaktif akibatan ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber.

yang

Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai contoh, sekiranya radionukled digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan xenon beradioaktif dalam pemprosesan bahanapi nuklear. Dalam kes bahan radioaktif tidak dapat dikurung, ia boleh dilarutkan kepada kepekatan selamat. Bagi perbincangan mengenai pencemaran alam sekitar oleh pemancar zarah alfa sila lihat aktinides dalam alam sekitaran. Pengurungan ialah apa yang membezakan bahan radioaktif dengan pencemaran radioaktif. Pengurungan tidak termasuk sisa bahan radioaktif baki di tapak selepas penyahtauliahan. Dengan itu, bahan radioaktif dalam bekas tertutup dan ditetapkan tidak dirujuk khusus sebagai pencemaran, sungguhpun unit ukuran masih kekal sama. Ancaman Dalam dunia semulajadi tidak terdapat radiasi sifar. Bukan hanya diseluruh dunia sentiasa do bom oleh pancaran kosmik, tetapi setiap haiwan hidup di bumi memiliki sejumlah penting karbon-14 dan kebanyakan (termasuk manusia) memiliki sejumlah penting potasium-40. Tahap rendah radiasi tidal lebih merbahaya berbanding cahaya suria, tetapi sebagaimana kuantiti melampau cahaya matahari boleh menjadi merbahayam sama juga tahap melampau radiasi.

1.6

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising. Kesan kepada manusia
12 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi . Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik. Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah, sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79. Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan, berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan pendengaran. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Kesan kepada alam sekitar Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat. Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau
13 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat. Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut. Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar. Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi

1.7

Pencemaran Cahaya

Pencemaran cahaya merupakan kesan negatif yang diperolehi daripada cahaya buatan manusia. Pencemaran ini akan menyebabkan proses mencerap objek-objek di langit bertambah sukar kerana pengelihatan kita akan diganggu oleh cahaya-cahaya yang berlebihan. Pencemaran cahaya merupakan satu masalah yang besar kepada mana-mana sahaja balai cerap di dunia ini. Salah satu sebab mengapa Gunung Palomar dipilih untuk menggunakan teleskop 200-inci adalah kerana keadaan langitnya yang gelap membolehkan pemerhatian dilakukan ke atas galaksi yang paling malap tanpa ganguan daripada cahaya dari kawasan bandar. Sejak tahun 1934, pembagunan yang pesat telah berlaku di selatan Californnia menyebabkan peningkatan yang mendadak dalam pencahayaan di langit. Sekiranya pencemaran ini terus meningkat, ia akan mengurangkan tahap keberkesanan pencerapan di balai cerap Palomar dalam berbagai jenis penyelidikan. Caltech dan balai cerap Palomar telah bekerjasama kerajaan negara, negeri, dan daerah untuk mengurangkan kesan daripada pencemaran cahaya di kawasan sekeliling.
14 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Pemandangan daripada gunung Palomar pada January, 2006. Sumber daripada http://www.astro.caltech.edu/palomar/lp.html

pemandangan gunung Palomar. Beberapa kawasan langit didapati cerah, kawasan ini dekenali sebagai "sky glow". Di bahagian kiri adalah daerah San Diego, daerah Riverside di bahagian tengah dan daerah Palm Spring di bahagian kanan. Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran cahaya:

Gunakan cahaya lampu hanya sebanyak mana yang diperlukan Fokuskan cahaya ke tempat yang diingini, supaya ianya tidak tersebar ke langit Matikan lampu apabila sudah tidak digunakan gunakan lampu dari jenis Sodium bertekanan rendah (Low-pressure sodium), kerana ianya dapat mengurangkan gangguan bagi melakukan penyelidikan di balai cerap. Pencemaran Terma

1.8

15 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Pencemaran terma/haba ialah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang yang berlaku khasnya akibat aktiviti manusia. Punca-punca Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan pencemaran terma/haba ini berlaku. 1) Peningkatan kawasan perindustrian . 2) Kewujudan bangunan bercermin. 3) Bandar raya yang pesat membangun. 4) Stesen penjanaan kuasa elektrik. 5) Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Peningkatan kawasan perindustrian

Kawasan perindustrian seringkali membebaskan air panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai meningkat . Apabila suhu sungai meningkat ia tidak sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik , perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen berkurangan dan ini menyukarkan hidpan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut. Kewujudan bangunan bercermin.

16 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Apabila cermin digunakan sebagai dinding bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan sekitar. Ini kerana cermin yang berfungsi sebagai dinding tersebut akan menyerap haba dan memantulkannya ke atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar. Bandar raya yang pesat membangun Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain ini akan menyukarkan pengaliran udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut akan menjadi penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di kawasan tersebut.

Stesen penjanaan kuasa elektik

Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya. Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan di situlah berlakunya pencemaran terma/haba. Pertambahan bilangan kenderaan bermotor. Jumlah kenderaan bermotor di Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini turut menyumbang kepada berlakunya pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini kerana kenderaan tersebut mengeluarkam karbon dioksida yang mengakibatkan suhu menjadi semakin meningkat. Pertambahan bilangan kederaan akan mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya. Kesan-kesan 1)Kematian 2)Pencairan ais di kutub
17 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

3)Ribut taufan dan angin monsoon 4)Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

Kematian Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran setiap tahun.

Pencairan ais di kutub Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.
18 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Ribut taufan dan angin monsun

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania. Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit
19 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus. 1.9 Pencemaran Visual

Pencemaran visual merujuk kepada elemen pada lanskap yang memberikan pandangan yang tidak menarik. Elemen ini yang terdapat dan bersepah di persekitaran kita adalah termasuk papan iklan yang bersaiz gergasi, pengiklanan jenis sederhana, lampu jalan, tanda isyarat, rantaian wayar telefon dan elektrik, pusat janakuasa elektrik, grafiti, lalang, sampah, bangunan dan kenderaan terbiar. Pencemaran Visual merupakan pencemaran yang baru mendapat tempat memandangkan keadaan pencemaran visual kini semakin teruk. Pencemaran visual amat ketara berlaku dikawasan bandar.Pencemaran visual merupakan pandangan yang tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat yang memandang keadaan tersebut. Ia sama ada boleh membahayakan keselamatan dan menghalang manusia daripada menikmati keindahan alam dengan baik. Secara umumnya, pandangan lanskap kini dipengaruhi oleh elemenelemen pencemaran visual dan bukannya pada nilai-nilai estetika semulajadi atau buatan yang bercirikan pemandangan yang menarik.Selain itu,berdasarkan pemerhatian yang dibuat,boleh dikatakan bahawa kawasan yang tercemar dengan unsur atau elemen pencemaran visual adalah daripada poster-poster iklan mencari kerja serta iklan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bahaya pencemaran visual ini adalah berdasarkan pada pandangan orang awam terhadap kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran ini. Sebagai contoh,bentuk lanskap sesebuah bandar diidentifikasikan oleh masyarakat berdasarkan nilai-nilai keindahan, bentuk pembangunan dan sebagainya. Namun, keunikan karekter bandar atau bandaraya berevolusi dengan sejarah, budaya dan pembangunan ciri lanskap perlahan-lahan hilang akibat daripada masyarakat yang telah menerima secara total pencemaran visual yang mendominasikan dan merosakkan persekitaran. PENGARUH PENCEMARAN VISUAL TERHADAP NILAI ESTETIKA
20 Ameer6M2012

Kajian Tempatan

Pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika melihat kepada kesan yang berlaku akibat daripada pencemaran visual terhadap nilai estetika. Melihat kembali kepada maksud sebenar nilai estetika iaitu nilai keindahan atau kecantikan sesuatu objek.Pencemaran visual mampu memberikan kesan yang negatif kepada nilai estetika sesuatu kawasan kerana asas kepada kecantikan adalah elemen yang terdapat pada kawasan itu sendiri. Pencemaran visual ini memerlukan pengawalan secara berterusan untuk menjamin kemampanan pembangunan dari segi persekitaran bandar dan nilai estetika. Kawalan terhadap pencemaran ini diperlukan bagi mengawal masalah ini agar tidak memudaratkan nilai estetika kawasan bandar dan memberikan pandangan negatif kepada pelancong asing serta orang awam Kesimpulan Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

21 Ameer6M2012

You might also like