You are on page 1of 13

KUMPULAN 8B

RAHABAIDAH BINTI ABD RAHIM (216916) NUR WIDAD BINTI OMAR (216932) NUR IZYANI BINTI HARUN (216944) WAN NORAZLINA BT ABDUL GHANI (216962) ASMIHAN BINTI ABDUL MANAF (217021) NORSUHAINA BINTI CHE NORDIN ( 217047)

Zaman primitif dikenali sebagai contengan dinding Zaman tamadun Mesir memperlihatkan aktiviti melukis dinding-dinding piramid Zaman Rom grafiti di jadikan alat propaganda untuk merekrut penganut agama Kristian Seni grafiti bermula sekitar tahun 1998 di Batu Pahat, Johor Pada abad ke 21 grafiti mula berkembang dari hanya menggunakan semburan cat kepada grafiti lampu dan grafiti benang.

Grafiti berasal daripada perkataan Yunani iaitu graffito yang bermaksud hasil seni dengan kaedah goresan di atas permukaan dinding. Dalam bahasa Inggeris grafiti di kenali sebagai sgrafitto adalah kegiatan seni rupa yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk, dan volume untuk menuliskan kalimah tertentu di atas dinding. Grafiti dalam bahasa Latin graphium yang membawa erti menulis. Istilah ini dipakai oleh para arkeologi untuk mendefinisikan tulisan-tulisan kuno di bangunan kuno tamadun Mesir dan Rom.

Hari ini, kaedah goresan di permukaan disesuaikan dengan penggunaan teknologi cat aerosol bagi menghasilkan cetusan seni di atas permukaan dinding batu atau permukaan kosong yang besar di tempat awam.

Tagging adalah seni grafiti yang paling mudah dikenal pasti seperti tandatangan yang dihasilkan oleh pelukis grafiti. Throw up pula ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan dua atau tiga tin semburan aerosol. 3D Letters ialah gubahan karya tiga dimensi yang mana karya seni objek grafiti itu nampak seolah-olah timbul Character atau potret pula membentuk dua atau tiga dimensi dengan gubahan gaya dan warna yang tersendiri. Wild style pula adalah gaya abstrak yang melibatkan abjad dalam menghasilkan kreativiti dalam seni grafiti. Production yang merupakan hasil kerja berpasukan merangkumi semua jenis grafiti yang menggunakan tema sama dalam hasil karya seni mereka.

Menyemai sifat kesantunan pelajar melalui seni dalam grafiti. Memupuk keyakinan pelajar dalam berkarya.
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang kerjaya yang terdapat dalam bidang seni grafiti.

Mengelakkan berlakunya vandalisme di sekolah.

Ahli Kelab Seni Grafiti ini terbuka kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas dan mempunyai minat dan bakat yang boleh diasah dan ditonjolkan.

Bengkel bersama tokoh seni grafiti


Bengkel ini diadakan setiap 3 bulan sekali di mana pelajar berpeluang bertemu tokoh yang berlainan dan mereka boleh bertanya sebarang persoalan mengenai seni grafiti.

Program Khidmat Masyarakat


Setiap tahun kelab ini akan mengadakan lawatan ke hospital, rumah warga emas dan rumah anak-anak yatim yang berdekatan.

Program Style 2 Burn


Pengaruh barat dalam seni graviti ini mendorong sebahagian generasi muda di Malaysia untuk mempersembahkan hasil karya seni graviti mereka dalam Facebook

Menyertai Malaysia Book of Records


Kejayaan beberapa pelukis grafiti ini dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Mereka berjaya menghasilkan paparan 60 lukisan grafiti yang merentasi mural 450 meter di tebing Sungai Klang sekali gus diiktiraf lukisan dinding terpanjang di negara ini.

Program seni khat grafiti (Kaligrafi)


Seni grafiti boleh diaplikasikan dalam bentuk seni kaligrafi tulisan khat Pihak sekolah boleh menjemput orang perseorangan yang mahir dalam bidang ini untuk memberi tunjuk ajar dan melatih para pelajar supaya mahir

Kementerian Belia Dan Sukan


Menganjurkan perkhemahan perdana

Majlis Perbandaran Tempatan


Majlis Bandaraya Alor Star menyediakan tempat untuk para pelajar berkarya

DULUX
Menjadi penaja di dalam cabaran reka bentuk grafiti yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records

Seni grafiti bukanlah contengan dinding yang menyebarkan budaya vandalisme. Tetapi seni grafiti adalah satu jambatan yang dapat mendidik jiwa seni anak anak muda termasuk golongan pelajar untuk terus berkarya dan mengekpresikannya bagi mengindahkan dinding dinding yang kosong. Sekiranya seni grafiti ini diberi sokongan padu daripada pihak pihak tertentu sudah pasti ia juga mampu memajukan industri pelancongan Kerjasama daripada pihak sekolah khususnya, pihak kerajaan dan Badan Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam memberikan sokongan moral dan menyediakan tempat khas seperti taman grafiti untuk penggemar penggemar seni grafiti berkarya sudah pasti mampu menggembirakan mereka, bahkan pada masa yang sama seni ini mampu menonjol sebagai salah satu produk pelancongan.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like