You are on page 1of 2

DOA SEMPENA HARI GURU , Ya Allah , Tuhan Semesta Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara) Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu sematamata . Ya Allah , Ya Mudabbiral amri , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anakanak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajarpelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar , Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak

yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta . .

You might also like