You are on page 1of 13

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS

Nama calon Tingkatan Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran Nama dan Alamat Sekolah Tajuk Kerja Kursus Nama Guru Skor:-

: Valerie Veritinus : 3 Amanah 2012 : 970324-12-5588 : : Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Poskod 89507, Penampang, Sabah : Produk Tempatan Di Negara Kita : Puan Nurliah

Elemen Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3

Markah Mengumpul fakta sejarah Merekod fakta sejarah Penerapan unsure patriotsime Jumlah Markah Kod Tahap pencapaian

______________________ ( Tandatangan Guru )

ELEMEN 1

1.1 Mengumpul fakta sejarah Senarai Bahan 1) 2) 3) 4) Buku Ilmiah: Majalah: Internet: Melawwat tempat kajian:

ELEMEN 2

1.0 TAJUK KAJIAN: Produk tempatan di negara kita


Saya adalah pelajar dari kelas Tingkatan 3 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Saya dan rakan-rakan telah diarahkan oleh guru matapelajaran Sejarah iaitu Cikgu Nurliah supaya menjalankan kajian tentang produk tempatan yang terdapat di Negara kita. Tajuk yang saya telah pilih adalah mengenai makanan tradisional orang tempatan yang hanya boleh terdapat di negeri Sabah, Malaysia iaitu kuih cincin. Kajian ini dilaksanakan mengikut criteria-kriteria yang telah diberikan sebagai garis panduan. Dapatan kajian mestilah tepat, terperinci dan komprehensif melalui pelbagai pendekaran dan kaedah. Kami dikehendaki mengintergrasikan pemerolehan pengetahuan secara lisan daripada kaedah-kaedah kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan juga penguasaan sepenuhnya dalam matapelajaran Sejarah serta penerapan nilai-nilai murni untuk memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan harapan bahawa kajian ini dapat membina pelajar yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan luas sebaigaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Senarai Kandungan Bilangan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 7.0 8.0 9.0 Perkara/Tajuk Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Maklumat Asas Makanan Tempatan (Kuih Cincin) Latar Belakang Cara/Kaedah Penghasilan Perkembangan Produk Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

3.0

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Nurani Derin, selaku Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang kerana telah member kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nurliah, guru mata pelajran Sejarah kerana telah member tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya kerana telah memberikan dorongan dan sokongan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, saya juga ingin tunjukkan terima kasih kepada Puan Fatimah Binti Moksin, selaku pengusaha kuih cincin kerana telah meluangkan masa dan memberi kebenaran melawat tempat kajian.

4.0 Objektif Kajian Objektif utama saya dalam menjalankan kajian folio ini adalah untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan semua pelajar Tingkatan 3 agar melaksanakan kerja kursus Keduanya, saya menjalankan kajian ini mengetahui lebih lanjut lagi mengenal latar belakang produk tempatan iaitu makanan tradisi tempatan (kuih cincin) yang terdapat di negeri Sabah. Akhir sekali, objektif ketiga kajian ini juga bertujuan untuk menyemai sikap patriotisme dalam kalangan pelajar dengan menggalakan mereka membeli produk tempatan yang kini setanding dengan produk negara luar dari segi kuantiti dan mutunya.

5.0 Kaedah Kajian Saya telah menjalankan kajian folio ini dalam kumpulan bersama-sama dengan 3 sahabat saya. Saya telah menggunakan mencari maklumat di buku ilham, menggunakan internet, majalah dan juga pengkajian melalui melawat tempat kajian sebagai kaedah utama untuk mencari bahan atau data untuk kajian ini. Kaedah pertama yang saya telah pilih untuk mencari maklumat ialah melalui sumber ilmiah iaitu buku dan majalah untuk meningkatkan lagi pemahaman saya dalam kajian. Kaedah kedua yang telah saya pilih ialah melalui sumber Internet. Saya telah mendapat pelbagai maklumat yang releven dan boleh dijadikan sebagai sumber utama dengan melayari Internet bersama-sama dengan ahli kumpulan saya. Selain itu, sekolah saya juga mengadakan rombongan lawatan ke Papar untuk melihat bagaimana sebuah keluarga yang terdiri daripada pengusaha mengusahakan perniagaan kuih cincin mereka. Mangadakan lawatan ke tempat kajian adalah salah satu juga daripada kaedah saya yang digunakan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

6.0

Hasil Kajian

6.1 Maklumat asas nama produk tempatan i. Nama produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kuih cincin. Pengeluar ini mengeluarkan banyak jenis makanan dan juga makanan tradisional seperti kuih cincin, kuih bahulu, belacan papar, x3

Gambar di atas menunjukkan beberapa bungkus kuih cincin yang diperagakan di bahagian teratas rak besi itu telah siap dibungkus dan boleh dijual kepada pembeli.

Terdapat banyak jenis barangan keluaran dalam bentuk makanan dikeluarkan dan diusahakan selain daripada pengeluaran kuih cincin

You might also like