You are on page 1of 12

Sekolah Menegah Kebangsaan Khir Johari, Tanjong Malim

Perniagaan Pasar Malam di Bandar Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak


NAMA: AIMI AQILAH BINTI M.SHAFIEE NO K/P: 970529-08-5604 KELAS: 3 PESONA ANGKA GILIRAN: NAMA GURU: CHAN KIN PEOH

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian

7) 8) 9)

Rumusan Lampiran Rujukan

10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )

PENGHARGAAN
Saya Aimi Aqilah Bt M.Shafiee dari kelas 3 Pesona Sekolah Menegah Kebangsaan Khir Johari Tanjong Malim. Telah berjaya menyiapkan kerja kursus Geografi PMR 2012. Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengalaman semasa kajian ini dijalankan atau pada masa hadapan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Menegah Kebangsaan Khir Johari iaitu Puan Hajah Noraini Binti Yeub Sidi AMN yang telah memberikan surat kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Beliau juga telah memberikan kebenaran menggunakan Pusat Akses Sekolah dan internet untuk memudahkan saya dan rakanrakan mencari maklumat di sekolah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu M.Shafiee Bin M.Lotfi yang telah banyak membantu saya dengan memberikan dorongan ,bimbingan dan sumbangan dalam bentuk tenaga dan wang ringgit sepanjang kajian ini dijalankan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran saya iaitu Encik Chan Kin Peoh yang telah memberikan nasihat,dorongan,bimbingan serta sumbangan semasa kajian ini dijalankan. Beliau juga telah memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menghasilkan kerja kursus Geografi mengikut piawaian yang ditetapkan. Selain itu,ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan iaitu Nurshaidinatul Shazwani Bt Tarmizi,Mawar Annisa Bt Ariff,Siti Nur Ain Bt Raja Aman Shah dan Hannah Insyirah Bt Sipal Anuwar yang telah banyak membantu saya dengan memberikan tunjuk ajar,cadangan,berkongsi idea dan menunjukkan semangat setia kawan yang utuh. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan harapan agar kerja kursus saya ini dapat dijadikan rujukan sekiranya diperlukan pada masa hadapan. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian Perniagaan Runcit jenis pasar malam di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Saya memilih tajuk ini kerana kawsan kajian ini iaitu Tanjong Malim ialah tempat tinggal saya. Kwasan kajian terletak berhampiran dengan tempat kediaman saya. Saya boleh berbasikal ataupun berjalan kaki ke kawasan kajian. Selain itu,kawasan kajian ini dapat mengurangkan dan menjimatkan kos wang perbelanjaan saya. Tempoh masa yang diberikan untuk menjalankan kajian ini ialah selama dua bulan. Bermula dari awal bulan April sehingga akhir bulan Mei.

OBJEKTIF KAJIAN
Diantara objektif kajian dalam kerja kursus ini ialah memahami konsep jenis perniagaan runcit dan pasar malam di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Seterusnya, dapat mengenal pasti kepentingan perniagaan iaitu pasar malam di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Selain itu, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pasar runcit iaitu malam di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Di samping itu, dapat menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Akhir sekali,memupuk nilai cinta alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah negatif perniagaan runcit di Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak.

KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak. Tanjung Jambu 1790 Kg Kubu 1870 Tanjung Malim 1876 Tanjong Malim,asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis. Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 1870, bergelar menteri : Dato Menteri Jamilin Dato Menteri Katib b Dato Menteri Jamilin Dato Menteri Doba Dato Menteri Katib Dato Menteri Amin b Dato Menteri Doba Dato Menteri Mat Taya b Dato Menteri Amin Dato Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir pada masa itu. Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Dato Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim. Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar TUN yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato Hj. Mustapha juga dipanggil Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya. Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Nagari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tg. Malirn. Panglirna Kanan berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglirna Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tg. Malim Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya.Bermakna adalah Dato Haji Mustapha sepupu dengan Hj Abas b Hj Siun dan Hjh Rahmah bt Hj Siun, artinya isteri Hj Siun adik beradik dengan isteri Raja Kamala. Oleh yang demikian, Dato Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini diambil sempena nama sebatang pokok yang

bernama pokok Kelumpang dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan rurnahnya, masjid dan lain-lain dengan pengikutnya. Tempat itulah pekan Kalumpang sekarang. Pada masa itu juga Bernarn atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Selangor. Dato Hj. Mustapha dilantik sebagai Penghulu Bernam atau Tg. Malim yang pertama dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi assistant Penghulu Bernam. Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tg. Malim. Di sinilah kaitan Tg. Malirn dan Kalunipang pada zaman tersebut. Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut sungai. Tg. Malim jatuh dalam pemerintahan negeri Perak dan Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan Selangor sehingglah kini. Untuk mengingati atau mengenang jasa Dato Hj Mustapha, kerajaan Perak sudi dan bersetuju atas permintaan kaum kerabatnya menamakan jalan di kawasan Kg. Kubu itu laitu berhampiran kawasan stesen bas lama Tg. Malim, dinamakan Jalan Hj. Mustapha Bin Raja Kamala yang ada pada han ini. Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi kubur Dato Hj. Mustapha tanpa protokol di mana orang Tg. Malim dan Kalumpang berasa hairan mengapa Baginda ziarah? Jawabnya adalah kerana Tun Dato Hj. Mustapha pernah jadi ketua orang Rao di Gali dan pengikut setia Tok Gajah. Airnarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasamoyangnya Sultan Ahmad Shah pada zaman tersebut. 1876 1898 Yang Berusaha lagi Bijaksana Dato Penghulu Haji Mustapha b Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Sumatra Barat, Penghulu yang pertama Kg Kubu. Lokasi pasar malam Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak.Pekan Tanjong Malim mempunyai pandang darat yang sedikit berbukit-bukit

KAEDAH KAJIAN
PEMERHATIAN Melalui pemerhatian ini bentuk muka bumi Pekan Tanjong Malim yang blab la vbla blab la bla blabla blab la .

Ni pon same x wat lagi!

SOAL SELIDIK Saya juga telah menyediakan 20 borang kaji selidik yang perlu diisi oleh peniaga-peniaga di pasar malam Tanjong Malim,Daerah Batang Padang,Negeri Perak.

RUJUKAN Selain itu,saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan untuk kajian saya ini.

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan . Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya ..

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Menyediakan peluang pekerjaan - Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil. Sebagai contohnya, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan boleh berniaga di pasar malam ini dan mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. 2) Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk - Perniagaan pasar malam dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang bertaraf rendah. 3) Memudahkan penduduk tempatan membeli barang - Pasar malam telah menyediakan pelbagai barangan yang cukup untuk pembeli. Malah penduduk dari bandar lain juga mengunjungi ke pasar malam Tanjong Malim ini. 4) Menyediakan barangan segar - Pasar malam ini menjual barangan segar seperti ikan,sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

UNSUR PATRIOTISME !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Governan - Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan bagi peniaga-peniaga kecil yang hendak berniaga dengan mengenakan sewa. 2) Modal - Pasar malam ini tidak memerlukan modal yang begitu besar untuk memulakan perniagaan berbanding dengan perniagaan jenis lain. Pasar mala mini hanya perlu dibayar sewanya setiap bulan kepada Majlis Daerah. 3) Infrastruktur - Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik menyebabkan ramai penduduk tempatan datang membeli. 4) Pertambahan penduduk - Kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk dan menggalakkan pertambahan penduduk di kawasan itu. Ini kerana terdapat banyak keperluan disediakan. 5) Kesesuaian waktu berniaga - Pasar malam ini dijalankan pada hari Sabtu iaitu hujung minggu kerana kebanyakan mereka bercuti pada hari ini. Perniagaan juga dimulakan pada jam 3 petang hingga 10 malam.

UNSUR PATRIOTISME

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Masalah sosial - Pasar malam ini menjadi tempat remaja melepak bersama-sama rakan mereka dan bergaul bebas tanpa mengira peringkat umur. 2) Persaingan dengan kedai runcit tempatan - Para peniaga saling bersaing antara sama lain untuk mendapatkan keuntungan masing-masing. 3) Pencemaran - Pencemaran berlaku berlaku apabila pasar malam dijalankan. Misalnya pencemaran udara daripada asap kenderaan dan juga asap daripada penjual yang menjual makanan yang menggunkan bahan bakar. 4) Kesesakan lalu lintas - Kesesakan lalu lintas terjadi apabila kenderaan yang terlalu padat ketika waktu kemuncak pasar malam. 5) Harga tanpa kawalan - Penjual mengenakan harga tanpa kawalan memandangkan tiada pihak yang memantau jadi mereka menentukan harga dengan sesuka hati.

UNSUR PATRIOTISME

8.5 Cadangan unutk mengurangkan kesan negative perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Kuatkuasa undang-undang - Pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kepada para peniaga. 2) Pengawalan harga - Pihak tertentu haruslah membuat kawalan harga kepada peniaga-peniaga pasar malam. 3) Pemeriksaan kesihatan kepada peniaga - Pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan kepada peniaga di pasar malam agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diigini.

4) Kempen kesedaran - Kempen kesedaran yang meluas haruslah dilakukan bagi menimbulkan kesedaran terhadap peniaga.

5) Menyediakan kemudahan asas - Kemudahan asas yang lengkap juga perlu disediakan bagi membantu memudahkan peniaga ataupun pembeli.

UNSUR PATRIOTISME

You might also like