You are on page 1of 9

HASIL KAJIAN 6.1 6.1.

1 PERAYAAN TRADISI Nama Perayaan/ Nama Lain Untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini, saya telah memilih perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu perayaan tradisi orang melayu sebagai tajuk kajian saya. Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan yang disambut secara besar- besaran. Ia juga dkenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa bersempena tamatnya puasa bagi umat Islam. Dalam bahasa Arab, ianya disebut Aydal- Fitr yang bermaksud perayaan fitrah. 6.1.2 Pihak Etnik/ Kaum yang terlibat Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh umat Islam di Malaysia tetapi dirayakan oleh seluruh umat Islam sedunia sebagai hari kemenangan yang dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, sambutan ini turut dimeriahkan oleh kaum lain seperti Cina, India dan lain- lain tidak mengira bangsa dan agama. 6.1.3 Tarikh/ Tempoh masa yang dirayakan Hari Raya Aidilfitri dirayakan apabila menjelangnya 1 Syawal pada setiap tahun selepas orang Islam melaksanakn ibadah puasa mereka di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri bermula melalui dua cara iaitu rukyah(melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, anak bulan akan kelihatan dan menandakan bermulanya bulan Syawal iaitu bulan kesupuluh dalam takwim hijrah Islam. Tempoh masa yang dirayakan selama sebulan di bulan Syawal.
4

6.1.4

Tujuan Perayaan Tujuan merayakan Hari Raya Aidilfitri ialah untuk meraikan kemenangan umat islam

setelah mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa. Malah, Hari Raya adalah disambut untuk bergembira, bermaaf- maafan dan untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadat kepada Allah S.W.T.

6.2 6.2.1

LATAR BELAKANG Sejarah/ Asal- Usul Perayaan


5

Sejarah Hari Raya bermula apabila Rasullulah S.A.W berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati bahawa terdapat dua perayaan yang disambut oleh orang Arab pada masa itu. Apabila ditanya oleh Rasullulah S.A.W tentang dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang disambut diwarisi secara turun temurun daripada datuk dan nenek mereka. Lalu Rasullulah S.A.W mengatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua perayaan tersebut kepada hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri atau Fitrah. 6.2.2 Upacara Khusus dalam Perayaan Apabila diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Contohnya, kaum lelaki akan pergi ke masjid untuk bertakbir bersama- sama pada malam hari raya. Pada pagi 1 Syawal,umat Islam akan bersiap sedia untuk pergi bersembahyang hari raya.Ibadat ini disunatkan kepada semua umat Islam yang mencukupi syarat. Selepas bersembahyang hari raya,umat islam akan menziarahi kubur ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.Mereka akan menghadiahi bacaan surah Al-Fatihah dan Yassin untuk mereka yang telah pergi. Selepas itu,mereka akan kunjung-mengunjungi rumah sanak-saudara dan sahabatsahabat mereka. Mereka akan bermaaf-maafan antara satu sama lain dan dengan amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

6.2.3 Individu yang Mengetuai Upacara Khusus Individu yang mengetuai upacara khusus seperti solat sunat Hari Raya Aidilfitri ialah imam. Apabila bertakbir, imam akan bertakbir terlebih dahulu lalu diikuti oleh makmum. Selain
6

itu, imam juga akan membacakan khutbah kerana beliau merupakan orang yang diamanahkan untuk membaca khutbah selepas solat hari raya. Di rumah, individu yang mengetuai upacara khusus ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua. Apabila mengadakan rumah terbuka, tuan rumah yang akan bertanggungjawab dalam menyiapkan segala persiapan untuk tetamu yang bertandang ke rumah. 6.2.4 Tempat Khusus Sambutan Tempat khusus sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah disambut di masjid atau surau pada waktu pagi ketika bersembahyang solat sunat hari raya. Malah, kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi selepas solat sunat hari raya umat Islam akan menziarahi kubur ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia. Selain itu, Hari Raya Aidilfitri juga disambut di rumah di mana semua ahli keluarga berkumpul dan menyambut hari raya.

6.3 6.3.1

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN Sebelum Perayaan

Sebelum beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan membersihkan dan menghiasi rumah mereka. Di samping itu, ibu bapa akan membeli pakaian baru untuk anak- anak mereka untuk dipakai pada hari raya. Mereka juga akan menyediakan pelbagai juadah yang sesuai. Antaranya termasuklah kuih- kuih tradisional, biskut raya, lemang, ketupat, rendang, serunding, dan lain- lain lagi. Oleh itu, ramai orang yang akan berpusu- pusu digedung- gedung dan stokisstokis yang menjual pakaian, makanan, langsir- langsir, dan sebagainya. Ini merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh umat Islam apabila hari raya semakin tiba. Selain itu, umat Islam juga diwajibkan membayar zakat fitrah. Ini bertujuan supaya semua orang yang kurang berada atau miskin dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan gembira. 6.3.2 Semasa Perayaan Menjelang 1 Syawal, umat Islam akan bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Pada pagi hari raya, umat Islam akan pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat hari raya. Kebiasaannya, selepas menunaikan solat sunat hari raya, umat Islam akan menziarahi kubur ahli keluarga yang terlebih dahulu meninggalkan mereka. Mereka akan menghadiahi bacaan surah Al- Fatihah ataupun membacakan surah Yassin untuk mereka yang telah meninggal dunia. Selepas selesai menziarahi kubur, umat Islam akan berkunjung ke rumah sanak saudara, sahabat handai, dan jiran tertangga. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari untuk bermaaf- maafan. Ini merupakan satu tradisi umat Islam jika bertemu dengan sanak- saudara. Bagi tetamu yang bertandang ke rumah mereka akan disajikan dengan pelbagai jenis kuih muih dan biskut raya yang telah disediakan sebelum hari raya. Malah, terdapat banyak lagi juadah yang disediakan seperti serunding, rendang, ketupat, lemang dan lain- lain.
8

6.3.3

Selepas Perayaan Selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam amat digalakkan untuk berpuasa sunat

6 di bulan Syawal. Ibadat sunat ini dilakukan selama 6 hari di bulan Syawal kerana bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya 6 hari di bulan Sywal bersamaan seperti berpuasa sepanjang tahun. Malah, bagi sesiapa yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan akibat keuzuran atau sebab- sebab tertentu diwajibkan menggantikan puasa tersebut selepas bulan Ramadhan. 6.3.4 Peraturan/ Pantang- larang/ Amalan Sampingan Selepas menjalankan kajian ini, didapati bahawa terdapat beberapa amalan sampingan yang disunatkan kepada umat Islam pada hari raya. Antaranya, mandi sunat di pagi hari raya. Ianya hanyalah seperti mandi biasa tetapi disusuli dengan niat. Hal ini dapat menambahkan ganjaran pahala kepada umat Islam yang melakukannya. Selain itu, mereka juga disunatkan pergi bersembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi tersebut. Malah, jika kita berjalan kaki menuju ke masjid atau surau akan dikira langkah kita sebagai ganjaran pahala. Umat Islam juga disunatkan berpakaian baru atau kemas serta sedikit wangi- wangian. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu, orang- orang dewasa akan memberi sejumlah wang kepada kanak- kanak yang diletakkan di dalam sampul yang berwarna- warni. Tetapi tidak digalakkan meletakkannya didalam sampul yang berwarna merah kerana ianya menyerupai angpau.

6.4 6.4.1

KESAN PERAYAAN Kekeluargaan Hari Raya Aidilfitri dirayakan bersama- sama keluarga yang tersayang dan sanak- saudara

yang jauh dan dekat. Hal ini demikian dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Sanak saudara yang jauh dapat meluangkan masa bersama- sama keluarga pada Hari Raya
10

Aidilfitri. Selain itu, hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat apabila anakanak bermaaf- maafan dengan ahli keluarga dan ibu bapa. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing. 6.4.2 Perpaduan Perayaan juga dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat. Ini kerana masyarakat yang berbilang kaum saling mengunjungi rumah masing- masing di hari perayaan telah menjadi amalan rutin. Keharmonian juga dapat diwujudkan jika pelbagai kaum merayakan sesuatu perayaan bersama- sama. Perpaduan yang kukuh ini dapat mencapai matlamat Perdana Menteri Malaysia dalam merealisasikan program satu Malaysia. 6.4.3 Peluang Pekerjaan Apabila bulan Ramadhan tiba, ramai oang mengambil peluang untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa. Malah, pasti banyak bazaar- bazaar Ramadhan yang dibuka untuk mengaut hasil keuntungan mereka di bulan Ramadhan. Di samping itu, terdapat juga segelintir manusia yang mengambil tempahan membuat biskut raya,lemang, menjahit pakaian dan sebagainya. Tempahan- tempahan ini akan memberi banyak keuntungan kepada mereka yang mengambil tempahan tersebut kerana kebanyakkan orang tidak mempunyai masa dan bakat dalam hal- hal seperti ini. Tempahan yang dibuat akan dilakukan dengan sempurna sebelum menjelang hari raya. 6.4.5 Keagamaan/ Kepercayaan Hari Raya Aidilfitri juga memberi kesan kepada keagamaan kerana secara tidak langsung ia dapat melahirkan umat Islam yang bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang diberikan.
11

Zakat fitrah yang diwajibkan kepada umat Islam dapat membantu umat Islam yang miskin untuk bersama- sama menikmati kemeriahan hari raya. Malah, ia juga menyedarkan umat Islam agar tidak meminggirkan orang miskin bahkan harus membantu mereka untuk mengecapi kebahagiaan di hari raya. Tambahan pula, di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini dapat membentuk seseorang yang beriman dan melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan sempurna. Umat Islam juga mengambil kesempatan untuk menggandakan amalan sunat dan sentiasa melaksanakan amalan wajib sepanjang bulan Ramadhan. Ini kerana di bulan Ramadhanlah Allah akan menggandakan pahala mereka yang banyak melakukan kebaikan dan melaksanakan perintah-Nya.

12

You might also like